HUBB IBADAH
DAN KEPIMPINAN REMAJA
MUSIM CUTI SEKOLAH JUN 2010
MUKADIMAH
Kebelakangan ini negara sering dikejutkan dengan pelbagai jenayah dan kenakalan remaja/pelajar, seperti kes-kes perzinaan, merokok, budaya couple, pergaduhan, ponteng sekolah, mat rempit, bohsia, kurang menghormati ibubapa, lari dari rumah dan sebagainya. Fenomena buruk ini jika diamati yang menjadi beberapa punca utamanya ialah seperti:
1. Rapuhnya keimanan remaja2. Jahil tentang agama
3. Kurang bimbingan motivasi dari ibubapa
4. Kurang adanya rasa suka beribadah
Sehubungan dengan itu, tugas utama kita adalah membimbing remaja memahami konsep ibadah dan kepentingannya sebagai tindakan awal pencegahan (preventif), membantu mengatasi dan menyelesaikan pelbagai masalah yang mereka hadapi, serta melengkapkan segala kekurangan tersebut di atas melalui satu program yang teratur, berkesan dan berkesinambungan, disamping selayaknya bagi kita menjadi pendamping mereka.
MAKLUMAT PROGRAM
Tarikh bermula : 7 – 17 Jun 2010
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Bilangan Peserta : Remaja / Pelajar Menengah 50 orang peserta sahaja.
Tempat : Pejabat JIM Hulu Selangor dan Surau at-Taqwa Desa Melor
Yuran Program : RM25 sahaja / peserta.
Pengendali Program: Ust. Kamal Azhari Zuhra Bersama Rakan-rakan
APA MANFAAT DARIPADA PROGRAM ?
1. Memahami konsep ibadah dan kepentingannya
2. Membangun potensi Minda, Emosi dan Spiritual
3. Membongkar profil diri
4. Membina Jiwa Kepimpinan
5. Sukses tanpa stress
6. Nota-nota ceramah
OBJEKTIF
1.Membuka pintu kesedaran peserta untuk melakukan perubahan sikap dengan memahami konsep ibadah sebenar dan kepentingannya, ke arah mencapai pelajar berkualiti dan cemerlang dari sudut minda, emosi dan spiritual.
2.Remaja (pelajar) dapat meluangkan masanya untuk perkara-perkara berfaedah.
3.Menubuhkan Kesedaran diri dengan menjauhi perkara-perkara jenayah (kemaksiatan)
4.Memahami tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga, bangsa dan Negara
5.Menanamkan sikap persaudaraan dan perpaduan
SASARAN PROGRAM
Remaja (pelajar) berumur 12 tahun hingga 17 tahun.
METODOLOGI
1. Internalisasi SIKAP
2. Bengkel Kreatif
3. Pengembaraan Spiritual ( Solat Dhuha dan Zikir Munajat)
4. Tayangan Video
Jika berminat, sila hubungi :
Ust. Kamal Azhari Zuhra ; 019-285 0880,
e-meil: kamalazhari@ gmail.com,
atau add facebook: kamal azhari zuhra.