Jom Sertai Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk - 15 & 16 Februari 2014

 
 
.

.

* Required

    Captionless Image

    PERHATIAN - Sila baca sebelum mengisi borang 1. Pembayaran boleh dibuat secara online atau pada hari program. 2. Pembayaran online boleh dibuat ke akaun Masjid Assalam Bukit Sentosa: Public Bank - 3982-3972-16 3. Untuk bayaran yuran secara online, sila berikan bukti pembayaran pada hari program.
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question
    This is a required question

Rasulullah Adalah Ikutan Kami

Dengan kemuliaan bulan Rabi’ul Awwal dan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW), marilah kita mengutip beberapa pelajaran dan pengajaran daripada sirah Nabi SAW di mana kita hari ini berada di hadapan kurniaan terbesar dan di sisi sinaran sirah Nabi yang diberkati. Justeru, Imam as-Syahid (Hassan al-Banna) telah mengambilnya sebagai slogan bagi dakwah Ikhwan Muslimin dan antara laungan yang sentiasa diungkap-ungkap dengan lidah, hati dan perbuatan mereka: “Ar-Rasul Qudwatuna” .. Ya, "Ar-Rasul Qudwatuna" (Rasulullah adalah ikutan kami) dalam perkataan, perbuatan dan aplikasi, dan seterusnya kita berusaha untuk menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan kita. Jelasnya, kewujudan qudwah yang baik dalam kehidupan umat, bangsa dan dakwah adalah sangat penting supaya

Kenyataan Media Isu IKRAM dan Pendirian Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dalam Isu Tindakan JAIS terhadap Bible Society of Malaysia

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

13 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1435 H

Kenyataan Media Isu IKRAM dan Pendirian Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
dalam Isu Tindakan JAIS terhadap Bible Society of Malaysia

Sebagai satu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengasas dan penggerak penting Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), IKRAM ingin menjelaskan tentang kenyataan media oleh gabungan ini.
IKRAM tidak menyatakan sokongannya kepada kenyataan GBM. Menurut amalan GBM, kenyataan boleh dikeluarkan di bawah nama gabungan jika disokong oleh sekurang-kurangnya separuh keanggotaannya.

Kenyataan Media Isu Kalimah Allah: Mari Kita Selesaikan Dengan Bijaksana !

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

13 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1435 H

Isu Kalimah Allah: Mari Kita Selesaikan Dengan Bijaksana!

1. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan dekat perkembangan terkini isu kalimah Allah yang dicetuskan semula oleh peristiwa rampasan Bible dalam Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah Allah, oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Generasi Yang Berjiwa Lemah

Assalamualaikum Saudara dan Saudari,

“Akan datang suatu masa umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang lapar memperebutkan makanan dalam hidangan.”
Sahabat bertanya, “Apakah lantaran pada waktu itu jumlah kami hanya sedikit Ya Rasulullah?”.
Dijawab oleh baginda, “Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti kamu ibarat buih yang terapung-apung di atas laut, dan dalam jiwamu tertanam ‘Al Wahn’ (kelemahan jiwa).”