Sunday, 2 February 2014

Berilah Rehat Badan Sendiri Tu !

Assalamu 'alaikum,

Adakah kita kenal diri sendiri? Jawabnya mmm... sebahagian, tetapi bukan 100%

Kita semua makan suap sendiri. Kecuali kalau ada keuzuran/sakit, atau semasa bayi. Jadi badan tidak buat hal, perut diam tidak berbunyi.

Selepas berpenat lelah, kita mengambil makanan untuk mengganti tenaga yang hilang. Kita berehat, mungkin perasan lebih, perut kita pula yang bekerja keras untuk menghadamkannya.

Siapa tidak kesian tidak akan dikasihani.

Kunyah betul-betul sebelum telan. Bukankah perut tidak ada gigi, Hanya dimulut, Kalau mulut tidak bekerja betul-betul teruklah perut. Kesian sikit perut anda, bayangkan bagaimana dia boleh hadamkan makanan sebegitu tanpa gigi?

Jangan ingat kerana perut tidak bersuara tidak mengapa. Semua pengikut perut pun jadi susah. Semua mereka bekerja keras tanpa ada kemampuan untuk bersuara. Mereka tidak mampu tuntut hak. Jangan sangka mereka tidak penat. Kerana mulut badan binasa.

Pagi makan, tengahari makan, petang makan, malam makan lagi?
Banyaknya em pm tm pm mm. Agaknya bila perut dapat berihat? Selepas makan biasanya, makanan itu mengambil masa lapan jam sebelum tiba masa "boarding" dan menunggu untuk keluar.

Satu pengikut perut yang ikut sibuk bersama ialah "pankreas" kerjanya ialah menghasilkan insulin. Bayangkan kerjanya tidak henti-henti. Dulu kita tidak tahu, tetapi sekarang kita tahu ia sepatutnya ada masa rihat. Bila kepenatan atau pun rosak terus kerana tidak henti-henti diperah keluarkan insulin, siapa sanggup baiki buat overhaul?

Tetapi manusia suka sangat makan, kalau sudah jadi "obese" pun masih cari jalan untuk makan untuk kurangkan "obese". Makan, makan. Dunia ini hanya "promosi", atau "sample" boleh ambil sikit sahaja. Tempat sebenar belum sampai, siapa mahu dapatkan hendaklah berusaha.

(وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَ‌ٰجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ)

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. al-Baqarah 2:25

Pendapat saya, buruk sekali kalau makan (berat) sebelum tidur. Badan yang tidak aktif, gula tidak diperlukan dalam darah. Tetapi penghadaman tidak boleh berhenti, penyerapan glukos masih berterusan, maka insulin tambahan diperlukan lebih dari semasa kita jaga, sedangkan masa tidur jantung pun sudah mengurangkan aktiviti. Ini amat membebankan pankreas.

Kalaulah rambut sudah beruban, ingat pankreas itu masih kuat lagi seperti masa muda-muda dahulu?

Apabila insulin tidak mencukupi, gula berlebihan dalam darah.
Sekarang orang salahkan gula, dituduh menyebabkan bengkak (inflamation) pada urat darah. Dan kolestrol melekat pada tempat itu menyebabkan salur darah sempit, masalah kepada jentera berat seperti jantung. Dan tempat yang banyak salur darah kecil seperti buah pinggang akan cepat rosak. Macam-macam masalah boleh timbul.

Segerakan sarapan (sunnah), jarakkan makan sebelum tidor, berapa lama mungkin orang lain boleh beri nasihat.

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.
Allahu 'alam
Wan Hasbullah