Bukit Beruntung - Pada
27 Mac 2016,telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia untuk Daerah
Hulu Selangor. Mesyuarat dimulakan dengan kata kata aluan daripada Yang
Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Ust. Dr. Hj. Muhammad Azhar B. Zailaini dan
dirasmikan oleh Bendahari IKRAM Selangor, Tn. Hj. Rosli Samit.
Selepas itu,mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan tahun 2015
dan pembubaran Jawatankuasa Daerah Sesi 2014-2016 dan sesi pemilihan
jawatankuasa sesi 2016-2018 telah diadakan. Jazakumullahhukhairan kasira
diucapkan kepada Jawatankuasa Daerah dan Jawatankuasa Wanita sesi 2014-2016
atas segala khidmat dan tenaga yang dicurahkan.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Daerah dan Jawatankuasa Wanita
Daerah Hulu Selangor bagi sesi 2016-2018 yang baru dilantik. Semoga diberkati
Allah SWT. "Ukhuwah Teras Kegemilangan". Gambar di sini.