Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) 2017 di SMK Sg Ghoh

Pada 9 Januari 2017 yang lalu, SMK Sg Choh dengan kerjasama Raudhatus Sakinah Master Training and Consultancy dan IKRAM Hulu Selangor telah menganjurkan program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) khas buat para pelajar Tingkatan 1 , 2 , dan 3 yang bertempat di Dewan Besar SMK Sg Choh .

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada kepada pelajar mengenai punca dan bahaya zina daripada aspek individu,masyarakat dan negara . Di samping itu juga , para pelajar juga diingatkan kembali akan sejarah, tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin di muka bumi ini.

Diharapkan para pelajar dapat menggarap segala ilmu yang telah diberikan . Harapan juga diberikan agar pendedahan ini bukan sahaja membangkitkan kesedaran dalam diri pelajar bahkan dapat membentuk sahsiah mereka yang bakal menjadi pelapis negara kita suatu hari nanti .

Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini