Majlis Qurban dan Ramah Mesra Aidil Adha 2012 di Kampung Kuantan Batang Kali

BATANG KALI, 27-28 Okt 2012 - Alhamdulillah Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Selangor  telah sama-sama terlibat membantu penduduk Kg Kuantan, Kg Sg. Masin, Kg Genting Malik  ketika mereka dilanda banjir kilat pada 9 Mei 2012 lepas.

Alhamdulillah pada hari ini pula, bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim  bersama penduduk kampung,  Pertubuhan IKRAM Daerah Hulu Selangor  telah bekerjasama dengan ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ketiga-tiga kampung tersebut menganjurkan Majlis Qurban dan Ramah Mesra Aidil Adha di perkarangan Balai Raya Kg Kuantan, Batang Kali.  Sekitar 300 orang penduduk telah menghadiri majlis ini.