Iftar Jamai' Ramadhan 2010




Pada 21 Ogos 2010, IKRAM Hulu Selangor telah mengadakan majlis Iftar Jamai bertempat di Pejabat JIM@IKRAM Hulu Selangor, di Desa Melor, Serendah. Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran bermula jam 6 petang. Selepas selesai solat Tarawih, Ustaz Samsudin telah menyampaikan tazkirah Ramadhan yang berkaitan dengan keutamaan untuk melakukan muhasabah disepanjang bulan Ramadhan ini. Di majlis yang sama juga, IKRAM Hulu Selangor telah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar yang terpilih dari UPSI dan Darul Quran.
Untuk makluman, solat Tarawih telah di Imamkan oleh anak Abd Aziz Jalal (YDP IKRAM Gombak) yang belajar di Darul Quran. Kehadiran untuk majlis berbuka puasa itu lebihkurang 150 orang. Juadah utama adalah Nasi Briyani beserta juadah yang disediakan oleh akhwat. Alhamdulillah, Iftar Jamai' ini telah dapat mempertemukan warga IKRAM dari seluruh Hulu Selangor.

Usrah Gabungan Meraikan Ketibaan Ramadhan

SERENDAH, 2 Ogos 2010. Alhamdulillah, seramai lebih dari 50  warga IKRAM Hulu Selangor beserta rakan-rakan telah menghadiri  program meraikan ketibaan bulan Ramadhan dengan penyampaian Takzirah oleh Ustaz Shamsul Maarif , YDP IKRAM Selangor. Di majlis yang sama buah tamar  telah diagihkan sebagai sumbangan IKRAM untuk diaghkan kepada surau dan masjid di lokaliti masing-masing.