Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IKRAM Hulu Selangor 2012

Alhamdulillah,  syukur pada Allah s.w.t kerana dengan izinNya IKRAM Hulu Selangor telah dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bagi tahun 2012. Majlis ini diadakan malam tadi di perkarangan pejabat baharu di Bukit Beruntung. 
Majlis berlansung selepas solat Isyak dengan suasana ceria bersama kehadiran mereka yang kecil, tua dan muda. InsyaAllah ramah mesra ketika majlis ini akan menguatkan lagi ikatan ukhuwwah sesama hadirin yang datang dari jauh dan juga yang datang dari dekat. Tetamu dari dekat terdiri dari penghulu-penghulu, AJK surau dan masjid di sekitar Daerah Hulu Selangor, penggerak masyarakat Orang Asli dari Kampung Bukit Machung dan Ulu Melaka, PERKIM, HIDAYAH CENTER, HALUAN dan sahabat-sahabat IKRAM Hulu Selangor. 
Tetamu dari jauh pula ialah ahli IKRAM dari Melaka dan Setiusaha IKRAM Negeri Selangor, Haji Ridzuan Harun. YDP IKRAM Hulu Selangor, Ust Dr Hj. Muhammad Azhar Zailaini dan Setiausaha IKRAM Selangor, Hj. Ridzuan Harun telah meyampaikan ucapan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan tetamu yang diraikan ke pejabat baharu IKRAM Hulu Selangor. 
Antara intipati utama ucapan ialah harapan IKRAM agar daripada majlis ramah mesra akan terjalin kerjasama seterusnya di dalam usaha menggerakkan dakwah di Hulu Selangor ini. Pelbagai juadah disediakan untuk tetamu dan tidak ketinggalan duit raya untuk semua anak-anak kecil yang hadir disampaikan oleh YDP turut memeriahkan suasana. Kepada semua yang telah hadir, IKRAM Hulu Selangor mengucapkan berbanyak terima kasih. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah s.w.t dan diterima sebagai amal kebajikan. Klik untuk album