Jom Datang Ke Surau Kg Orang Asli Ulu Tamu - 28 Feb 2014 !


Post by IKRAM Hulu Selangor.

Lokasi :

View Larger Map

BR1M Bukan Penyelesaian Masalah Kos Kehidupan Yang Meningkat - Prof Nazari

Jom Sertai Seminar Urus Wang - 9 Mac 2014


IKRAM Hulu Selangor di TV AlHijrah-Slot Isu Akidah

Kenyataan Media : IKRAM Sanggah Pandangan Kassim Ahmad


Seminar DDMM di PULAPOL Bukit Sentosa Semarakkan Lagi Usaha Dakwah Kepada Rakan Bukan Islam



 BUKIT SENTOSA 17-Feb-2014 - Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor, Hidayah Centre, Masjid As-Salam Bukit Beruntung dan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) telah bersama-sama menganjurkan Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk atau lebih dikenali sebagai Seminar DDMM pada 15 dan 16 Februari 2014 bertempat di Auditorium 2 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Bandar Bukit Sentosa. 
Seminar ini telah dihadiri oleh kira-kira 80 peserta terdiri daripada pendakwah pelatih  yang datang dari Pusat  Dakwah Serantau (PDS) Yayasan Amal dan juga individu perseorangan yang berminat dalam menjalankan usaha dakwah kepada rakan bukan Islam. Penglibatan ramai generasai muda dalam seminar kali ini  memperlihatkan kesedaran yang tinggi di kalangan mereka akan kepentingan berdakwah ke atas rakan bukan Islam. Turut serta  ialah saudara baru  bekas penganut agama Kristian, Hindu dan Buddha yang  mahu mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran berdakwah kepada rakan dan saudara mereka.

Sekitar Majlis Ramah Mesra Wanita Ikram Hulu Selangor Bersama Aktivis Masjid, Surau & NGO Hulu Selangor

Sekitar Kursus Jenazah Anjuran IKRAM Hulu Selangor & Surau Ar-Raudah Serendah - 15 Feb 2014

10 Peringatan !

Say No To Valentine's Day

Kenyataan Media Sambutan Tahun Baru Cina Hidayah Centre pada 16 Februari ini

Memupuk Sakinah, Menyubur Mawaddah Dan Rahmah

Aqsa Syarif lancar Tahun Solidariti Bersama Rakyat Palestin


Jom Hadiri Wacana Siasah IKRAM 15 Feb 2014


Kembara Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu Bersama Belia IKRAM Hulu Selangor

CNYOH - Chinese New Year Open House 2014 - Anjuran Hidaya Centre


GSS: Hentikan Kepungan Kem Yarmouk


Pemilihan Kepimpinan IKRAM 2014-2018

Bermula 1 Mac ini, Pertubuhan IKRAM akan memilih pimpinan baru diperingkat daerah, negeri, pusat dan Dewan Perwakilan Nasional (Majlis Syura). Pimpinan baru inilah yang akan membawa IKRAM menuju tahun 2020 dan dekad akan datang. Rupa dakwah, tarbiyyah, khidmat, aktivisme dan pemikiran IKRAM masadepan akan ditentukan oleh mereka.

Diharap semua ahli akan menunaikan tanggungjawab diperingkat masing-masing untuk memilih kepimpinan yang dapat menjalankan amanah bagi setiap bidang yang diberi pada mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita sebagai ahli dan juga pemimpin dalam menjalankan amanah ini. Semoga Allah mengampunkan segala kekurangan dan kesalahan kita dalam menjalankan tanggungjawab yang lalu.


Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor 2010-2014

Kenaikan Harga Barang

Rakyat Malaysia di mana-mana pun membicarakan tentang kenaikan harga barang. Mereka mengeluh apabila kuasa membeli mereka semakin kurang. Semua pihak menyalahkan antara satu sama lain. Rakyat menyalahkan kerajaan yang menaikkan harga bahan api yang menjadi penyebab domino kenaikan sarahidup. Kerajaan juga menyalahkan rakyat dan meminta rakyat berhemah dan berjimat.

Kita tiada pilihan selain dari berbelanja mengikut keperluan dan meletakkan keutamaan keperluan tersebut dengan betul. Perkara yang berkaitan dengan ibadah, makan minum dan pendidikan mestilah menjadi prioriti. Elakkan pembaziran dalam semua perbelanjaan dan penggunaan.

Utamakan yang utama. Pertingkatkan kualiti kehidupan kita. Banyakkan beristighfar dan bersedeqah kerana amalan ini mengundang rezki dari Allah.

Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor 2010-2014

Jom Sertai "Walk for Humanity" 16 Mac 2014

Assalamualaikum

Ayuh berikan sokongan anda dengan menyertai Walk for Humanity. Sumbangan anda akan disalurkan kepada saudara-saudara di Syria, Palestin dan Rohingya. Maklumat Program :

Sila isikan borang online berikut untuk pendaftaran:

IKRAMTeens - Say No To Valentine !


Kesan GST Kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia


3hb Februari 2014 pukul 7.15 ptg
Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia

Oleh:
Dr. Mohd Nazari Ismail[1] dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]

Pengenalan dan Latarbelakang

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax(GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.
Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’ menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’ pada bulan Julai 2013.[3]
Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.

Berilah Rehat Badan Sendiri Tu !

Assalamu 'alaikum,

Adakah kita kenal diri sendiri? Jawabnya mmm... sebahagian, tetapi bukan 100%

Kita semua makan suap sendiri. Kecuali kalau ada keuzuran/sakit, atau semasa bayi. Jadi badan tidak buat hal, perut diam tidak berbunyi.

Selepas berpenat lelah, kita mengambil makanan untuk mengganti tenaga yang hilang. Kita berehat, mungkin perasan lebih, perut kita pula yang bekerja keras untuk menghadamkannya.