Gerakan Membantu Mangsa Banjir Kilat Di Batang Kali dan Serendah.


12-Mei-2012(AHAD). Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor turut terpanggil membantu sedaya mungkin meringankan beban yang dialami penduduk di beberapa kawasan di Mukim Batang Kali akibat musibah banjir kilat yang melanda mereka pada 9 Mei lepas. IKRAM Hulu Selangor melalui Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat diketuai oleh IR Hj. Ariffin Abd Manaf  telah menyusun beberapa tindakan untuk membantu penduduk di sana. Gerakan bantuan yang dijalankan telah pun masuk hari ke lima. 

Gerakan bantuan meliputi kawasan seperti  Masjid Batang Kali, Kampung Orang Asli Ulu Melaka  Serendah,  Kampung Sg. Masin dan Genting Malik di Batang Kali. Bantuan yang dihulurkan  adalah seperti pemberian keperluan asas, sedikit wang dan pakaian bagi meringankan beban mereka. Sukarelawan IKRAM Hulu Selangor juga turut sama mengerah keringat bergotong royong membantu membersihkan kawasan rumah terbabit. IKRAM Hulu Selangor telah menyediakan dua buah lori  dan tong sampah besar untuk mengangkut sampah sarap dan barang yang rosak keluar dari kawasan penduduk terbabit. Kerja-kerja pembersihan seperti membasuh rumah, peralatan dan mengemas persekitaran rumah turut dilakukan bersama-sama. Satu pengalaman yang berharga buat ahli IKRAM  Hulu Selangor  kerana turut sama dapat menyelami dan merasai keperitan mangsa banjir.  Sesungguhnya musibah banjir ini ada hikmahnya dan moga mereka yang terlibat diberi kesabaran dalam  mengharungi ujian ini.   Sila klik  gambar dan video