IKRAM Junior Outdoor Adventure 2016




Pada hari Khamis, 22 Disember 2016, jam 8 pagi hingga 5 petang, telah diadakan Lawatan IKRAM Junior Hulu Selangor ke Perpustakaan Shah Alam & Taman Botani Negara. Seramai 5 orang AJK IKRAM Junior, 7 orang fasilitator IKRAMTeens dan 40 orang peserta IKRAM Junior telah terlibat. 

Di Perpustakaan Shah Alam, persembahan powerpoint serta penerangan tentang kemudahan dan aktiviti perpustakaan diberi oleh kakitangan bertugas. Kami juga dibawa melawat, mengambil gambar, menonton tayangan 2D di teater mini dan bermain 'game xbox'. Di Taman Botani Negara, peserta berumur 10 hingga 12 tahun terlibat dengan aktiviti lasak di Skytrek. 


Aktiviti berjalan serentak bagi semua peserta selama lebih kurang satu setengah jam. Sementara itu, peserta di bawah umur 10 tahun terlibat dengan kuiz berkumpulan serta lawatan ke Taman 4 Musim dan Taman Haiwan. Program mengambil masa yang lebih lama kerana hujan lebat di Taman Botani Negara. 

Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan setelah hujan reda. Setinggi penghargaan diberi kepada semua ajk iaitu Ajk Pembangunan Kanak-kanak Wanita IKRAM HS Pn. Kholidah, Ajk Pendaftaran Pn. Fazliyah, Ajk Makanan Pn. Ellina, Ajk Disiplin & Keselamatan Pn. Nurul Badar, Ajk Pengangkutan Hj Mazli bin Wan Othman dan Konsultan IKRAM Junior HS Pn. Norzira serta semua fasilitator. Terima kasih juga kepada ibubapa peserta IKRAM Junior Hulu Selangor yang memberi sokongan untuk program ini.