Pada 10 September 2017, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Hulu Selangor sekali meneruskan agenda tahunannya dengan penganjuran Kempen Kepenggunaan Dalam Membangun Komuniti Hijau 2.0 yang mendapat kerjasama daripada Wanita Ikram Malaysia Daerah Hulu Selangor, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Fillah , FOMCA , Forum Air Malaysia dan pihak Kerajaan Negeri Selangor . Majlis telah dilangsungkan di Perkarangan Blok Cempaka , Apartment Dahlia , Bandar Country Homes, Rawang.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik William Leong , Ahli Parlimen Selayang dan turut dihadiri bersama oleh Yang Berhormat Puan Gan Pei Nei , Adun Rawang , Tuan S. Durai , Ahli Majlis JKP Zon 18 , dan Tuan Sarjan Ibrahim Abdul Majid, Ketua Balai Polis Komuniti Bandar Country Homes . Turut bersama majlis ini ialah Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor , Ustaz Dr Muhammad Azhar Zailani , Encik Ir Haji Adnan Ahmad , JK Masyarakat Madani IKRAM Hulu Selangor , serta ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor.
Kempen ini yang membawakan tajuk Pengurusan Sisa Makanan Yang Lestari ( Feed People Not Landfills ) adalah merupakan siri kesinambungan beberapa siri Seminar Keluarga Rahmah anjuran IKRAM dan buat kempen kali kedua ini , kempen ini menjurus kepada membentuk kesedaran dikalangan warga masyarakat tentang pengurusan sisa makanan dan pepejal secara lestari dan proaktif melalui sesi penerangan yang disampaikan oelah pihak FOMCA, Majlis Pembandaran Selayang, dan Forum Air Malaysia .
Majlis ini membuka peluang kepada para warga penduduk berinteraksi melalui slot sesi dialog dan soal jawab bersama dif terhormat yang hadir yang memberi banyak input dan maklumat terkini Disamping itu juga program selari turut berlangsung adalah pertandingan untuk kanak-kanak, sesi cabutan bertuah, penerangan tentang isu global terkini oleh MyCARE serta pembukaan booth gerai jualan dan booth penerangan dari pada pihak IKRAM dan Kerajaan Negeri Selangor. Dengan adanya kempen seperti ini diharap dapat memupuk serta mendidik dan mengeratkan hubungan sesama ahli masyarakat. Gambar lain boleh dirujuk di sini.