Ancaman Syiah di Malaysia





Pada 30 Disember 2016 yang lepas, telah dianjurkan Daurah Umum anjuran JK Tarbiah IKRAM Hulu Selangor yang bertajuk Ancaman Syiah di Malaysia. Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Mohamed Fairooz Fathillah, ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare dan Pengerusi Salam Iraq,yang juga sedang membuat penyelidikan tentang Syiah di Malaysia.

Banyak maklumat dan info tentang bahaya Syiah dan bagaimana mengetahuinya telah dikongsi bersama hadirin. Ustaz Fairooz juga menerangkan tentang salah faham anak muda yang kini lebih tertarik dengan ajaran Syiah yang sepertinya memudahkan tetapi merosakkan pemahaman tentang ajaran Islam yang sebenar.

JK Tarbiah telah membuat rakaman menerusi Facebook Live berkenaan daurah hari ini. Link video boleh dilihat di pautan ini .

IKRAM Junior Outdoor Adventure 2016




Pada hari Khamis, 22 Disember 2016, jam 8 pagi hingga 5 petang, telah diadakan Lawatan IKRAM Junior Hulu Selangor ke Perpustakaan Shah Alam & Taman Botani Negara. Seramai 5 orang AJK IKRAM Junior, 7 orang fasilitator IKRAMTeens dan 40 orang peserta IKRAM Junior telah terlibat. 

Di Perpustakaan Shah Alam, persembahan powerpoint serta penerangan tentang kemudahan dan aktiviti perpustakaan diberi oleh kakitangan bertugas. Kami juga dibawa melawat, mengambil gambar, menonton tayangan 2D di teater mini dan bermain 'game xbox'. Di Taman Botani Negara, peserta berumur 10 hingga 12 tahun terlibat dengan aktiviti lasak di Skytrek. 


Aktiviti berjalan serentak bagi semua peserta selama lebih kurang satu setengah jam. Sementara itu, peserta di bawah umur 10 tahun terlibat dengan kuiz berkumpulan serta lawatan ke Taman 4 Musim dan Taman Haiwan. Program mengambil masa yang lebih lama kerana hujan lebat di Taman Botani Negara. 

Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan setelah hujan reda. Setinggi penghargaan diberi kepada semua ajk iaitu Ajk Pembangunan Kanak-kanak Wanita IKRAM HS Pn. Kholidah, Ajk Pendaftaran Pn. Fazliyah, Ajk Makanan Pn. Ellina, Ajk Disiplin & Keselamatan Pn. Nurul Badar, Ajk Pengangkutan Hj Mazli bin Wan Othman dan Konsultan IKRAM Junior HS Pn. Norzira serta semua fasilitator. Terima kasih juga kepada ibubapa peserta IKRAM Junior Hulu Selangor yang memberi sokongan untuk program ini.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR IKRAMTEENS HULU SELANGOR



15 Disember 2016 | Khamis. Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, IKRAMTeens Hulu Selangor telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Bank Negara Museum and Art Gallery dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Lawatan ini adalah anjuran bersama JK Remaja dan JK Media IKRAM Hulu Selangor.

Di Bank Negara Museum and Art Gallery, peserta didedahkan dengan sejarah mata wang Malaysia dan evolusi perkembangan mata wang Malaysia dan bagaimana cetakan wang dilakukan aspek keselamatan tentang mata wang Ringgit Malaysia juga diceritakan. selepas itu, peserta dapat melawat semua galeri yang muzium sediakan.

 

Di IKIM.fm, kami telah disambut meriah oleh Pegawai Perhubungan Awam IKIM.fm dan diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan ikim, sesi soal jawab juga dapat diadakan. Selain itu, kami juga sempat bertemu dengan beberapa DJ IKIM yang kebetulan berada di konti. Sempat dikongsikan tentang kelengkapan di konti serta cara-cara mengurus radio apabila tiba waktu 'on air'.

Gambar-gambar sepanjang lawatan boleh dilihat di pautan ini

Rehlah Muayasyah Imaniyyah wa Jasmaniyyah 2016 (kawasan Bukit Sentosa & Bukit Beruntung)


Pada hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu telah diadakan Rehlah Ukhuwah Akhawat Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bertempat di Banglo Tn Hj Zamri, Residensi Kekwa, Bukit Beruntung. Program dimulakan dengan Taichi bersama kumpulan Mee Wah, taichi ini baik untuk kesihatan dan telah terbukti memberi kebaikan kepada pesakit jantung, memperbaiki mood harian, mengurangkan kemurungan, mengurangkan keletihan dan menjadikan badan lebih segar, di samping kesihatan badan secara menyeluruh. Selain itu, turut diadakan pertandingan menggubah makanan sihat, kerana umum mengetahui kesihatan sangat penting kepada semua tidak mengira kaum dan usia. 

Rehlah yang bertemakan ukhuwah ini mengambil semangat ukhuwah kaum Ansar dan Muhajirin ketika peristiwa hijrah. Hijrah ini mengandungi semangat persaudaraan, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada saat baginda mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar, Dengan demikian, hijrah secara maknawi terus relevan sehingga ke hari ini. Bahawa nilai dan semangat hijrah harus kita bawa dalam kehidupan modern ini. Kita berhijrah dari kejahiliyahan menuju Islam. Hijrah dari kekufuran menuju Iman. Hijrah dari kesyirikan menuju tauhid. Hijrah dari kebathilan menuju al-haq. Hijrah dari nifaq menuju istiqamah. Hijrah dari maksiat menuju tha’at. Dan hijrah dari yang haram menuju yang halal. 

BACK2SCHOOL (B2S) 1 & 2 DI SEKITAR KAWASAN HULU SELANGOR




Pada 6 Disember 2016, seawal jam 7 :30 pagi tadi , Mydin Rawang telah diserbu oleh ratusan pelajar dan ibubapa, sehingga membanjiri perkarangan dan ruangan dalam Mydin. Anak-anak pelajar dan ibubapa bersesak-sesak dan ada yang terpaksa duduk di atas 'escalator' yang berhenti , sambil menunggu. Apakah yang menyebabkan kesesakan ini berlaku pagi tadi ? Serbuan tersebut sebenarnya adalah kerana program bantuan persekolahan Back To School 2017 yang di anjurkan oleh IKRAM Hulu Selangor .

Seramai 234 pelajar sekolah menengah dan rendah yang menerima bantuan serta 25 orang Petugas Sukarela IKRAM Hulu Selangor telah turun menjayakan proram tersebut. Penerima bantuan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah iaitu mereka yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM 1500 . Voucher Sumbangan adalah sebanyak RM100 bagi Sekolah Rendah dan RM 120 bagi sekolah menengah dan terhad kepada masima 3 orang anak untuk satu keluarga. Penyumbang utama adalah IKRAM Hulu Selangor sendiri, di ikuti Yayasan YARA dan juga orang persaorangan. Sumbangan hari ini adalah untuk mereka yang tinggal sekitar Rawang, Bandar Tasik Putri dan Country Homes. 


Pada 8 Disember 2016 pula, Mydin Rawang telah diserbu lagi untuk sumbangan Back To School 2017 bagi kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Rasa , Serendah dan Kuala Kubu Bharu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh semua AJK. PIC Kawasan, Petugas Sukarela, Yayasan Yara, dermawan, juga pihak Mydin yang memberikan kerjasama serta diskaun dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Back To School kali ini. Jazakumullahukhairan katheera dan  semuga usaha kerdil ini ada nilai yang besar di sisi Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh.