Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Ikram Hulu Selangor di pejabat baharu di Pusat Perniagaan Addenium, Bukit Beruntung berjalan dengan baik. Hujan lebat turun membasahi bumi Bukit Beruntung sebelum maghrib dan berhenti selepas maghrib bagaikan rahmat mengiringi majlis berbuka puasa di pejabat baharu kami ini. Sudah agak lama hujan lebat tidak turun di Bukit Beruntung !. Majlis juga menerima tetamu iaitu Bendahari Ikram Pusat, Prof Dr. Alauddin Mohd Ali bagi berkongsi sasaran Ikram Pusat untuk mendapatkan pembiayaan bangunan Kompleks Ikram yang bernilai hampir RM 9 juta .
Alhamdulillah Ikram Hulu Selangor telah menyumbang RM100,00 sebagai pinjaman qardul hasan kepada Ikram Pusat melalui JK Dananya. Penyerahah cek telah dilakukan di majlis ini. Di majlis ini juga ahli dan penyokong IKRAM telah memberi ikrar mereka dan hasilnya hampir RM40,000 akan diinfak oleh mereka untuk turut menyahut sasaran Ikram Pusat.Tidak ketinggalan wakil dari Ikram Selangor, Saudara Ahmad Yusri Azme mengucapkan tahniah atas pejabat baharu dan pinjaman yang diberikan kepada Ikram Pusat. Beliau juga melihat ramai belia yang datang dan berharap takungan belia ini turut digembeling untuk menjayakan misi dakwah Ikram.
Turut diraikan sekitar 30 keluarga Orang Asli dari Kampung Ulu Melaka Serendah. Mereka turut menerima sumbangan raya dari Ikram Hulu selangor yang disampaikan oleh JK rabtul Am, IR Ariffin Abd Manaf bersama aktivis Orang Asli di Serendah iaitu Puan Sabariah.
Majlis berjalan dengan solat berjamaah pertama kali di pejabat ini bagi solat magrib , isyak, tarawih yang diimamkan oleh YDP Hulu Selangor, Ustaz Dr Azhar dan beliau juga turut memberi tazkirah dengan intipati agar kita mengharap puasa kita yang sudah masuk hari ke 16 diterima dan seterusnya berusaha merebut ganjaran baki hari yang tinggal di bulan Ramadhan ini. Beliau juga berharap agar dengan pejabat baru ini, aktivisme Ikram Hulu Selangor akan terus melonjak. Alhamdulillah setakat ini Ikram Hulu Selangor telah melebarkan aktivisme ke beberapa kawasan baru seperti Rasa dan Batang Kali. Turut diingatkan keadaan semasa umat Islam di Syria dan Burma merupakan satu fenomena yang menaikkan semangat jihad umat di kalangan umat islam.
lagi gambar..