TANAH DAN TEBING RUNTUH: i-BANTU HULU SELANGOR ZIARAH MANGSA



Pada 27 November yang lalu, kumpulan i-Bantu IKRAM Hulu Selangor telah mengadakan sesi ziarah prihatin ke kawasan pemindahan mangsa tanah runtuh di Taman Idaman Serendah. Semua mangsa telah ditempatkan di SRA Serendah. Beberapa beg berisi makanan dan sanitary kits diedarkan kepada mangsa tragedi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pada 18 Disember 2016, mereka telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah kawasan runtuhan dibaikpulih. 




Pada 29 November pula, Skuad i-Bantu IKRAM Hulu Selangor hari ini telah turut bersama menyertai rombongan MB Selangor Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali melawat pusat kediaman sementara bagi mangsa runtuhan tebing Sungai Rawang , Taman Bersatu Rawang. YB Azmin Ali tiba pada pukul 10.20 pagi , iaitu 40 minit lebih awal dari yang di jadualkan. Namun orang ramai telahpun membanjiri perkarangan Pejabat Penghulu Rawang 1 bagi menantikan ketibaan beliau. Terdahulu, YB Menteri Besar telah melawat mangsa tanah runtuh di Serendah. , i-Bantu IKRAM telah menyumbang wang tunai serta dua beg barangan asas untuk setiap keluarga. 

Seramai 6 keluarga telah diberikan sumbangan. 10 buah rumah dikhuatiri dalam bahaya dan penghuninya telah diarahkan berpindah, namun sehingga kini hanya 5 keluarga sahaja yang mnginap di Pusat Penginapan Sementara di Dewan MPS, Taman Jati, Rawang. InsyaAllah IKRAM HS akan berkolaborasi dengan PKD Gombak untuk memberikan kaunseling ataupun memberikan beberapa pengisian atau aktiviti di pusat tersebut.

REHLAH KHIDMAH (rehlah imaniyyah wa jasmaniyyah) kawasan Rawang



Pada hari Ahad, 6 November 2016 yang lalu telah diadakan Rehlah Khidmah anjuran bersama Wanita IKRAM Hulu Selangor & PERKIM Bandar Tasik Puteri bersama Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS).

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Talk: Aku Telah Dewasa, Gotong -royong dan Sukaneka bersama anak-anak PEKEAS. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhawat yang telah bertungkus lumus merancang aktiviti ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut memeriahkan program hari ini. Gambar-gambar sepanjang aktiviti boleh dilihat di pautan ini.

CERAMAH KEPENGGUNAAN DALAM MEMBANGUN NEGARA RAHMAH




Pada 6 November 2016 yang lalu. Pihak Wanita IKRAM Hulu Selangor dan Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM Hulu Selangor telah berjaya menganjurkan buat pertama kali program bersama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Persatuan Penduduk Apartment Taman Setia, Rawang yang membawakan Program Ceramah Kepenggunaan Dalam Membangun Negara Rahmah dengan tajuk " Peranan Kita Dalam Membentuk Komuniti Hijau/ Mesra Alam ".

Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Encik Md Sabri Md Taib. Turut dilancarkan dalam program ini ialah majlis pelancaran kempen " Mothers Against Pornography" oleh Wanita IKRAM Hulu Selangor serta penyampaian Anugerah Keluarga Contoh oleh Persatuan Apartment Taman Setia. Siri ceramah daripada pihak FOMCA, Aktiviti Kanak-Kanak dan Cabutan Bertuah antara yang mengisi aturcara sepanjang program ini berlangsung. Gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini.