Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Monday, 17 July 2017
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri IKRAM Hulu Selangor & Sri Hira Rawang
Pada 15 Julai 2017, telah diadakan Majis Jamuan Hari Raya IKRAM Hulu Selangor dan Sri Hira Rawang. Majlis yang bermula seawal 10.30 pagi dimulakan ketibaan tetamu dan jemputan serta ibu bapa pelajar-pelajar Sri Hira Rawang yang turut diraikan. Sambil menikmati juadah yang disediakan, tetamu juga turut dihiburkan oleh pengacara majlis yang tak jemu untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Majlis diteruskan juga dengan pemberian Duit Raya kepada pelajar-pelajar Sri Hira Rawang dan juga kanak-kanak yang hadir. Turut diraikan adalah penerima Anugerah Kecemerlangan IKRAM yang diberikan kepada mereka yang meraih kejayaan bermula daripada peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti.
Majlis berakhir pada jam 3.00 petang. Gambar di sepanjang majlis boleh dilihat di sini. Jazakumullahu khairan kasira kepada pelaksana dan tetamu yang hadir memeriahkan. Semoga Allah menganjari kita semua insyaallah. Sehingga bertemu lagi.
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...