Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Saturday, 20 May 2017
Bicara Keibubapaan: Lisan Seorang Ibu, Bicara Seorang Ayah
Pada 19 Mei 2017, telah berlangsung Bicara Keibubapaan yg bertajuk Lisan Seorang Ibu, Bicara Seorang Ayah yang disampaikan oleh Bro Adnan Omar, ahli psikologi dengan PHD dalam bidang suicidology. Ini kali ke 2 JK Pembangunan Keluarga Ahli (PeKA) IKRAM Hulu Seangor menjemput beliau untuk menyampaikan ilmu kepada semua yang hadir. Seramai 110 orang telah hadir ke Bicara Keibubapaan ini.
Antara catatan sepanjang program yang ditulis oleh Aisyah yang menghadiri bicara ini;
9 Lisan Negatif (Bahasa Dosa) Ibubapa kepada anak-anak.
1. Menyindir
Kata Bro Adnan,
"Kalau anak masih kecil, anak tidak faham dengan bahasa menyindir. Kalau anak sudah besar, dia akan menyampah dengan bahasa menyindir. " Contohnya, "kemasnyaa bilik kamu." Sedangkan bilik itu bersepah.
2. Mengugut
3. Mengungkit
4. Membebel
5. Membanding-bandingkan
Semua anak tidak sama. Jangan sekali-kali membanding2 kan mereka. Jika ibubapa pun tidak suka jika anak2 membanding2kan dengan ibubapa lain. Begitu juga anak2.
6. Mencaci, menghina, menganjing, mencarut
"Hoi lembu/bab*. " Jangan mencarut. Nanti jangan terkejut anak-anak panggil kita dengan carutan/cacian juga.
7. Merendah-rendahkan anak
Allah telah menjadikan setiap anak dengan kelebihan & keistimewaannya. Sungguh makhluk bergelar manusia itu sangat hebat. Jangan sekali-kali merendahkan mereka dengan perkataan seperti "kau ni dah lah lembab, otak jenis apa ni..bla2"
8. Mengumpat
9. Menuduh & Memfitnah anak
"Mane duit aku hilang ni. Eh kau curi kan, pandai eh kau sekarang"
Bicara dengan baik, sungguh mungkin si anak mencuri. Jangan dituduh mereka terus.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menghadiri dan berharap ilmu yang dikutip sepanjang program dapat dikongsi kepada orang lain.
"Didiklah Anak Sesuai Mengikut Zamannya"
Monday, 8 May 2017
Daurah Umum - Kenali Ilmu Hadis dari sudut Sanad dan Matan
Pada 7 Mei 2017, JK Tarbiah IKRAM Hulu Selangor telah mengadakan Daurah Umum yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussin. Seramai 129 orang telah menghadiri majlis ilmu ini. Diharapkan semua yang hadir dapat memahami apa yang telah dikongsi seterusnya dapat disebarkan kepada orang lain. Jazakumullahu khairan kasira.
Saturday, 1 April 2017
Perasmian SRI Hira Rawang dan Mesyuarat Agung IKRAM Hulu Selangor Sesi 2016/2017
Rawang - Telah berlangsung Mesyuarat Agung IKRAM Kawasan Hulu Selangor dan Perasmian Sekolah Rendah Islam Hira' Rawang pada hari Jumaat 31 Mac 2017. Acara yang bermula pada jam 8 malam ini telah dihadiri oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia dan telah diserikan dengan persembahan nasyid dan alat muzik percussion oleh para pelajar SRI Hira. Disamping itu montaj pengenalan sekolah dan barisan kakitangan turut disajikan.
Acara kemuncak adalah dengan perasmian sekolah oleh Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM Malaysia dengan menandatangani plak perasmian Sekolah Rendah Integrasi Hira Rawang. Selepas itu majlis diteruskan dengan pembentangan laporan dan belanjawan sepanjang tahun 2016. Majlis diakhiri dengan cabutan nombor nombor bertuah kepada ahli ikram yang hadir.
Semoga dengan perasmian sekolah ini dapat memberikan keberkatan dan dapat memperkenalkan sebuah lagi institusi pendidikan yang disediakan oleh IKRAM-Musleh, dan semoga ukhuwah terus berkekalan. Semoga dengan pembentangan laporan untuk sesi 2016 boleh melonjakkan lagi aktivisme dikalangan ahli dan masyarakat. Jazakumullah kepada semua yang hadir. Semoga kita berjumpa lagi di sesi yang akan datang. Foto lain boleh dilihat di pautan ini.
Wednesday, 15 March 2017
JOM Fit: Badminton II
14 Mac 2017 | Selasa : Telah berlangsung riadhah badminton (ikhwah) di S.B.B Badminton Hall, Rawang pada hari Selasa yang lalu. Riadhah yang bermula jam 9 malam ini dimulai dengan solat isyak berjemaah dan disambung dengan aktiviti badminton. Program yang berakhir pada jam 11 malam ini bertujuan untuk melahirkan belia yang aktif bersukan dan menjauhkan diri dari aktiviti tidak bermoral. Semoga kita dapat bertemu lagi pada siri-siri riadhah akan datang. Maju lah belia untuk ummah
Sunday, 12 March 2017
Sambutan Hari Wanita 2017
Wanita IKRAM Hulu Selangor sekali lagi turun padang menyantuni khalayak dengan tema Be Bold For Change atau Berani Untuk Berubah sempena Sambutan Hari Wanita seDunia yang disambut pada 8hb Mac setiap tahun. Sebanyak dua ratus (200) biji epal merah Washington Red Delicious diedarkan kepada dua ratus (200) pengunjung wanita yang mengunjungi Pasaraaya TESCO Rawang dan Bukit Beruntung pagi tadi.
Turut di edarkan ialah brosur penerangan tentang kempen Mothers Against Pornography yang dilancarkan oleh Wanita IKRAM Malaysia. "Assalamu 'alaikum / selamat pagi... Selamat Hari Wanita.. kami daripada Wanita IKRAM Hulu Selangor, sudikan terima sebiji epal merah istimewa untuk wanita Tema tahun ini Berani Untuk Berubah atau Be Bold For Change Dan ini adalah brosur kempen kami menentang pornografi"
Senyuman di wajah pengunjung menceritakan perasaan mereka .
#wanitaikramselangor #hariwanitasedunia2017 #BeBoldForChange #IWD2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...









