Pengenalan

Pengenalan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Logo IKRAM merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu “alif”; dan sebuah “glob” atau “dunia” di atas “alif”. Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini boleh dilihat sebagai huruf Roman “i”.
Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan pencantuman dan penindihan antara “alif” dengan “i”.

 Makna lambang IKRAM ialah seperti berikut:
  1. Huruf Arab “alif” dan huruf Roman “i” adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Integriti.
  2. Dua warna yang digunakan ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu Edisi Kedua) bagi “alif” dan warna hijau bagi “glob”. Warna batu firus adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran sejagat.
Misi & Visi IKRAM.
    IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:
    1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
    2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
    3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
    4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
    5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
    6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
    7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
    8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
    E-mail Print PDF