Diharapkan pengalaman yang dikongsikannya dapat memberi sedikit sebanyak info dan maklumat bahawa tugas kita bukan sekadar terbatas di Malaysia malah merentas benua kerana Islam itu daerah tanpa sempadan.
12 Jun - Siri kembara Rohingya melabuhkan tirainya pada bulan Ramadhan ini di Surau Al Furqan , Taman Bunga Kertas , Bukit Sentosa . Walaupun pada kali ini sesi perkongsian isu Rohingya diadakan sejurus selepas waktu subuh namun ahli kariah khusyu' mendengar input-input terkini tentang situasi umat Islam di Rohingya .
Menjadi harapan bahawa jemaah dapat menggarap segala maklumat yang diberikan dan menyebarkan kepada mereka yang tiada serta menjadi agen-agen perubah dalam isu umat sejagat.