Majlis Qurban dan Ramah Mesra Aidil Adha 2012 di Kampung Kuantan Batang Kali

BATANG KALI, 27-28 Okt 2012 - Alhamdulillah Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Selangor  telah sama-sama terlibat membantu penduduk Kg Kuantan, Kg Sg. Masin, Kg Genting Malik  ketika mereka dilanda banjir kilat pada 9 Mei 2012 lepas.

Alhamdulillah pada hari ini pula, bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim  bersama penduduk kampung,  Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Selangor  telah bekerjasama dengan ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ketiga-tiga kampung tersebut menganjurkan Majlis Qurban dan Ramah Mesra Aidil Adha di perkarangan Balai Raya Kg Kuantan, Batang Kali.  Sekitar 300 orang penduduk telah menghadiri majlis ini.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IKRAM Hulu Selangor 2012

Alhamdulillah,  syukur pada Allah s.w.t kerana dengan izinNya IKRAM Hulu Selangor telah dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bagi tahun 2012. Majlis ini diadakan malam tadi di perkarangan pejabat baharu di Bukit Beruntung. 
Majlis berlansung selepas solat Isyak dengan suasana ceria bersama kehadiran mereka yang kecil, tua dan muda. InsyaAllah ramah mesra ketika majlis ini akan menguatkan lagi ikatan ukhuwwah sesama hadirin yang datang dari jauh dan juga yang datang dari dekat. Tetamu dari dekat terdiri dari penghulu-penghulu, AJK surau dan masjid di sekitar Daerah Hulu Selangor, penggerak masyarakat Orang Asli dari Kampung Bukit Machung dan Ulu Melaka, PERKIM, HIDAYAH CENTER, HALUAN dan sahabat-sahabat IKRAM Hulu Selangor. 
Tetamu dari jauh pula ialah ahli IKRAM dari Melaka dan Setiusaha IKRAM Negeri Selangor, Haji Ridzuan Harun. YDP IKRAM Hulu Selangor, Ust Dr Hj. Muhammad Azhar Zailaini dan Setiausaha IKRAM Selangor, Hj. Ridzuan Harun telah meyampaikan ucapan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan tetamu yang diraikan ke pejabat baharu IKRAM Hulu Selangor. 
Antara intipati utama ucapan ialah harapan IKRAM agar daripada majlis ramah mesra akan terjalin kerjasama seterusnya di dalam usaha menggerakkan dakwah di Hulu Selangor ini. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu dan tidak ketinggalan duit raya untuk semua anak-anak kecil yang hadir disampaikan oleh YDP turut memeriahkan suasana. Kepada semua yang telah hadir, IKRAM Hulu Selangor mengucapkan berbanyak terima kasih. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah s.w.t dan diterima sebagai amal kebajikan. Klik untuk album

Majlis Agihan Sumbangan Sempena Ramadhan/Eid 1433H/2012

BUKIT BERUNTUNG, 12 Aug 2013. Alhamdulillah, Ikram Hulu Selangor dan ahlinya sekali lagi diberikan kesempatan pada Ramadhan kali ini untuk memberikan sedikit sumbangan sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan ini terdiri daripada Saudara Baharu, Orang Asli, Pelajar IPT , ahli-ahli dan rakan-rakan Ikram Hulu Selangor. Mereka merupakan penduduk di sekitar 14 Kariah Masjid iaitu Batang Kali, Bukit Sentosa, Bandar Country Home,Kampung Kenanga, Kg Melayu Batu 16 Rawang, Kuala Kubu Bharu, Rawang Perdana, Serendah, Sungai Buaya, Kampung Sg Masin, Bandar Tasik Puteri, Taman Tun Teja Rawang dan Flat Taman Cempaka. Turut menerima sumbangan ialah pelajar Institusi Pengajian Tinggi Darul Quran dan juga pelajar dari 7 buah sekolah iaitu SK Bukit Sentosa,

Majlis Berbuka Puasa di Pejabat Baharu Ikram Hulu Selangor - Ramadhan 2012

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Ikram Hulu Selangor di pejabat baharu di Pusat Perniagaan Addenium, Bukit Beruntung berjalan dengan baik.  Hujan lebat turun membasahi bumi Bukit Beruntung sebelum maghrib dan berhenti selepas maghrib bagaikan rahmat mengiringi majlis berbuka puasa di pejabat baharu kami ini. Sudah agak lama  hujan lebat tidak turun di Bukit Beruntung !. Majlis juga menerima tetamu iaitu Bendahari Ikram Pusat, Prof Dr. Alauddin Mohd Ali bagi berkongsi sasaran Ikram Pusat untuk mendapatkan pembiayaan bangunan Kompleks Ikram yang bernilai hampir RM 9 juta .

Solat Tarawih : 8 Atau 20 Rakaat ?


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca sekelian berkenaan pendapat yang diutarakan oleh Mufti Mesir sekarang, iaitu Sahibus Samahah, Fadhilah Prof Dr Ali Jumaah berkenaan Solat Tarawih di bulan Ramadhan. Sedikit maklumat tentang biodata Dr Ali Jumaah. Beliau merupakan seorang ulama’ tersohor di Mesir dan tergolong dari kalangan ulama terkemuka di Mesir dan di dunia  kerana untuk menjadi seorang Mufti di Mesir bukanlah mudah. Di sana ada ratusan ribu ulama kalaupun tidak jutaan dan seseorang yang dilantik sebagai Mufti adalah seorang yang telah membuktikan keupayaan keilmuannya yang tinggi. Dari segi hiraki ulama pula, Mufti berada di ranking kedua selepas Shekhul Al-Azhar di Mesir.

Tazkirah Ramadhan - Ramadhan …Mulakan Langkah dan Teruskan...


Ramadhan ialah masa yang sesuai untuk seseorang memulai lembaran baru dalam hidupnya. Perubahan sikap atau tingkahlaku yang berbeza terhadap dirinya, keluarganya, rakannya dan seterusnya masyarakat di sekelilingnya.
Kajian terkini pakar psikologi mendapati bahawa untuk perubahan diri, manusia memerlukan masa antara 6 hingga 21 hari secara berterusan tanpa putus-putus membiasakan suatu tingkahlaku atau sikap yang baru supaya perubahan itu menjadi sebahagian dari sikap atau tingkahlaku sehariannya.

Dengan mengambil sempena tempoh puasa Ramadhan selama 29 atau 30 hari, maka tempoh tersebut cukup untuk seseorang muslim membuat perubahan dirinya ke arah yang lebih baik kerana semasa berpuasa seseorang itu sentiasa mengamalkan amalan, tabiat atau tingkahlaku yang baik dan dalam masa yang sama dia juga meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 Mantap !


Ahad, 17 Jun 2012.  Bertempat di Dewan Badminton YS LIM Rawang , Pertubuhan Aqsa Syarif dan  JK Belia IKRAM Hulu Selangor  telah menganjurkan Kejohanan Badminton Amal  Palestin 2012 (KBAP). Objektif utama pertandingan bagi mengumpul dana membantu Saudara  kita di Palestin dan memupuk rasa kebersamaan khususnya di kalangan belia ke atas isu Palestin . Seramai 72 peserta mengambil bahagian terdiri di mana sebahagian besarnya merupakan warga industri di sekitar Hulu Selangor dan juga peserta yang datang dari Shah Alam.

Gerakan Membantu Mangsa Banjir Kilat Di Batang Kali dan Serendah.


12-Mei-2012(AHAD). Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor turut terpanggil membantu sedaya mungkin meringankan beban yang dialami penduduk di beberapa kawasan di Mukim Batang Kali akibat musibah banjir kilat yang melanda mereka pada 9 Mei lepas. IKRAM Hulu Selangor melalui Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat diketuai oleh IR Hj. Ariffin Abd Manaf  telah menyusun beberapa tindakan untuk membantu penduduk di sana. Gerakan bantuan yang dijalankan telah pun masuk hari ke lima. 

Gerakan bantuan meliputi kawasan seperti  Masjid Batang Kali, Kampung Orang Asli Ulu Melaka  Serendah,  Kampung Sg. Masin dan Genting Malik di Batang Kali. Bantuan yang dihulurkan  adalah seperti pemberian keperluan asas, sedikit wang dan pakaian bagi meringankan beban mereka. Sukarelawan IKRAM Hulu Selangor juga turut sama mengerah keringat bergotong royong membantu membersihkan kawasan rumah terbabit. IKRAM Hulu Selangor telah menyediakan dua buah lori  dan tong sampah besar untuk mengangkut sampah sarap dan barang yang rosak keluar dari kawasan penduduk terbabit. Kerja-kerja pembersihan seperti membasuh rumah, peralatan dan mengemas persekitaran rumah turut dilakukan bersama-sama. Satu pengalaman yang berharga buat ahli IKRAM  Hulu Selangor  kerana turut sama dapat menyelami dan merasai keperitan mangsa banjir.  Sesungguhnya musibah banjir ini ada hikmahnya dan moga mereka yang terlibat diberi kesabaran dalam  mengharungi ujian ini.   Sila klik  gambar dan video






Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang Berjaya !!

22-April-2012. Alhamdulillah, lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang yang bertempat di Auditorium Perodua di Serendah. Bengkel merupakan anjuran bersama BAIP ( Badan Agama Islam Pero...dua) dan IKRAM Hulu Selangor. Bengel dirasmikan oleh YDP IKRAM HS, Ust Dr Azhar dan penceramah jemputan ialah En. Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali sebagai PAK UTIH. PAK UTIH merupakan salah seorang pakar di dalam bidang kekeluargaan terutamanya hubungan di antara suami dan isteri. Banyak ilmu yang dikutip oleh peserta terutamanya di dalam memahami perbezaan tingkah laku lelaki dan wanita dalam memupuk persefahaman di dalam rumah tangga. Bagi perserta yang bakal mendirikan rumah tangga bengkel ini memberikan asas yang cukup baik sebagai persediaan melalui alam rumah tangga.
Tahniah kepada Pengarah, Saudara Romzi dan juga Ahli JK yang telah menjayakan bengkel ini.
IKRAM Hulu Selangor juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah membuat keputusan yang tepat meluangkan hampir 4 jam masa mereka untuk menyertai bengel hari ini. Tahniah ! Baca Lagi

Pencapaian Negara Pasca-Merdeka dalam Bidang Sosio-ekonomi

Pencapaian Negara Pasca-Merdeka dalam Bidang Sosio-ekonomi


Profesor Mohd Nazari Ismail
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Malaya
Kuala Lumpur


Kertas ini dibentangkan di Seminar `Pencapaian Umat Islam Pasca Merdeka: Pengajaran dan Langkah ke Hadapan’, anjuran IKIM.
21-22 Februari 2012 

Pendahuluan
Negara kita telah merdeka selama 55 tahun. Kemerdekaan sepatutunya akan menghasilkan satu suasana yang lebih baik. Oleh kerana negara ini mengklasifikasikan dirinya sebagai sebuah negara Islam, persoalannya ialah setakat manakah pencapaian yang telah diperolehi dari aspek sosioekonomi jikalau dinilai dari sudut Islam.
Dalam usaha melakukan penilaian ini penulis akan menggunakan satu set kriteria yang berdasarkan satu artikel berkenaan ekonomi dari sudut Islam bertajuk “Matlamat-matlamat Ekonomi Berdasarkan Aturcara Islam” (Objectives of Islamic Economic Order).
Menurut Umer Chapra, matlamat-matlamat ekonomi tersebut adalah seperti berikut:
• Kesejahteraan Ekonomi (Economic Well-being)
• Ikatan ukhuwwah masyarakat serta keadilan (Universal brotherhood and justice)
• Agihan pendapatan yang adil (Equiable Distribution of Income)
• Kebebasan individu dalam konteks kebajikan sosial (Freedom of individual within the context of social welfare)