Hentikan Kezaliman di Syria !

Masjid Negeri  28.5.2012
DR KHALED HINDAWI
- Pembantu Khas Dr Yusuf Al Qardhawi

  Daripada Huzaifah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang tidak mengambil tahu
tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka.
  Sikap kita yg ambil tahu masalah ummat (“kepedulian”) amat dituntut.
  Sejak 40 tahun yang lalu di Syria berlaku Pembunuhan trhdp dewasa & knk2, oleh golongan yg
menentang ahli sunnah waljamaah (ASW) di mana bilangan yang syahid mencecah 60000 orang
oleh Regim yg hipokrit dan zalim.
  Regim Bashaar Assad telah melakukan penyembelihan , tdk kurang dari 100 tempat. Tiada
bantuan dari mana2 pihak . Rakyat Syria ibarat singa yg hilang kuku berdepan dgn kezaliman .
Mereka menunjukkan melalui  tunjuk perasaan yg aman.
  Semuanya bermula di Dara’ Daerah Huran (negeri Imam nawawi) apabila beberapa orang kanak-kanak yg  menulis di dinding “Rakyat mahu kerajaan turun “ . Ketua polis Athif Najib
memnjarakan semua knk2 tersebut dan mencabut kuku2 tgn dan kaki mereka. Apabila ibubapa
menuntut , mrk disuruh melupakan anak2 mereka, anggap shj mereka telah mati. Kata2 biadab
pihak polis yg bersekongkol dgn regim “kami akan meniduri isterimu2 jika kamu perlukan anak”
. Kata2 ini menimbulkan kemarahan … maka pada 15 Mac Rakyat Bangun dan menentang . Ada
sebahagian para tentera tinggalkan regim ini. Bilangan mereka mencecah 200000 mujahid.
  Wahai saudara2ku , hari ini kita berkumpul atas ikatan iman, akidah ini menjadikan umat ini
bersaudara. Pahlawan kpd kebebasan. Anda perlu memahami masalah yg dihadapi. Perlu saling
membantu dengan  kebendaan dan maknawi. Ianya merupakan iman yg hakiki.
  Terjemahkanlah iman anda ibarat muslim yg satu jasad menentang regim yg zalim ini. Pemerintah
yg bertamadun ialah yg adil bukan yg menindas dan memenjarakan saudaranya.
  Ramai yang menjadi yatim & ibu tunggal. Rejim tidak menghormati rumah ibadah. Menara
masjid ditembak.

Gerakan membantu mangsa banjir kilat Batang Kali dan Serendah.


12-Mei-2012(AHAD). IKRAM Hulu Selangor turut terpanggil membantu sedaya mungkin bagi meringankan beban yang dialami penduduk di beberapa kawasan di Mukim Batang Kali akibat musibah banjir kilat yang melanda mereka pada 9 Mei lepas. IKRAM Hulu Selangor melalui Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat yang diketuai oleh IR Hj. Ariffin Abd Manaf  telah menyusun beberapa tindakan untuk membantu penduduk di sana. Gerakan bantuan yang dijalankan telah masuk hari ke lima. 

Gerakan bantuan meliputi kawasan seperti  Masjid Batang Kali, Kampung Orang Asli Ulu Melaka  Serendah,  Kampung Sg. Masin dan Genting Malik di Batang Kali. Bantuan yang dihulurkan  adalah seperti pemberian keperluan asas, sedikit wang dan pakaian bagi meringankan beban mereka. Ahli IKRAM HS juga turut memerah keringat bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan rumah terbabit. IKRAM Hulu Selangor telah menyediakan dua buah lori  dan tong sampah besar untuk mengangkut sampah sarap dan barang yang rosak keluar dari kawasan terbabit. Kerja-kerja pembersihan seperti membasuh rumah, peralatan dan mengemas persekitaran rumah turut dilakukan bersama-sama. Satu pengalaman yang berharga buat ahli IKRAM dapat menyelami dan merasai keperitan mangsa banjir.  Sesungguhnya musibah banjir ini ada hikmahnya dan moga mereka yang terlibat diberi kesabaran dalam  mengharungi ujian ini.   Sila klik  gambar dan video




Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang Berjaya !!

22-April-2012. Alhamdulillah, lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang yang bertempat di Auditorium Perodua di Serendah. Bengkel merupakan anjuran bersama BAIP ( Badan Agama Islam Pero...dua) dan IKRAM Hulu Selangor. Bengel dirasmikan oleh YDP IKRAM HS, Ust Dr Azhar dan penceramah jemputan ialah En. Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali sebagai PAK UTIH. PAK UTIH merupakan salah seorang pakar di dalam bidang kekeluargaan terutamanya hubungan di antara suami dan isteri. Banyak ilmu yang dikutip oleh peserta terutamanya di dalam memahami perbezaan tingkah laku lelaki dan wanita dalam memupuk persefahaman di dalam rumah tangga. Bagi perserta yang bakal mendirikan rumah tangga bengkel ini memberikan asas yang cukup baik sebagai persediaan melalui alam rumah tangga.
Tahniah kepada Pengarah, Saudara Romzi dan juga Ahli JK yang telah menjayakan bengkel ini.
IKRAM Hulu Selangor juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah membuat keputusan yang tepat meluangkan hampir 4 jam masa mereka untuk menyertai bengel hari ini. Tahniah ! Baca Lagi

Powered by Blogger