Mesyuarat Agung Daerah Hulu Selangor untuk sesi lantikan tahun 2016-2018



Bukit Beruntung - Pada 27 Mac 2016,telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat dimulakan dengan kata kata aluan daripada Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ust. Dr. Hj. Muhammad Azhar B. Zailaini dan dirasmikan oleh Bendahari IKRAM Selangor, Tn. Hj. Rosli Samit.

Selepas itu,mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan tahun 2015 dan pembubaran Jawatankuasa Daerah Sesi 2014-2016 dan sesi pemilihan jawatankuasa sesi 2016-2018 telah diadakan. Jazakumullahhukhairan kasira diucapkan kepada Jawatankuasa Daerah dan Jawatankuasa Wanita sesi 2014-2016 atas segala khidmat dan tenaga yang dicurahkan.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Daerah dan Jawatankuasa Wanita Daerah Hulu Selangor bagi sesi 2016-2018 yang baru dilantik. Semoga diberkati Allah SWT. "Ukhuwah Teras Kegemilangan".  Gambar di  sini.