Dakwah Dengan Perbuatan ...


Assalamu 'alaikum,

Bagaimana contoh praktik dakwah Rasulullah? Rasulullah tidak menyampaikan sesuatu kecuali beliau sudah melaksanakannya. Makanya, sebagai seorang dai, perilaku kesehariannya harus menjadi teladan bagi orang disekelilingnya. Itulah qudwah. Dakwah secara ilmu itu boleh dibuat-buat. Tapi, dakwah dengan qudwah tidak boleh dibuat-buat. Contoh kecil misalnya, seorang ustaz jangan sampai kelihatan minum atau makan dengan menggunakan tangan kirinya, kerana bererti ia tidak boleh memberi qudwah bagi jamaahnya. Ibnu Qayyim al-Jauzi dalam kitab Fawaid membahas ulama suu’.

 Ulama Suu’ diibaratkan duduk di depan pintu syurga dan mengajak manusia dengan perkataannya. Lalu juga mengajak mereka ke neraka dengan perbuatannya. Ulama suu’ ini kebiasaanya dianugerahkan Allah dengan kehebatan pidato yang meyakinkan. Namun, antara perkataan dan perbuatannya sangat jauh api dari panggang. Di sini, kesesuaian antara perkataan dan perbuatan seorang dai sangat diperlukan. Seorang sahabat saya memberitahu, perbuatannya mengutip sebutir batu kecil yang mengganggu kelancaran para penumpang bas ketika hendak menaikki bas ke tempat kerja telah mengundang teguran dari seorang China yang memerhatikan perbuatannya " awak seorang Muslim yang baik". Allahu'alam.

Remaja Raikan Ramadhan 2011 di Masjid As-Salam Bukit Sentosa


Program Remaja Raikan Ramadhan atau sinonim dengan 3R sekali lagi menemui remaja-remaja Hulu Selangor di Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Ini merupakan siri kedua di Hulu Selangor bagi Ramadhan 2011 selepas siri pertama yang telah diadakan di Surau Al-Kauthar, Telipot Bukit Sentosa.  3R juga dijalankan seretak di seluruh Malaysia hari ini dan ia merupakan salah satu program tahunan  IKRAM Teens sebagai insiatif pembangunan sakhsiah dengan mengangkat Ramadhan sebagai tema. Tema pada tahun ini ialah " Ramadhan.. Menyegarkan...". Seramai 84 remaja telah mengambil bahagian kali ini.

Masalah `Siling Hutang’ Di Amerika: Apakah Iktibarnya?

Satu istilah yang sedang hangat diperbincangkan sekarang di serata dunia ialah Debt Ceiling atau ‘Siling Hutang’. Istilah ini merujuk kepada jumlah hutang maksimum yang dibenarkan oleh Kongres Amerika yang boleh dipinjam oleh badan eksekutif kerajaan Amerika yang sekarang dipimpin oleh Presiden Obama.

Untuk memahami masalah yang dihadapi oleh Presiden Obama sekarang berkaitan isu ini, adalah perlu bagi kita terlebih dahulu memahami satu ciri penting sistem politik Amerika yang tidak terdapat di kebanyakan negara lain seperti Britain dan Malaysia. Ciri penting ini dikenali sebagai konsep Separation of Powers atau ‘Pemisahan Kuasa’. Menurut konsep ini, terdapat pemisahan yang jelas antara tiga institusi pemerintahan negara iaitu badan Eksekutif (Executive), Legislatif (Legistlative yang berbentuk parlimen di Malaysia) dan Kehakiman (Judiciary). Ia berbeza dengan sistem politik yang diamalkan di Britain dan Malaysia di mana TIDAK terdapat pemisahan kuasa antara badan-badan legislatif dan badan eksekutif. Hal ini kerana di Malaysia, parti yang memenangi pilihan raya akan menjadi majoriti dalam parlimen dan pada masa yang sama akan membentuk badan eksekutif yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri. Oleh yang demikian, segala perancangan oleh badan eksekutif tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kelulusan daripada parlimen.

Keadilan Yang Menyeluruh Prasyarat Keamanan Negara

 Baru-baru ini bandar raya KL telah menyaksikan satu suasana yang jarang-jarang dilihat. Puluhan ribu rakyat turun membanjiri jalan dan lorong untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka tentang proses pilihan raya di negara kita dengan menyokong perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0. Gas pemedih mata diletupkan dan air yang mengandungi kimia disembur oleh pihak polis untuk memaksa penunjuk perasaan bersurai.

Namun ramai yang tetap degil dan enggan meninggalkan lokasi. Lebih daripada seribu orang ditangkap. Insiden ini berlaku walaupun pihak berkuasa beberapa hari sebelum itu telah cuba sedaya upaya untuk menakutkan penunjuk perasaan supaya tidak hadir dengan cara mengeluarkan notis amaran kepada pekerja kerajaan dan pelajar serta orang awam dengan menguar-uarkan perhimpunan tersebut sebagai haram.

Sekitar Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk di Masjid As-Salam Bukit Sentosa





1-MEI-2011 BUKIT SENTOSA - Menyedari akan kepentingan memahami masyarakat majmuk di Malaysia,  Masjid As-Salam , IKRAM Hulu Selangor, Hidayah Center dan MAIS  telah sama-sama menganjurkan satu seminar yang dikenali sebagai " Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk".

Ke Mana Hala Tuju Dasar Pembangunan Ekonomi Negara ?

Kertas pembentangan di Persidangan Meja Bulat “Jawapan Ummat Islam Kepada Keruntuhan Sistem Ekonomi Kapitalisme” pada 26 April 2011 di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

Pengenalan
Semenjak sebelum merdeka lagi, kerajaan telah merangka rancangan-rancangan pembangunan ekonomi untuk pembangunan negara.Perancangan terawal telah dilakukan oleh kerajaan penjajah British.Objektif utama usaha rancangan pembangunan ekonomi negara pada masa itu adalah untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dalam rangka membentuk satu sistem ekonomi pasaran bebas di negara kita.Tambahan pula sistem ekonomi pasaran bebas yang diperkenalkan kepada masyarakat negara kita oleh penjajah adalah diimportterus dari Britain. Sistem tersebut adalah berdasarkan falsafah liberalisma, iaitu satu falsafah yang membenarkan ahli masyarakat menganut agama tetapi pada masa yang sama menghadkan amalan agama tersebut kepada beberapa perkara ritual sahaja. Oleh yang demikian, sistem ekonomi yang diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia adalah langsung tidak berdasarkan prinsip-prinsip ‘Maqasid Syariah’.Di samping itu, peraturan-peraturan Islam dalam aspek muamalah seperti pengharaman amalan riba, gharar dan lain-lain langsung diketepikan di dalam sistem ekonomi negara.

Mesir Bergolak, Israel Tergugat


12-Feb-2011. IKRAM Hulu Selangor dengan kerjasama Masjid As-Salam telah mengadakan ceramah bertajuk 'Mesir Bergolak, Israel Tergugat'. Ceramah bersempena dengan peristiwa semasa yang sedang hangat melanda Mesir rentetan pemerintahan Rejim Diktator  Hosni Mubarak yang telah berlansung selama 30 tahun. Prof Madya Dr. Hafidzi telah dijemput ke Masjid As-Salam Bukit Sentosa  untuk menyampaikan ceramah ini.

Cadangan Teks Khutbah Jumaat Sempena Maulidur Rasul 1432 H

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Kembalinya Muallim khairul Anuar Menemui Pencipta

Kita kehilangan seorang sahabat iaitu Muallim khairul Anuar. Seorang yang banyak menyumbang bakti di Sekolah Rendah Islam Hira' di Kelang Selangor. Pertubuhan IKRAM Hulu selangor mengucapkan takziah kepada isteri dan anak-anak almarhum. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan menerima segala amalannya sebagai amal soleh yang jariah. Al Marhum adalah seorang yg sangat baik, suka tersenyum, rajin, sabar dan kuat berkorban. Semoga kita semua dapat mencontohi semangat almarhum dalam tarbiah, dakwah dan pendidikan. Al fatihah.

Kita Kehilangan Selatan Sudan

Satu lagi episod malang buat umat Islam. Selatan Sudan sudah mempunyai identiti iaitu Republic of South Sudan. Negara baru ini pastinya adalah negara Kristian dan didokong oleh kuasa barat. Satu lagi wilayah Islam terlepas. Wilayah yg kaya dgn sumber alam. Umat Islam perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semua wilayah Islam yang terlepas ketangan orang lain. Dr. Muhammad Azhar Zailaini YDP IKRAM Hulu Selangor.

Selamat Menyambut Tahun Baru

Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijri dan masihi kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bermakna. Usaha kita akan bersungguh-sungguh untuk menyebar luaskan kefahaman dan penghayatan Islam. Akhirnya syariat Allah akan terlaksana di atas mukabumi ini.

Revolusi Di Tunisia

Sewajarnya ucapan tahniah diberikan kepada rakyat Tunisia yang telah menggulingkan Presiden Ben Ali. Rakyat Tunisia telah lama merasai keperitan hidup dan tidak mudah melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga rakyat Tunisia akan diberi oleh Allah kehidupan yang lebih baik dan akan mendapat pemerintah baru yang jauh lebih baik dari Presiden yang digulingkan.