Thursday, 19 March 2015

Tazkirah : Tiga Tahap Persahabatan


Inilah sebaik-baik persahabatan. Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata. Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi, persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus, semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik, sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.

Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar. Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah : 

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat, mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala 

2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala. 

3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya, mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.