Gempur Remaja Kental 2010 (GempaK '10)

Assalamualaikum w.b.t

IKRAM Hulu Selangor akan menganjurkan program khas untuk REMAJA  seperti berikut :

Program : GEMPUR REMAJA KENTAL 2010 (GempaK '10)
Tarikh : 14 - 16 Disember 2010
Tempat : Pejabat JIM Hulu Selangor
Yuran : RM 30/-
Penyertaan : Dibuka kepada semua pelajar yang berusia 13 - 17 tahun.
Pendaftaran : Sila Hubungi Sekretariat Pendaftaran berikut :
                      1. Adik Farah Hanim (019-2144 232)  @
                      2. Puan Hidayah (019-2684 750)

Aktiviti :


Tarikh Tutup Pedaftaran ialah 5 Disember  2010.

                          

Qurban Aidiladha 2010 IKRAM Hulu Selangor

SERENDAH, 17-Nov-2010. Alhamdulillah IKRAM Hulu Selangor  telahmengadakan program Qurban sempena HariRaya Aidiladha yang disambut hari ini .  Program ini merupakan program Qurban sulung buat IKRAM Hulu Selangor. Ia telah diadakan di Kampung Orang Asli Ulu Melaka Serendah. Ramai penduduk kampung ini telah hadir bersama-sama bergotong-royong bagi  membantu kerja penyembelihan dan memasak daging korban tersebut diikuti dengan jamuan kari lembu dan sup tulang telah dihidangkan dan diagihkan kepada penduduk pada jam 6 petang. Sekitar  145 keluarga orang asli telah dapat menikmati masakan tersebut.

Ibadah sembelihan lembu qurban telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Hulu Selangor, Tn Hj Ariffin. Ini merupakan pengalaman sulung buat beliau menyembelih lembu. 

Pada masa yang sama qurban juga dilaksanakan oleh saudara baru kita. Di Serendah seekor lembu telah dikorbankan di rumah Hidayah Center.  Ramai Saudara Baru yang menyaksikannya di samping membantu. Manakala di Bukit Beruntung pula, seekor kambing telah diserahkan untuk qurban buat Saudara Baru.  Tahniah atas ibadah yang Qurban yang telah dijalankan dan semoga Allah s.w.t menerima ibadah ini dan memberi ganjaran yang sebaik-baiknya.