Sabtu, 22-Jun-2013
- Masjid As-Salam bertuah kerana wakil Media Pertubuhan Ikram Saudara Ahmad Faisal Hamdi bin Yop yang menyertai misi ke Syria baru-baru ini, telah dijemput berkongsi makumat yang diperolehi dan juga pengalaman yang beliau lalui ketika berada di sana. Sesi perkongsian merupakan salah satu pengisian program BICARA IKRAM Hulu Selangor setiap bulan. Berikut adalah catataan ringkas perkongsian beliau :
- Konflik di Syria telah pun bermula semenjak zaman pemerintahan bapa kepada Bashar, presiden sekarang.
- Isu Syria amat memerlukan perhatian dunia. Kekeliruan berlaku di mana ramai yang beranggapan konflik adalah pertembungan antara golongan Syiah dan Sunni.
- Sebelum tahun 2011 golongan Syiah dan Sunni hidup bersama di Syria seperti mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum.
- Kebangkitan rakyat Syria menentang kezaliman pemerintah mereka pada mulanya adalah seperti kebangkitan di negara Arab lain.
- Namun begitu perhatian yang diberikan oleh pihak antarabangsa tidaklah secepat seperti Negara Libya yang kaya dengan sumber minyak.
- Syria dilihat bermusuhan dengan Israel namun begitu ia adalah sebuah lakonan Bashar yang sebenarnya disokong oleh Israel.
- Seperti teori domino, satu persatu kerajaan akan bertukar di negara-negara Arab dan Syria merupakan benteng terakhir kerajaan yang zalim. Allah s.w.t telah membuka pekong negara seperti Russia, China dan Iran yang menyokong kerajaan Bashar yang zalim untuk terus berkuasa.
- Kebanyakan berita yang bersumberkan media yang majoriti dikuasai oleh golongan Yahudi tidak menceritakan keadaan sebenar di Syria menyebabkan salah faham masyarakat terhadap isu Syria.
- Perjuangan para pejuang di Syria baru memasuki dua tahun. Mungkin Allah s.w.t melewatkan kemenangan agar mereka menang dengan secara yang tersusun seperti mana mereka tidak menjangkakan berlakunya 'Arab Spring'
- Bekalan air, elektrik banyak kali terganggu dan sekolah juga banyak ditutup.
- Senjata yang digunakan oleh pejuang FSA ( Free Syrian Army) bukanlah datang dari negara Amerika Syarikat. Sumber senjata ialah askar Bashar yang berpaling tadah dan juga rampasan perang.
- Bashar menggunakan sentimen Syiah untuk meraih sokongan dan berazam menghancurkan Syria seandainya tidak dapat terus berkuasa. Maka golongan Syiah pun menyokong Bashar dan memerangi golongan Sunni
- Syiah di Syria mendapat sokongan Hizbullah di Lubnan. Maka terserlah wajah sebenar Hizbullah yang kini digelar sebagai Hizbusyaitan kerana membantu membela kerajaan Bashar yang zalim
- Adalah diharapkan agar kita dapat mengelak dari terpengaruh dengan sentimen perkauman yang digunakan oleh Bashar itu.
- Selain tentera pejuang FSA, doktor dan wartawan turut menjadi sasaran utama untuk dibunuh oleh tentera Bashar. Ini disebabkan doktor membantu merawat dan memulihkan pejuang untuk terus berjuang manakala wartawan pula membawa keluar dan melaporkan cerita sebenar kezaliman pemerintah di Syria.
- Serangan tentera Bashar tiada henti. Kedengaran bunyi bom meletup setiap hari. Lebih kejam dari serangan di Gaza yang ada juga henti atau rehat.
- Serangan sniper tentera Bashar telah membunuh ribuan rakyat Syria. Serangan ke atas manusia; tua dan muda bahkan tiang lampu hatta kucing menjadi sasaran !. Sempat merakam pembedahan doktor ke atas remaja yang ditembak oleh penembak sniper yang menghancurkan kakinya.
- Guru agama terpaksa membawa kitab yang diselit bersama pistol untuk keselamatan diri dari serang hendap sniper menunjukkan betapa tegangnya situasi di sana
- Amerika Syarikat menawarkan bantuan ke atas tentera pejuang tetapi dengan syarat mengikuti telunjuk mereka . Pejuang FSA menolak bantuan dan meminta Amerika Syarikat keluar dari Syria.
- Pejuang FSA terdiri daripada tentera amatur dengan kelengkapan yang serba kurang. Namun begitu pihak Amerika Syarikat berbohong mengatakan mereka diberi bantuan senjata yang canggih oleh Amerika Syarikat.
- Perjuangan mereka bukan hanya semata menentang Bashar. Tentera Bashar juga telah melakukan satu penghinaaan yang dahsyat ke atas Masjid Umawi yang dicerobohi dengan meminum arak dan merogol muslimah di situ !
- Tentera Bashar juga bernyanyi di mimbar dan memperolok-olokan sembahyang di dalam masjid !
- Seperti tersebar di youtube ada rakyat yang ditahan dan dipaksa mengaku Bashar sebagai Tuhan !
- Ulama seluruh dunia telah membuat rumusan bahawa perjuangan ini merupakan antara kebenaran menentang kebatilan.
- Satu kisah yang terkenal ialah juruterbang tentera Bashar yang diarahkan untuk menyerang kampung halamannya tetapi berpaling tadah terbang dengan pesawatnya ke Turki kerana enggan menyerang kampungnya. Kisah ini merupakan peristiwa di mana rahsia pertama rancangan jahat Bashar menyerang rakyat bocor ke serata dunia !
- Ada penyokong syiah yang turut bersama dengan kebangkitan rakyat namun masih mengiktiraf kerajaan Bashar adalah mereka yang bersikap hipokrit.
- Siapakan lagi yang akan membantu mereka di sana atas nama kemanusiaan jika bukan kita ? Anak-anak kehilangan ibu dan bapa di sana. Ada yang menggadaikan nyawa menyelamat buku-buku semata-mata untuk masa depan syria.
- Mengikut data rasmi sejumlah 100 ribu nyawa telah terkorban seperti yang direkodkan. Data tidak rasmi pula 200 ribu nyawa telah terkoran termasuk yang tidak direkodkan. Semuanya dalam tempoh 3 tahun !
- Sejumlah 5 billion diperlukan sebagai bantuan dan setiap dari kita perlu mulakan bantuan ini ! Syria adalah titik tolak persaudaraan kita ! Ayuh kita bantu !
- Sumbangan boleh dilakukan ke akauan Maybank : 5622-1820-7666 (Gabungan Salam Syria)
- Layari FB untuk maklumat lanjut => Life Line 4 Syria