Wednesday, 5 February 2014

Kenaikan Harga Barang

Rakyat Malaysia di mana-mana pun membicarakan tentang kenaikan harga barang. Mereka mengeluh apabila kuasa membeli mereka semakin kurang. Semua pihak menyalahkan antara satu sama lain. Rakyat menyalahkan kerajaan yang menaikkan harga bahan api yang menjadi penyebab domino kenaikan sarahidup. Kerajaan juga menyalahkan rakyat dan meminta rakyat berhemah dan berjimat.

Kita tiada pilihan selain dari berbelanja mengikut keperluan dan meletakkan keutamaan keperluan tersebut dengan betul. Perkara yang berkaitan dengan ibadah, makan minum dan pendidikan mestilah menjadi prioriti. Elakkan pembaziran dalam semua perbelanjaan dan penggunaan.

Utamakan yang utama. Pertingkatkan kualiti kehidupan kita. Banyakkan beristighfar dan bersedeqah kerana amalan ini mengundang rezki dari Allah.

Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor 2010-2014