Cabaran SKYTREX Remaja IKRAMTeens Hulu Selangor Di Taman Botani Shah Alam

SHAH ALAM, 12 Dec 2013 - Program Outdoor bersama Skytrex Adventure anjuran IkramTeens Hulu Selangor merupakan satu aktiviti lasak yang mencabar , menguji kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal peserta di kalangan remaja ahli IKRAMTeens Hulu Selangor. 

Program ini merupakan salah satu program berfaedah bagi  membantu remaja mengisi cuti persekolahan mereka. Aktviti program diadakan di pusat kegiatan Skytrex Adventure bertempat di Taman Botani , Shah Alam.  Seramai 41 remaja lelaki dan perempuan telah berjaya menyahut cabaran  dan menghabiskannya  di Seksyen Big Thrill yang merupakan tahap kedua cabaran yang disediakan oleh pihak Skytrex Adventure

Catatan Lawatan Tarbawiyyah IKRAM Hulu Selangor Ke Thailand

FATANI, 29 Nov - 1 Dis 2013. Alhamdulillah, Jawatan Kuasa Tarbiah IKRAM Hulu Selangor telah menganjurkan lawatan tarbawiyyah ke Fatani, Thailand dari 29 Nov - 1 Dis 2013. Sekitar 30 Ahli Ikram Hulu Selangor telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Banyak pengalaman berharga diperolehi di sepanjang lawatan melalui jalan darat ke sana.

Mesir: Teks Khutbah Cadangan


Khamis, 15 Ogos 2013 14:25


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Khatib pada hari ini bersama seluruh umat Islam menyatakan rasa dukacita yang amat sangat ke atas saudara-saudara seiman yang dizalimi dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya di bumi anbiya’ - bumi Mesir. Saat ini ketika teks khutbah ini dinukil, sudah lebih dari 2,200 rakyat Mesir termasuk wanita dan kanak-kanak yang sudah terkorban syahid. Bilangan yang tercedera sudah menjangkau lebih dari 10,000 orang. Hari ini dan saat khutbah ini disampaikan pada hari Jumaat 9 Syawal 1434 H, berapakah pula bilangan umat Islam yang terkorban syahid akibat perbuatan kelompok zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Tazkirah Ramadhan - Ramadhan .. Peluang Hidupkan Ruh

Ramadhan ialah tetamu yang mulia, ia adalah bulan rahmat, keampunan, bulan Al Quran, bulan yang di dalamnya ada malam qadar (lailatul qadar) iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Oleh itu seorang muslim hendaklah menyambut bulan yang mulia ini sebagai suatu utusan atau tetamu yang ditentukan Allah s.w.t untuk hambaNya memperoleh berbagai keistimewaan daripadanya.

Dalam hal ganjaran ibadat puasa di bulan yang mulia ini, berdasarkan sebuah hadith qudsi Allah menyatakan: “… ….kecuali puasa kerana ia (puasa) adalah untukKu dan Aku yang akan memberi ganjarannya (balasannya) .” Pengecualian bentuk ganjaran pahala ibadat puasa Ramadhan daripada ketetapan nisbah atau bentuk ganjaran amalan yang lain adalah suatu yang istimewa. Berbanding dengan amalan kebajikan lain, Allah nyatakan bahawa satu amalan kebajikan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan.

Catatan Perkongsian "Syria - Cerita Sebuah Derita" di Masjid As-Salam Bukit Sentosa

 Sabtu, 22-Jun-2013  -  Masjid  As-Salam bertuah kerana  wakil Media Pertubuhan Ikram Saudara Ahmad Faisal Hamdi bin Yop yang menyertai misi ke Syria baru-baru ini,  telah dijemput berkongsi makumat yang diperolehi dan juga pengalaman yang beliau lalui ketika berada di sana. Sesi perkongsian merupakan salah satu pengisian program BICARA IKRAM  Hulu Selangor setiap bulan.  Berikut adalah catataan ringkas perkongsian beliau :

Kempen Boikot Kurma Dari Iran Untuk Selamatkan Syria !


Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Cadangan Teks Khutbah Sempena Hari Untuk Syria

 Rabu, 12 Jun 2013 07:48

Berikut adalah cadangan teks khutbah sempena Hari untuk Syria pada 14 Jun 2013 seperti yang telah diisytiharkan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia.

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rayuan Ramadhan 1434 Hijrah