Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Friday, 10 February 2017
Himpunan Ukhuwah Fillah 2.0
Pada 9 Februari 2017, hari Khamis yang lepas, telah berlangsung Himpunan Ukhuwwah Fillah 2.0 anjuran Kelab IKRAMTeens Daerah Hulu Selangor. Program ini diadakan sebagai program pembukaan untuk tahun 2017.
Antara objektif program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli IKRAMTeens terutamanya daripada kawasan Hulu Selangor supaya saling mengenali dan dapat mengetahui tentang perkembangan IKRAMTeens khususnya di kawasan Hulu Selangor.
Antara slot menarik di dalam program ini ada lah TeenTalk daripada Dai Izzhar dengan tajuk "Dalam Dakapan Ukhuwwah" dan juga slot forum bersama Dai Hidayu dan juga Dai Hazman dengan tajuk "#AjariAkuMencintaiMu".
Di dalam program ini juga telah dianugerahkan tokoh IKRAMTeens Hulu Selangor 2016 kepada Saudara Mohd Faris Mohd Arman dan juga Saudari Aimi Nai'emah Nain Zakin,
Tahniah diucapkan kepada semua. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. Jazakumullah Khairan Katira diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga berjumpa lagi diprogram yang akan datang! :)
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...