Jaulah Ukhuwah Sabah 2016 (15-18 September 2016)


Objektif Jaulah Ukhuwah Sabah 

  1. Mengeratkan ukhuwah sesame peserta dan ahli IKRAM sendiri.
  1. Meninjau aktiviti dakwah di Sabah serta memahami keperluannya.
  1. Menghayati pengorbanan para duat dalam dakwah Sabah.



15 Sept 2016 (Khamis)
Hari Pertama

·         Peserta bertolak dari PIHUSEL jam 2.30 pagi.
·         Berlepas ke Kota Kinabalu pada jam 6.30 pagi.
·         Tiba di Kota Kinabalu jam 9.30 pagi dan bergerak ke Kinabalu Daya Hotel.
·         Jam 11. 30 bertolak ke Taman Tuku Abdul Rahman, Pulau Manukan:
-  Peserta diberi jaket keselamatan dan peralatan untuk snorkelling (snorkeling mask and snorkels)
-  Jam 2.30 bertolak balik dari jeti Pulau Manukan
·       Aktiviti bebas. Peserta boleh membeli cenderahati di Pasar Filipina atau beristirehat di Hotel.
·       Makan malam di tepi jeti jam 6.30 malam
·      Bergerak ke Pejabat IKRAM Sabah untuk Majlis Ramah Mesra bersama Jawatan Kuasa Negeri (JKN) Sabah:

Objektif:
1) Bertaaruf dan eratkan ukhuwah
2) Menjalin kerjasama IKRAM Sabah dan Hulu Selangor.

Agenda:
1) Ucapan Aluan TYDPN Ust. Mohd Rapi (pemangku YDPN)
2) Ucapan YDP IKRAM Hulu Selangor
3) Taklimat Ringkas IKRAM Sabah oleh SUN
4) Taaruf dan Sesi Perbincangan
5) Jamuan ringan dan bersurai

-     Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis.
-     Pengarah Hidayah Centre Sabah memulakan majlis dengan membaca “Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56). Ucapan penghargaan kepada IKRAM Hulu Selangor. Beliau turut memberi keterangan mengenai Ikram Sabah dan latar belakang Hidayah Centre:
Ø  Pada awalnya, majoriti di Sabah adalah penduduk Islam. Kemudian ramai telah berpindah. Penduduk Islam sedia ada tiada bimbingan. Susulan daripada itu, Hidayah Centre diwujudkan. Beberapa tempat masih perlu dibaiki, terdapat surau.
Ø   Salah satu cawangan HC Sabah adalah di Bundu Tuhan. Beliau membuat program dengan kerjasama ketua kampung. Dengan itu, program berjalan lancar.
Ø  Slide berkenaan program-program HC ditayangkan.
Ø  Menunjukkan Statistik Peningkatan Pengislaman 2013-2016 dari 85 hingga 141.
-     Ucapan YDP Ikram Hulu Selangor:
Ø  YDP memberi keterangan mengenai latar belakang Malaysia sempena Hari Malaysia pada 16 Sept 2016. Dengan nikmat kemerdekaan yang diberi, kita dapat berukhuwah dan paling penting ada ikatan Islam.
Ø  YDP turut berpesan sentiasa menambah ilmu untuk mendidik anak-anak.
Ø  YDP menegaskan bahawa kitalah generasi Islam yang sama-sama membangun hadis nabi iaitu “Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, itu lebih baik daripada unta merah” dan “jika seseorang mendapat hidayah lebih baik daripada engkau mendapatkan dunia dan seisinya.”
·         Bertolak pulang ke hotel jam 11.00 malam

16 Sept 2016 (Jumaat)
Hari Kedua

·       Sarapan Pagi jam 7.00 pagi di Kinabalu Daya Hotel dan check out.
·       Perjalanan ke Kundasang; singgah sebentar di Masjid Terapung Likas (8.30-9.00 pagi). Berhenti di Pekan Nabalu untuk mengambil foto berlatarbelakang Gunung Kinabalu,membeli cenderahati dan buah buahan. Antara buah-buahan yang menarik ialah Durian Sabah,Buah Tarap, Buah Bembangan, Duku, Rambutan dan sebagainya.
·         Berangkat ke pekan Kundasang untuk makan tengahari pada jam 12.30 tengahari.
·        Aktiviti bersama Hidayah Centre Sabah “Program ramah mesra dengan saudara baru kampung Bundu Tuhan”
-        Ucapan Pengarah HC Sabah:
Ø  Memulakan ucapan dengan bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat iman yang diberi. Maulana Maudidi menyatakan “Tanda kita bersyukur adalah dgn menjadi seorg muslim yg taat kpd Allah s.w.t” dengan cara sentiasa menambah ilmu, mengamalkan  rukun iman dan islam, melakukan amar makruf nahi mungkar
-          Ucapan YDP IKRAM Hulu Selangor:
Ø  YDP memulakan ucapan dengan memberi maklumat mengenai latar belakang penubuhan m’sia sempena Hari Malaysia 16 Sept. Kita adalah bersaudara dan menambah ukhuwah dengan nikmat syahadah (kalimah Allah).
Ø  Beliau menggalakkan saudara baru membawa anak-anak belajar solat, menghadiri kelas di hidayah centre Bundu Tuhan. Selain itu, memberi harapan bahawa anak-anak ini akan menjadi pelapis dakwah dan bekalan akhirat untuk ibu-bapa. Berdasarkan hadis nabi - “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
-      Perkongsian Saudara Baru: Pn Hawa dari Kg Bundu Tuhan:
Ø  Telah muslim pada tahun 2002, asal di Kota Kinabalu, pada mulanya keluarga sukar menerima. Persepsi beliau pada Islam; orang muslim sombong. Sekarang ahli keluarga telah menerima dan menghormati apa yang tak boleh diamalkan dalam agama Islam seperti minum arak dan hal lain.
·      Bergerak balik ke Homestay Walai Tokou, Kundasang.
·      Makan malam jam 9.00 malam.

17 Sept 2016 (Sabtu)
Hari Ketiga

·          Sarapan pagi pada pukul 7.00 pagi di Homestay Walai Tokou
·         Jam 8.00 pagi-Bergerak ke Pekan Kundasang untuk menaiki van ke Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah. Mesilau Sabah adalah tempat ternakan lembu dan kambing. Disini kita dapat melihat proses pemerolehan susu sehingga penghasilan produk. Selain itu, turut menjual beberapa produk tenusu segar seperti susu kultur, keju, ice cream, yogurt dll.
·           Selepas itu, bergerak ke Kg Luanti, Ranau untuk Fish Massage
·           Bergerak ke Sandakan dan makan tengah hari
·           Program HC di Masjid Darul Iman Kg. Ulu Sapi, Beluran
-     Ucapan Pengarah HC Sabah:
Ø  Memulakan ucapan dengan bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat iman yang diberi. Maulana Maudidi menyatakan “Tanda kita bersyukur adalah dgn menjadi seorg muslim yg taat kpd Allah s.w.t” dengan cara sentiasa menambah ilmu, mengamalkan  rukun iman dan islam, melakukan amar makruf nahi mungkar.
-     Ucapan YDP Ikram Hulu Selangor:
Ø  YDP memulakan ucapan dengan memberi maklumat mengenai latar belakang penubuhan Malaysia sempena Hari Malaysia 16 Sept. Kita adalah bersaudara dan menambah ukhuwah dengan nikmat syahadah (kalimah ilah).
·         Makan malam -Steamboat
·         Check in Hotel Sandakan

17 Sept 2016 (Sabtu)
Hari Keempat

·         Sarapan di Hotel Sandakan
·         Shopping di Pasar Sandakan
·         Check out Hotel
·         Makan tengah hari di Pasar Sim Sim
·         Bergerak ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.
·         Terbang Pulang ke Kuala Lumpur.

Disediakan oleh:
AJK Dokumentasi Jaulah Sabah 2016

Gambar-gambar jaulah boleh dilihat dipautan ini dan video-video berikut.