Sekitar Program 'Kembali Ke Sekolah 2011' Anjuran Ikram Hulu Selangor




Pada hari Isnin, 20 hb Dis bersamaan 14 Muharram 1432 yang lalu seramai  93 orang pelajar sekolah menengah dan rendah yang datang dengan dua buah bas dan beberapa buah kenderaan lain telah menyerbu pusat membeli belah MYDIN Rawang untuk memilih pakaian sekolah mereka di bawah program "Back To School."

Ini merupakan acara tahunan kebajikan di daerah Hulu Selangor . Program tahun ini julung-julung kali  dianjurkan IKRAM dan merupakan kali ke empat program ini dibuat di Hulu Selangor. Tiga tahun sebelumnya  bermula 2007 dianjurkan oleh  JIM Hulu Selangor dan telah bekerjasama dengan MYDIN Rawang untuk kali yang ke tiga. Program "Back To School" ini bertujuan untuk membantu meringankan sedikit bebanan keluarga yang terpilih, dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.