KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
13 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1435 H
Kenyataan Media Isu IKRAM dan Pendirian Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
dalam Isu Tindakan JAIS terhadap Bible Society of Malaysia
Sebagai satu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengasas dan penggerak penting Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), IKRAM ingin menjelaskan tentang kenyataan media oleh gabungan ini.
IKRAM tidak menyatakan sokongannya kepada kenyataan GBM. Menurut amalan GBM, kenyataan boleh dikeluarkan di bawah nama gabungan jika disokong oleh sekurang-kurangnya separuh keanggotaannya.
Senarai organisasi yang dikeluarkan bersama kenyataan media tersebut adalah nama-nama organisasi yang menganggotai GBM dan bukan senarai organisasi yang memperakukan kenyataan tersebut.
Perkara ini telah dibincangkan oleh GBM pada 7 Januari 2014 yang lalu dan ahli GBM maklum tentang pendirian IKRAM berkaitan kalimah Allah dan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sehubungan itu GBM juga telah bersetuju di masa hadapan, hanya anggota GBM yang merestui sahaja disenaraikan dalam setiap kenyataan media.
Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)