Petikan Perutusan Dr Mohd Badiie' Pengerusi IM

Dengan nama Allah, segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang yang mengikuti selepasnya.

Ayuhlah kita mengenang semula Ghazwah Badar yang merupakan hari pemisahan, hari kemenangan sekelompok orang beriman yang sedikit bilangannya dan serba kekurangan persiapannya ke atas pembesar Quraisy yang sombong dan angkuh. Lalu Negara Islam yang baru muncul mula berakar umbi suatu hakikat yang terbukti dan kekalahan menimpa musyrikin Quraisy yang dirasuk keangkuhan, ketegaran dan kesombongan akibat kejahatan mereka. Sempena peristiwa yang penuh keberkatan ini kita merenung sejenak keadaan kita dan keadaan umat kita yang lemah sambil bertanya: Adakah mungkin kita mampu mewujudkan Dua Badar sepertimana yang pernah dilakukan oleh para mukminin di Badar kerana Allah swt melihat kita dengan pandangan rahmat dan redha supaya kita menang seperti mereka telah menang? 

Bersegera mempersiapkan diri Sebahagian mukminin merasa cemas untuk menyahut seruan Rasul saw ketika berkata:  
     “Kafilah dagang Quraisy membawa harta-harta mereka, keluarlah mendapatkannya 
      mudah-mudahan Allah akan memberikan harta itu kepadamu”
Para mukminin berbelah bagi, setengah mereka bersegera menyahutnya dan sebahagian lagi merasa berat kerana mereka tidak percaya bahwa Rasulullah saw akan berjaya mendapatkannya. Namun apa yang berlaku kafilah dagang Quraisy telah terselamat sebaliknya para mukminin terpaksa bertemu tentera Quraisy yang mahu menghancurkan jamaah mukminah. Justeru peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Nabi telah mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya. Lalu Saad bin Muaz pemimpin Bani Aus meluahkan pendapatnya: 
     “Sesungguhnya kami telah beriman denganmu dan kami telah membenarkanmu, dan kami telah bersaksi bahwa apa yang kamu bawa adalah benar. Kami telah memberikanmu janji dan kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu. Teruskanlah mengikut kehendakmu ya Rasulullah seperti yang engkau kehendaki. Maka demi Dia yang mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya engkau menyuruh kami mengharungi lautan ini pastilah kami akan mengharunginya bersama-sama engkau. Bahkan tiada seorangpun yang tertinggal dari kalangan kami. Kami sabar di dalam peperangan kami juga benar di dalam pertemuan. Maka gembirakanlah kami dengan keberkatan Allah”. 

3R di Akhbar Sinar Harian


IKRAM Hulu Selangor agih RM43,000 wang zakat

E-mail Print PDF
HULU SELANGOR - Sungguhpun tahun ini merupakan pengalaman Ramadan pertama Pertubuhan IKRAM Malaysia sejak dilancarkan 20 Jun lalu, IKRAM Daerah Hulu Selangor memulakan langkah positif tampil ke tengah masyarakat bersama kutipan wang zakatnya. Jumlah nilai zakat melebihi RM43,000 yang diagih-agihkan kali ini mencipta rekod tersendiri, sekurang-kurangnya untuk daerah ini.
Sebelum pelancaran IKRAM, agihan zakat yang merupakan acara tahunan daerah dikendalikan oleh JIM Hulu Selangor. Pada tahun lepas, sebanyak RM28,000 telah diagih-agihkan dan jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2002.
Kali ini, IKRAM Hulu Selangor berjaya mengumpulkan sumbangan yang berlipat ganda dan penyerahannya telah dilakukan pada hari Selasa, 31 Ogos lalu. Sumbangan yang dilakukan adalah dalam bentuk wang tunai, beras, minyak masak, gula dan kuih raya.

Jangan malu menjadi remaja yang lebih baik - Dr Azhar

 


HULU SELANGOR - Remaja sering dianggap nakal, mudah meniru gaya hidup liar, suka berhibur, kurang berakhlak, antikebaikan dan pelbagai label negatif lain. Namun semalam, bertepatan dengan hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-53, IKRAM Hulu Selangor membuktikan bahawa sebenarnya masih ramai lagi remaja Malaysia yang mulus hatinya dan bersedia menerima nilai-nilai kebaikan.
Dalam program yang dinamakan 'Remaja Raikan Ramadhan' atau '3R', seramai 80 remaja lelaki dan perempuan dikumpulkan dari tiga sekolah berdekatan iaitu Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya. Program anjuran bersama Kelab Remaja JIM (KRJ) Hulu Selangor, IKRAM Hulu Selangor dan Masjid As-Salam Bukit Sentosa itu dilangsungkan di Dewan Mesyuarat Masjid As-Salam dan sekitar kawasan masjid.
Antara objektif 3R adalah membina generasi remaja yang cintakan agama dan institusi masjid, menyuburkan sifat kepemimpinan, menimbulkan motivasi dan roh mengerjakan ibadah pada bulan puasa, menanam istiqamah dalam beribadah serta menghayati ciri-ciri anak yang soleh.
Pengisian utama disampaikan oleh Ustaz Kamal Azhari yang membawa tajuk ‘Tarbiah Ramadan Membina Kecerdasan Emosi dan Spritual’. Seperti biasa, beliau berjaya menimbulkan suasana ceria dengan gaya santai dan menghiburkan biarpun mesejnya serius.