Pada hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu telah diadakan Rehlah Ukhuwah Akhawat Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bertempat di Banglo Tn Hj Zamri, Residensi Kekwa, Bukit Beruntung. Program dimulakan dengan Taichi bersama kumpulan Mee Wah, taichi ini baik untuk kesihatan dan telah terbukti memberi kebaikan kepada pesakit jantung, memperbaiki mood harian, mengurangkan kemurungan, mengurangkan keletihan dan menjadikan badan lebih segar, di samping kesihatan badan secara menyeluruh. Selain itu, turut diadakan pertandingan menggubah makanan sihat, kerana umum mengetahui kesihatan sangat penting kepada semua tidak mengira kaum dan usia.
Rehlah yang bertemakan ukhuwah ini mengambil semangat ukhuwah kaum Ansar dan Muhajirin ketika peristiwa hijrah. Hijrah ini mengandungi semangat persaudaraan, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada saat baginda mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar, Dengan demikian, hijrah secara maknawi terus relevan sehingga ke hari ini. Bahawa nilai dan semangat hijrah harus kita bawa dalam kehidupan modern ini. Kita berhijrah dari kejahiliyahan menuju Islam. Hijrah dari kekufuran menuju Iman. Hijrah dari kesyirikan menuju tauhid. Hijrah dari kebathilan menuju al-haq. Hijrah dari nifaq menuju istiqamah. Hijrah dari maksiat menuju tha’at. Dan hijrah dari yang haram menuju yang halal.
Sumber foto : Facebook IKRAM Hulu Selangor