Remaja Raikan Ramadhan 2011 di Masjid As-Salam Bukit Sentosa


Program Remaja Raikan Ramadhan atau sinonim dengan 3R sekali lagi menemui remaja-remaja Hulu Selangor di Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Ini merupakan siri kedua di Hulu Selangor bagi Ramadhan 2011 selepas siri pertama yang telah diadakan di Surau Al-Kauthar, Telipot Bukit Sentosa.  3R juga dijalankan seretak di seluruh Malaysia hari ini dan ia merupakan salah satu program tahunan  IKRAM Teens sebagai insiatif pembangunan sakhsiah dengan mengangkat Ramadhan sebagai tema. Tema pada tahun ini ialah " Ramadhan.. Menyegarkan...". Seramai 84 remaja telah mengambil bahagian kali ini.

Program 3R di Masjid Bukit Sentosa kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Nazir Masjid iaitu En. Abu Bakar Yang. Beliau  mencoretkan kisah Panglima Usamah bin Zaid dan Sultan Al-Fatih yang merupakan dua tokoh yang mempunyai syakhsiah yang cemerlang dan menjadi pemimpin di ketika usia remaja.


Program yang bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir dengan berbuka puasa di Masjid ini telah diisi dengan slot aktiviti seperti  "Salam perkenalan, Salam ukhuwwah" yang  dikendalikan oleh Cikgu Norzira,  "Uniknya Ramadhan" yang dikendalikan oleh En. Bukhari dan   tidak ketinggalan "Explorace Explorasi Ramadhan" , Bimbingan Solat Dhuha oleh Adik Amin dan Tadarrus Berkumpulan . Remaja juga telah dibahagikan mengikut kumpulan dan  dibimbing oleh Fasiliator yang telah dilantik.




Program telah ditutup oleh YDP IKRAM Hulu Selangor,  Dr Hj. Muhammad Azhar Zailaini  dengan ucapan penghargaan ke atas remaja yang turut serta kali ini dan menyampaikan sijil penyertaan kepada mereka dan  juga penyampaian hadiah kepada peserta dan kumpulan terbaik di sepanjang program diadakan . InsyaAllah   program 3R yang  telah dilalui oleh para remaja ini  menjadi pencetus dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan usaha membina sakhsiah yang baik pada diri mereka.