Sunday, 21 June 2015

Semua Dijemput Hadir ke Ijtimak Ramadhan IKRAM Selangor 2015 (1436H)

Monday, 20 April 2015

Catatan Ceramah Malaysia Menuju Negara Rahmah oleh Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM di Dewan Abu Bakar, Pejabat IKRAM Hulu Selangor - 19 April 2015


BUKIT BERUNTUNG - 19-APRIL-2015.  Ahli IKRAM diminta terus fokus menjalankan aktiviti-aktiviti lokal di daerah masing-masing dan juga terus berfikiran global bagi mengharungi lautan perjuangan yang amat luas dan besar ini.


Demikian harapan Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Ustaz Hj. Hasanuddin Mohd Yunus ketika memulakan interaksi di dalam ceramah bertajuk Malaysia Menuju Negara Rahmah untuk ahli dan sahabat IKRAM di Dewan Abu Bakar, Pejabat IKRAM Hulu Selangor.

Menurut beliau lagi, Pertubuhan IKRAM sentiasa menilai kaedah-kaedah penyampaian dakwahnya dari semasa ke semasa. Bagi menjayakan visi dan misi Pertubuhan IKRAM, ahli IKRAM disaran menyampaikan risalah dakwah dengan salah satu kaedah berpandukan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.a yang bermaksud :“Berbicaralah dengan manusia menurut kadar kemampuan akal mereka ” .

Monday, 30 March 2015

Catatatan Mukhayyam Tarbawi 2015 IKRAM Hulu Selangor - Dusun Eco Resort 28 & 29 Mac 2015.

Friday, 20 March 2015

Jemput Hadiri Ceramah "Kesengsaraan Ummah : Iraq , Syria & ISIS " di Masjid As-Salam Bukit Sentosa 22 Mac 2015 .

Thursday, 19 March 2015

Tazkirah : Tiga Tahap Persahabatan


Inilah sebaik-baik persahabatan. Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata. Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi, persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus, semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik, sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.

Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar. Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah : 

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat, mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala 

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala. 

3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya, mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Motivasi : Belajar Dari Petani Kurma

Petani di Timur Tengah menanam biji kurma ke dalam lubang pasir lalu ditutup dengan batu. Mengapa biji itu harus ditutup batu ? Ternyata, batu itu akan memaksa pohon kurma berjuang untuk tumbuh ke atas.

 Justeru karena pertumbuhan batang mengalami hambatan, hal tersebut membuat pertumbuhan akar ke dalam tanah menjadi maksima. Setelah akarnya menjadi kuat, barulah biji pohon kurma itu tumbuh ke atas, bahkan mampu menggulingkan batu yang menekan di atasnya.

"Ditekan dari atas, supaya mampu mengakar kuat ke bawah."

Bukankah itu prinsip kehidupan yang luar biasa? Sekarang kita tahu mengapa Allah Swt kerap mengizinkan tekanan hidup datang. Tentunya bukan untuk melemahkan dan menghancurkan kita, sebaliknya Allah mengizinkan tekanan hidup itu untuk membuat kita berakar semakin kuat.

Tidak sekadar bertahan, tapi ada waktunya benih yang sudah mengakar kuat itu akan mampu memecahkan "batu masalah" yang selama ini menekan. Kita pun keluar menjadi pemenang kehidupan.

Allah Swt membuat reka bentuk kita seperti pohon kurma. Sebab itu jadilah tangguh, kuat dan tegar menghadapi beratnya kehidupan.

Milikilah cara pandang positif bahawa tekanan hidup tidak akan pernah bisa melemahkan, justeru tekanan hidup akan memunculkan kita menjadi pemenang kehidupan, tentunya selagi mana kita berusaha dan berdoa.

Semoga bermanfaat...

Wednesday, 18 March 2015

Forum Cabaran Muallaf dan Penyelesaiannya di Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa

Tuesday, 17 March 2015

Para Belia, Jom Sertai Gerbang Mahligai Sakinah : "Sebelum Aku Bernikah"


Friday, 13 March 2015

Kenyataan Media : IKRAM Saran Kerajaan Bina Ekonomi Negara Atas Landasan Syariah


Monday, 23 February 2015

Antara Ekstremisme dan Liberalisme

Gerakan Islam di seluruh dunia hari ini terperangkap antara dua keadaan iaitu ekstrimisme dan liberalisme. Kedua-dua keadaan ini menjadikan gerakan Islam bahkan umat Islam berada dikandang orang salah. Sesama gerakan Islam bahkan sesama anggota dalam satu-satu gerakan Islam juga saling tuduh menuduh dengan dua istilah tersebut.

Keujudan alQaeda dan yang terkini ISIS dengan bermacam-macam tindakan mereka yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam telah menjadikan seluruh dunia mengujudkan gerakan anti terrorisme. Konsep perjuangan, pengorbanan, jihad dan mati syahid telah disalah definisikan oleh dunia hari ini. Bahkan istilah negara Islam juga telah menjadi momok dan orang yang memperkatakannya boleh disalahkan bahkan ditangkap dan dibicarakan.

Disatu sisi lain beberapa kelompok telah dituding sebagai Islam Liberal atau faham/pemikiran Islam liberal atau perjuangan yang lebih liberal. Gelaran itu mudah diberi kepada individu atau kumpulan yang tidak disenangi oleh sesuatu pihak.

Perlu ada satu sempadan yang jelas antara Islam sebenar dengan Islam yang dikatakan ekstrim atau liberal. Mari kita menggali khazanah aqidah, fiqh, usul fiqh bahkan ilmu akhlak untuk mencari garisan yang jelas tersebut.

Semoga Allah membimbing kita semua.

TAKZIAH

Saya dan IKRAM Hulu Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas kembalinya kerahmatullah Tuan Guru. Semoga Allah merahmati Almarhum dan memberi kesabaran kepada keluarga. Semua kita mengimpikan untuk Allah menjemput kita nanti menemuiNya sepertimana Almarhum.

Dr Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor