SEMINAR KELUARGA RAHMAH - BIJAK URUS WANG, HATI PUN TENANG

BATANG KALI .RABU 31 OGOS 2016 . Program Tahunan IKRAM Hulu Selangor di bawah kelolaan JK Wanita IKRAM Hulu Selangor diteruskan lagi dengan Seminar Keluarga Rahmah yang membawa tajuk " Bijak Urus Wang, Hati Pun Tenang " yang berlangsung dengan jayanya di Auditorium Dato' Abdul Hamid, Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.

Program yang menarik minat seramai 279 peserta yang datang dari sekitar Hulu Selangor ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor Zon 15, Haji Mohd Amran Bin Sakir.

Peserta Program kali ini agak bertuah kerana Pihak Pertubuhan Wanita IKRAM Hulu Selangor telah membawa dua orang panel dari Hijrah Wealth Management Sdn Bhd iaitu Pengasas dan Perunding Utama Puan Hajah Rohani bt Dato Haji Mohd Shahir, serta Kosultant Utama Puan Suzana bt Ali yang mengupas danmembimbing peserta ke arah pengurusan kewangan berhemah berlandaskan Islam dengan memperkenalkan Kubah Kehidupan yang matlamat akhirnya membawa kepada Kehidupan Sejahtera ( Hayaatan Toyyibah). Peserta Seminar Keluarga Rahmah turut diraikan dengan lebih 50 hadiah cabutan bertuah dan satu Hadiah Utama, sebuah set Periuk Noxxa

Disamping acara utama di auditorium, berlangsung Program Silang Budaya & #SayaAnakMalaysia bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang dijayakan IKRAM Junior. Pelbagai acara yang membawa tema Hari Kemerdekaan disampaikan dalam bentuk pertandingan mewarna dan sukan rakyat dengan penyertaan 130 orang kanak-kanak.

Semoga dengan program ini dapat memantapkan lagi kefahaman tentang pengurusan kewangan mengikut perspektif Islam dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor dan penduduk kawasan sekitar Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada Wanita IKRAM Hulu Selangor dan JK Pelaksana Program.

Gambar - gambar seminar boleh dirujuk di pautan ini.

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Sesi 1 (DDMM) Kawasan Hulu Selangor 2016


13 - 14 Ogos 2016 | Alhamdulillah telah berakhirnya Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) anjuran JK Dakwah IKRAM Hulu Selangor yang berlangsung selama dua hari di Pejabat IKRAM Kawasan Hulu Selangor. Seminar yang disertai oleh 45 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Hulu Selangor, Dr Muhammad Azhar Zailani.

Seminar selama dua hari ini telah diisi dengan pemahaman tentang agama Hindu oleh Ustaz Fitri bin Abdullah, agama Buddha oleh Brother Lim Joi Soon dan agama Kristian oleh Ustaz Mohd Amin Yaacob. Pada slot terakhir, peserta telah diberi peluang untuk ber'street dakwah' di kawasan berhampiran Bukit Beruntung untuk memberi pendedahan dan pengalaman sebelum peserta turun ke lapangan sebenar.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh di DDMM ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Islam agama rahmah, sebarkannya dengan kasih sayang. Jumpa lagi pada sessi DDMM akan datang insyaAllah . Gambar boleh dilihat dalam pautan ini.

Kembara Belia Remaja Hulu Selangor ke Gua Tempurung






Pada 6 Ogos 2016, telah berlangsung Kembara ke Gua Tempurung yang merupakan anjuran bersama Belia IKRAM Hulu Selangor & IKRAMTeens Hulu Selangor. Seramai 36 orang telah menyertai program hari ini yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah diantara belia dan remaja yang insyaAllah akan dapat membantu dalam gerak kerja dakwah ini.  Video kembara ini boleh dilihat di sini.