FATANI, 29 Nov - 1 Dis 2013. Alhamdulillah, Jawatan Kuasa Tarbiah IKRAM Hulu Selangor telah menganjurkan lawatan tarbawiyyah ke Fatani, Thailand dari 29 Nov - 1 Dis 2013. Sekitar 30 Ahli Ikram Hulu Selangor telah mengambil bahagian dalam lawatan ini. Banyak pengalaman berharga diperolehi di sepanjang lawatan melalui jalan darat ke sana.
Ringkasan tempat yang dilawati :
Ringkasan tempat yang dilawati :
- University Islam Fatani
- Masjid Attaawun, Kampung Bangpu, Fatani.
- Masjid Nurul Islam, Yarang, Fatani.
- Sekolah Islam Bamrung (Madrasah Ar Rahmaniah), Fatani.
- Pasar Pekan Fatani
- Melatih peserta bersabar menempuh perjalanan panjang menaiki bas ke destinasi dan memenuhi jadual aktiviti yang padat dalam masa lawatan singkat selama 3 hari.
- Merupakan satu lawatan berbentuk tarbawiyyah merapatkan ukhuwwah dengan saudara Islam di sana dengan misi menyampaikan bantuan.
- Memperoleh hikmah, ilmu dan nasihat agar sabar di dalam perjalanan dakwah
- Mempelajari pengalaman kejayaan dakwah di institusi pendidikan di sana di dalam aspek perancangan dan menghadapi cabaran sebagai pendorong dalam gerakan dakwah.
- Mempelajari pengalaman insan-insan dakwah yang hebat yang bermujadah menyantuni anak-anak yatim di sana
- Menggiat dan menyegerakan pembinaan kompleks pendidikan (taska, tadika & sekolah rendah) di Hulu Selangor
- Membangunkan rumah anak yatim di Hulu Selangor