Kembalinya Muallim khairul Anuar Menemui Pencipta

Kita kehilangan seorang sahabat iaitu Muallim khairul Anuar. Seorang yang banyak menyumbang bakti di Sekolah Rendah Islam Hira' di Kelang Selangor. Pertubuhan IKRAM Hulu selangor mengucapkan takziah kepada isteri dan anak-anak almarhum. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan menerima segala amalannya sebagai amal soleh yang jariah. Al Marhum adalah seorang yg sangat baik, suka tersenyum, rajin, sabar dan kuat berkorban. Semoga kita semua dapat mencontohi semangat almarhum dalam tarbiah, dakwah dan pendidikan. Al fatihah.

Kita Kehilangan Selatan Sudan

Satu lagi episod malang buat umat Islam. Selatan Sudan sudah mempunyai identiti iaitu Republic of South Sudan. Negara baru ini pastinya adalah negara Kristian dan didokong oleh kuasa barat. Satu lagi wilayah Islam terlepas. Wilayah yg kaya dgn sumber alam. Umat Islam perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan semua wilayah Islam yang terlepas ketangan orang lain. Dr. Muhammad Azhar Zailaini YDP IKRAM Hulu Selangor.

Selamat Menyambut Tahun Baru

Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijri dan masihi kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kehidupan kita lebih baik dan bermakna. Usaha kita akan bersungguh-sungguh untuk menyebar luaskan kefahaman dan penghayatan Islam. Akhirnya syariat Allah akan terlaksana di atas mukabumi ini.

Revolusi Di Tunisia

Sewajarnya ucapan tahniah diberikan kepada rakyat Tunisia yang telah menggulingkan Presiden Ben Ali. Rakyat Tunisia telah lama merasai keperitan hidup dan tidak mudah melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga rakyat Tunisia akan diberi oleh Allah kehidupan yang lebih baik dan akan mendapat pemerintah baru yang jauh lebih baik dari Presiden yang digulingkan.