Thursday, 19 July 2012

Solat Tarawih : 8 Atau 20 Rakaat ?


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca sekelian berkenaan pendapat yang diutarakan oleh Mufti Mesir sekarang, iaitu Sahibus Samahah, Fadhilah Prof Dr Ali Jumaah berkenaan Solat Tarawih di bulan Ramadhan. Sedikit maklumat tentang biodata Dr Ali Jumaah. Beliau merupakan seorang ulama’ tersohor di Mesir dan tergolong dari kalangan ulama terkemuka di Mesir dan di dunia  kerana untuk menjadi seorang Mufti di Mesir bukanlah mudah. Di sana ada ratusan ribu ulama kalaupun tidak jutaan dan seseorang yang dilantik sebagai Mufti adalah seorang yang telah membuktikan keupayaan keilmuannya yang tinggi. Dari segi hiraki ulama pula, Mufti berada di ranking kedua selepas Shekhul Al-Azhar di Mesir.

Tuesday, 10 July 2012

Tazkirah Ramadhan - Ramadhan …Mulakan Langkah dan Teruskan...


Ramadhan ialah masa yang sesuai untuk seseorang memulai lembaran baru dalam hidupnya. Perubahan sikap atau tingkahlaku yang berbeza terhadap dirinya, keluarganya, rakannya dan seterusnya masyarakat di sekelilingnya.
Kajian terkini pakar psikologi mendapati bahawa untuk perubahan diri, manusia memerlukan masa antara 6 hingga 21 hari secara berterusan tanpa putus-putus membiasakan suatu tingkahlaku atau sikap yang baru supaya perubahan itu menjadi sebahagian dari sikap atau tingkahlaku sehariannya.

Dengan mengambil sempena tempoh puasa Ramadhan selama 29 atau 30 hari, maka tempoh tersebut cukup untuk seseorang muslim membuat perubahan dirinya ke arah yang lebih baik kerana semasa berpuasa seseorang itu sentiasa mengamalkan amalan, tabiat atau tingkahlaku yang baik dan dalam masa yang sama dia juga meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t.

Tuesday, 19 June 2012

Kejohanan Badminton Amal Palestin 2012 Mantap !


Ahad, 17 Jun 2012.  Bertempat di Dewan Badminton YS LIM Rawang , Pertubuhan Aqsa Syarif dan  JK Belia IKRAM Hulu Selangor  telah menganjurkan Kejohanan Badminton Amal  Palestin 2012 (KBAP). Objektif utama pertandingan bagi mengumpul dana membantu Saudara  kita di Palestin dan memupuk rasa kebersamaan khususnya di kalangan belia ke atas isu Palestin . Seramai 72 peserta mengambil bahagian terdiri di mana sebahagian besarnya merupakan warga industri di sekitar Hulu Selangor dan juga peserta yang datang dari Shah Alam.

Sunday, 13 May 2012

Gerakan Membantu Mangsa Banjir Kilat Di Batang Kali dan Serendah.


12-Mei-2012(AHAD). Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor turut terpanggil membantu sedaya mungkin meringankan beban yang dialami penduduk di beberapa kawasan di Mukim Batang Kali akibat musibah banjir kilat yang melanda mereka pada 9 Mei lepas. IKRAM Hulu Selangor melalui Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat diketuai oleh IR Hj. Ariffin Abd Manaf  telah menyusun beberapa tindakan untuk membantu penduduk di sana. Gerakan bantuan yang dijalankan telah pun masuk hari ke lima. 

Gerakan bantuan meliputi kawasan seperti  Masjid Batang Kali, Kampung Orang Asli Ulu Melaka  Serendah,  Kampung Sg. Masin dan Genting Malik di Batang Kali. Bantuan yang dihulurkan  adalah seperti pemberian keperluan asas, sedikit wang dan pakaian bagi meringankan beban mereka. Sukarelawan IKRAM Hulu Selangor juga turut sama mengerah keringat bergotong royong membantu membersihkan kawasan rumah terbabit. IKRAM Hulu Selangor telah menyediakan dua buah lori  dan tong sampah besar untuk mengangkut sampah sarap dan barang yang rosak keluar dari kawasan penduduk terbabit. Kerja-kerja pembersihan seperti membasuh rumah, peralatan dan mengemas persekitaran rumah turut dilakukan bersama-sama. Satu pengalaman yang berharga buat ahli IKRAM  Hulu Selangor  kerana turut sama dapat menyelami dan merasai keperitan mangsa banjir.  Sesungguhnya musibah banjir ini ada hikmahnya dan moga mereka yang terlibat diberi kesabaran dalam  mengharungi ujian ini.   Sila klik  gambar dan video






Sunday, 22 April 2012

Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang Berjaya !!

22-April-2012. Alhamdulillah, lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam Bengkel Mahligai Kasih - Semakin Hari Semakin Sayang yang bertempat di Auditorium Perodua di Serendah. Bengkel merupakan anjuran bersama BAIP ( Badan Agama Islam Pero...dua) dan IKRAM Hulu Selangor. Bengel dirasmikan oleh YDP IKRAM HS, Ust Dr Azhar dan penceramah jemputan ialah En. Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih dikenali sebagai PAK UTIH. PAK UTIH merupakan salah seorang pakar di dalam bidang kekeluargaan terutamanya hubungan di antara suami dan isteri. Banyak ilmu yang dikutip oleh peserta terutamanya di dalam memahami perbezaan tingkah laku lelaki dan wanita dalam memupuk persefahaman di dalam rumah tangga. Bagi perserta yang bakal mendirikan rumah tangga bengkel ini memberikan asas yang cukup baik sebagai persediaan melalui alam rumah tangga.
Tahniah kepada Pengarah, Saudara Romzi dan juga Ahli JK yang telah menjayakan bengkel ini.
IKRAM Hulu Selangor juga ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah membuat keputusan yang tepat meluangkan hampir 4 jam masa mereka untuk menyertai bengel hari ini. Tahniah ! Baca Lagi