Monday, 2 October 2017

Bakti Belia V3



Rawang,1 Oktober 2017 - Alhamdulillah, sekali lagi Belia Hulu Selangor telah mengadakan Bakti Belia v3 di Apartment Beringin, Taman Tun Perak, Rawang. Bakti Belia kali ini membawa kami turun bersama masyarakat bertemu sebuah keluarga dimana isterinya, Puan Azewa diuji Allah dengan penyakit Jangkitan Kuman Mycobacterium Abscessus. Suaminya terpaksa berhenti kerja tetap dan membuat kerja-kerja sambilan seperti kerja-kerja Graphic, Busking dll kerana terpaksa menjaga isteri yang sakit dan keadaan sakit yang tidak menentu dan perlu perhatian. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.

Antara kerja-kerja yang di lakukan antaranya baik pulih sambungan paip yang telah bocor dan telah mengakibatkan kulat di dinding bilik bersebelahan bilik air. Dinding itu telah di bersihkan dan di cat baru. Selain itu, dengan bantuan ARIF Hulu Selangor paip yang bocor telah dibaiki dan mereka juga telah membetulkan pendawaian dan menggantikan lampu yang baru untuk kediaman Puan Azewa itu. Selain itu, mesin basuh yang rosak telah digantikan dengan yang baru dan sofa lama yang dhaif telah digantikan dengan sumbangan oleh Puan Salmi dari Serendah.

Terima kasih kepada semua penumbang yang telah menyumbangkan barangan dan wang ringgit untuk Bakti Belia v3 ini. Semoga ia menjadi pahala yang berterusan dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menggembirakan hati tuan rumah. Semoga kita berjumpa lagi dalam siri Bakti Belia pada masa akan datang.