Saturday, 10 December 2016

BACK2SCHOOL (B2S) 1 & 2 DI SEKITAR KAWASAN HULU SELANGOR




Pada 6 Disember 2016, seawal jam 7 :30 pagi tadi , Mydin Rawang telah diserbu oleh ratusan pelajar dan ibubapa, sehingga membanjiri perkarangan dan ruangan dalam Mydin. Anak-anak pelajar dan ibubapa bersesak-sesak dan ada yang terpaksa duduk di atas 'escalator' yang berhenti , sambil menunggu. Apakah yang menyebabkan kesesakan ini berlaku pagi tadi ? Serbuan tersebut sebenarnya adalah kerana program bantuan persekolahan Back To School 2017 yang di anjurkan oleh IKRAM Hulu Selangor .

Seramai 234 pelajar sekolah menengah dan rendah yang menerima bantuan serta 25 orang Petugas Sukarela IKRAM Hulu Selangor telah turun menjayakan proram tersebut. Penerima bantuan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah iaitu mereka yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM 1500 . Voucher Sumbangan adalah sebanyak RM100 bagi Sekolah Rendah dan RM 120 bagi sekolah menengah dan terhad kepada masima 3 orang anak untuk satu keluarga. Penyumbang utama adalah IKRAM Hulu Selangor sendiri, di ikuti Yayasan YARA dan juga orang persaorangan. Sumbangan hari ini adalah untuk mereka yang tinggal sekitar Rawang, Bandar Tasik Putri dan Country Homes. 


Pada 8 Disember 2016 pula, Mydin Rawang telah diserbu lagi untuk sumbangan Back To School 2017 bagi kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Rasa , Serendah dan Kuala Kubu Bharu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh semua AJK. PIC Kawasan, Petugas Sukarela, Yayasan Yara, dermawan, juga pihak Mydin yang memberikan kerjasama serta diskaun dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Back To School kali ini. Jazakumullahukhairan katheera dan  semuga usaha kerdil ini ada nilai yang besar di sisi Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh.