HARI KESIHATAN IKRAM HULU SELANGOR 2.0




Alhamdulillah pada hari Ahad, 23 Oktober yang lalu telah berlangsung HARI KESIHATAN IKRAM HULU SELANGOR 2.0, bertempat di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Rawang Selangor. 

Hari Kesihatan ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Hulu Selangor & JMB Apartment Kenanga. Hari Kesihatan ini telah dirasmikan oleh Ahmad Zailani bin Darwis, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Antara pengisian dan aktiviti dan aktiviti selaras yang diadakan ialah:

1) Ceramah Nutrisi Sihat & Ceramah Kebersihan Persekitaran

2) Pemeriksaan Kesihatan, BMI, pemeriksaan gula, tekanan darah dan Pap Smear

3) Pertandingan Masakan Sihat

4) Aktiviti IKRAM Junior

5) Pameran dan Gerai

6) Anugerah Keluarga Mithali

7) Cabutan Bertuah

8) Persembahan Silat Pencak 

Selain itu, Anugerah Keluarga Mithali juga telah diberikan kepada 3 buah keluarga atas menghargai kejayaan dan pencapaian yang telah dikecapi, iaitu: 1) keluarga Imam Badrol Hisham bin Anor 2) keluarga Abd Samad bin Abd Manaf 3) keluarga Rosli bin Abdullah

Penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Klinik Kesihatan, KPJ Rawang, Adabi dan semua penduduk Blok D Apartment Kenanga Taman Bunga Raya atas sokongan diberikan. 

Kesihatan adalah kunci keluarga bahagia. Kesihatan yang baik bermula dari keluarga. Keluarga sihat, ummah sejahtera. Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini.