Pelancaran Kelab IKRAM Junior IKRAM Hulu Selangor


8 Mei 2016 (Ahad) | Telah berlangsung Pelancaran IKRAM JUNIOR daerah Hulu Selangor bertempat di Pejabat Ikram daerah Hulu Selangor yang telah dihadiri oleh lebih 50 orang ibubapa dan 80 orang kanak-kanak.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh TYDP IKRAM daerah Hulu Selangor, Ir Hj Ariffin b Abd Manaf. Seterusnya, acara dijalankan serentak untuk ibubapa dan kanak-kanak. Ibubapa dapat mendengar Bicara Keibubapaan daripada Ummi Rose, Ketua Pengawai Eksekutif Raudhatus Sakinah bertajuk "Mendidik Anak Sesuai Zamannya" sementara anak-anak diisii dengan aktiviti mewarna dan rekacipta.

Pelancaran ini salah satu simbolik kepada hari ibu yang disambut pada hari ini. Semoga IKRAM Junior terus maju! GIAT BERMANFAAT, GENERASI HEBAT. Gambar di sini.