Dengan nama Allah, segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang yang mengikuti selepasnya.
Ayuhlah kita mengenang semula Ghazwah Badar yang merupakan hari pemisahan, hari kemenangan sekelompok orang beriman yang sedikit bilangannya dan serba kekurangan persiapannya ke atas pembesar Quraisy yang sombong dan angkuh. Lalu Negara Islam yang baru muncul mula berakar umbi suatu hakikat yang terbukti dan kekalahan menimpa musyrikin Quraisy yang dirasuk keangkuhan, ketegaran dan kesombongan akibat kejahatan mereka. Sempena peristiwa yang penuh keberkatan ini kita merenung sejenak keadaan kita dan keadaan umat kita yang lemah sambil bertanya: Adakah mungkin kita mampu mewujudkan Dua Badar sepertimana yang pernah dilakukan oleh para mukminin di Badar kerana Allah swt melihat kita dengan pandangan rahmat dan redha supaya kita menang seperti mereka telah menang?
Bersegera mempersiapkan diri Sebahagian mukminin merasa cemas untuk menyahut seruan Rasul saw ketika berkata:
“Kafilah dagang Quraisy membawa harta-harta mereka, keluarlah mendapatkannya
mudah-mudahan Allah akan memberikan harta itu kepadamu”.
Para mukminin berbelah bagi, setengah mereka bersegera menyahutnya dan sebahagian lagi merasa berat kerana mereka tidak percaya bahwa Rasulullah saw akan berjaya mendapatkannya. Namun apa yang berlaku kafilah dagang Quraisy telah terselamat sebaliknya para mukminin terpaksa bertemu tentera Quraisy yang mahu menghancurkan jamaah mukminah. Justeru peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Nabi telah mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya. Lalu Saad bin Muaz pemimpin Bani Aus meluahkan pendapatnya:
“Sesungguhnya kami telah beriman denganmu dan kami telah membenarkanmu, dan kami telah bersaksi bahwa apa yang kamu bawa adalah benar. Kami telah memberikanmu janji dan kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu. Teruskanlah mengikut kehendakmu ya Rasulullah seperti yang engkau kehendaki. Maka demi Dia yang mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya engkau menyuruh kami mengharungi lautan ini pastilah kami akan mengharunginya bersama-sama engkau. Bahkan tiada seorangpun yang tertinggal dari kalangan kami. Kami sabar di dalam peperangan kami juga benar di dalam pertemuan. Maka gembirakanlah kami dengan keberkatan Allah”.
Contoh pujian Rasulullah saw kepada Saad seperti sabda Baginda bermaksud:
“Lelaki yang mengambil tali kendati kudanya setiap kali mendengar seruan suara keras yang sampai kepadanya”. Kalaulah orang-orang muslimin yang terkemudian keluar ke Badar mengetahui bahawa akan berlaku pertembungan besar dengan musyrikin dan sejarah akan merakamkanpertembungan pada hari tersebut, pintu langit akan terbuka untuk menurunkan para malaikat yang berperang bersama para mukminin dan ruh-ruh para syuhada’ akan segera dinaikkan ke puncak langit, seandainya mereka tahu tentulah tiada seorang pun yang rasa berat untuk menyahut panggilan Rasulullah saw. Bahkan mereka akan bersegera dan berlumba-lumba menyahutnya. Firman Allah swt bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka Itulah yang didekatkan kepada Allah”. (Al-Waqiah: 10-11)
Bagi orang yang tertinggal mereka menanggung sebesar-besar kerugian kerana terlepas daripada menyertai Badar. Islam memberi keistimewaan kepada ahli Badar selepas itu. Keistimewaan ini sebagai jaminan dengan mengampun dosa yang dilakukan selepas Badar seperti yang dilakukan oleh Khatib bin Abi Balta’ah yang telah mendedahkan rahsia persiapan tentera muslimin untuk membuka Kota Mekah. Pada ketika Umar bin al-Khattab meminta izin dari Rasulullah saw untuk memenggal leher Khatib, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Khatib bin Abi Balta’ah telah menyertai Badar. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah memberi keisimewaan kepada ahli Badar. Lalu Allah berfirman (Qudsi): “Lakukanlah apa yang kamu mahukan kerana Aku telah mengampunkan kamu”. (Muttafaq Alaih)
Bagi mereka yang terlepas dari menyaksikan Badar tentulah jiwanya merasa derita kerana mereka melihat kekurangan diri mereka yang tidak diampun melainkan ketulusan dalam tuntutan syahadah ketika awal jihad..Di antara mereka ialah Anas bin Nadhar yang berkata:
“Sekiranya Allah swt memberi peluang kepadaku menyaksikan perang yang lain selepas ini bersama Rasulullah saw pastilah Allah swt kan melihat bagaimana saya melakukannya”.
Begitulah kehebatan Anas yang berkata kepada sahabat yang lain dengan penuh adab dan warak dengan Allah swt. Kemudian beliau telah menyertai peperangan Uhud dengan penuh keberanian sehingga gugur syahid dan mendapat keredhaan Allah swt. Kepada beliau dan para sahabat yang lain Allah swt berfirman bermaksud: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[1208] dan mereka tidak merobah (janjinya)”. (Al-Ahzab: 23) Hadith Muttafaq Alaih Serba kekurangan bukan penghalang orang beriman daripada menuntut kemuliaan Sebenarnya tentera muslimin yang keluar untuk menawan kafilah dagang Quraisy tidak bersedia untuk pertempuran besar. Bahkan bilangan mereka tidak lebih dari 313 orang lelaki yang bersama mereka hanya 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi dan dua ekor kuda. Tentera yang lain adalah pejalan kaki. Keadaan mereka seperti yang diungkapkan oleh nabi saw di dalam doanya bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya mereka lapar, lalu Engkau kenyangkanlah mereka. Ya Allah, mereka berkaki ayam lalu Engkau berilah mereka kenderaan untuk dinaiki. Ya Allah, mereka tidak berpakaian, lalu Engkau berilah mereka pakaian. Ya Allah, mereka miskin, lalu Engkau berilah mereka kekayaan dengan kurniaan Mu”. Biarpun menukar pendirian dengan situasi yang baru pada keadaan yang tidak bersedia kerana kafilah dagang yang ingin disekat telah terlepas namun mereka tetap menyakini diri mereka untuk menghadapi tentera musyrikin Quraisy yang berjumlah tiga kali ganda. Mereka mempunyai dua pilihan sama ada menerima cabaran dan bersedia untuk bertempur tanpa mengira kekuatan yang ada atau mengutamakan keselamatan dan tidak menyahut cabaran Quraisy serta tidak menyertai peperangan yang diwajibkan ke atas mereka dan tidak memilih masa dan tempatnya..namun mereka memilih untuk berhadapan dan tidak mahu berundur serta memilih jihad yang diwajibkan ke atas mereka tanpa sedikitpun lari dari medan. Bukankah sekian banyak si bacul mengutarakan hujah-hujah yang mengutamakan keselamatan pada setiap pendirian mereka dan si bacul dan pengecut menghiaskan hujah mereka dengan alasan hikmah, tanggungjawab dan rasional. Hujah-hujah ini kalau diterima oleh tentera muslimin di Badar, pastilah mereka akan terperosok ke dalam situasi yang penuh keuzuran dan helah, tetapi mereka mengutamakan pertembungan dengan tentera kuffar dan memilih hukum Allah yang merupakan sebaik-baik hukum..sama ada memperolehi kemenangan yang mengukuhkan kedudukan di hadapan golongan penindas dan penzalim atau memperoleh syahid yang dibukakan pintu syurga dan diberikan nikmat di dalamnya dengan keredhaan Allah swt sebagai tempat tinggal yang kekal dan tidak bertukar. Pendidikan melalui takdir Illahi yang penuh hikmah Orang Islam pada awalnya tidak mahu berperang, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sedangkan kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai senjata untukmu. Tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir sampai ke askar-askarnya. Agar Allah memperkuat yang hak (Islam) dan menghilangkan yang batil walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sunnguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (Al-Anfal: 7-9) Tenyata pilihan Allah swt lebih baik daripada pilihan mereka untuk diri dan nyawa. Mereka mahukan unta yang membawa harta dagang yang diperolehi daripada harta mereka yang dihilang, namun Allah menghendaki bala tentera musyrikin supaya menjadi kemenangan yang besar kepada muslimin ke atas musyrikin dan supaya muslimin dapat menulis di dalam lembaran sejarah yang penuh kegemilangan dan supaya mendidik umat melalui takdir Allah yang berbuat menurut hikmah dan kebijaksanaan-Nya. Pimpinan mengutamakan syura dan menegakkan keadilan Nabi saw adalah orang yang paling banyak bermesyuarat dengan para sahabatnya padahal nabi disokong oleh wahyu. Nabi mahu mendidik sahabatnya supaya meyakini bahawa mereka memikul risalah dan berkongsi tanggungjawab tentangnya, memahami perbezaan antara kemaksuman penyampaian risalah dan situasi perang dan tipu helahnya. Antaranya mesyuarat Hubaib bin al-Munzir dengan Rasulullah saw untuk mengubah kedudukan tentera kepada kedudukan yang lain yang lebih sesuai dari segi strategi ketenteraan. Mesyuarat Saab bin Muaz dengan Rasulullah untuk mengesyorkan orang Islam membuat tempat perteduhan yang selamat untuk Rasullah saw bagi memimpin pertempuran. Kadang-kadang Rasulullah menyokong pendapat keduanya jikalau baginda melihat ada kebenarannya bahkan baginda melihat tidak timbul sebarang masalah atau kesulitan..Inilah pimpinan mukminah yang membuka jalan kepada akal untuk berfikir dan mencipta, dan jalan kepada lidah untuk berkata dan bersetuju. Tentera muslimin hanya memiliki 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi. Justeru tiga atau empat orang berkongsi menunggang satu unta. Seorang menunggang dan yang lain berjalan kaki secara bergilir-gilir. Bahkah Rasulullah turut berkongsi unta dengan dua sahabat yang lain. Kedua-dua lebih rela berjalan kaki dan mengutamakan baginda menunggang unta. Namun baginda menempelaknya dengan berkata: “Anda berdua bukanlah lebih kuat dari saya. Saya tidak memerlukan upah dari anda”. (An-Nasai) Mendapatkan kemenangan dengan berdoa Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Ali bin Abu Talib yang berkata: “Anda telah lihat kami dan pada malam itu kami hanya tidur, melainkan Rasulullah saw yang berada di bawah sepohon pokok sambil menunaikan solat dan menangis hingga subuh. Hal ini berlaku pada malam Badar..Baginda banyakkan membaca Ya Hayyu Ya Qayyum sambil sujud. Nabi saw turut menadahkan tangan ke langit sambil merintih kepada Tuhan dengan berkata: اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد بعدها في الأرض، اللهم أنجز لي ما وعدتني، اللهم نصرك “Ya Allah seandainya kelompok orang Islam ini tewas dan binasa maka tentulah selama-lamanya tidak akan ada orang yang akan menyembahMu di muka bumi ini. Ya Allah, berilah pertolongan seperti yang Engkau telah janjikan itu. Ya Allah kami mengharapkan pertolongan Mu ”. Rasulullah saw menadah tangan ke langit sehingga terjatuh selendang dari bahunya. Lalu Abu Bakar berkata kepada nabi dengan rasa kasihan: “Wahai Rasulullah, sebahagian yang kamu rintihkan kepada Tuhanmu pastilah Allah saw akan perkenankan apa yang dijanjikan itu”. Tindakan nabi saw berdoa dengan perasaan rendah diri kepada Allah swt bukanlah semata-mata kerana jamaah mukminah cintakan kelangsungan dan mahukan keselamatan tetapi kerana memikul risalah kebenaran kepada seluruh alam. Justeru kebimbangan nabi kepada kemusnahan jamaah mukminah ini kerana bimbangkan dunia akan terbiar tanpa tanda-tanda petunjuk dan cahaya kebenaran..Doa adalah pati kepada ibadah bahkan doa adalah ibadah. Rasulullah saw adalah penghulu sekalian hamba. Tidak hairanlah sekiranya kesan permohonan kepada Allah swt berlaku dengan pantas dan spontan. Firman Allah swt bermaksud: “Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sungguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Al-Anfal: 9) Dengan sebab itu para malaikat tiba dari langit dengan berturut-turut di mana mereka berturutan antara satu malaikat dengan malaikat yang lain atau malaikat berturutan dengan para mukminin sebagai bantuan untuk mereka..Para malaikat turut sama berperang pada Hari Badar seperti yang diriwayatkan oleh banyak hadith. Merasa ghairah untuk mendapatkan syurga Perasaan ghairah untuk mendapatkan syurga telah menggerakkan mereka dan mereka tahu ketentuan syurga sebagai barang dagangan Allah swt yang sangat mahal. Ketika nabi saw mendorong para sahabat untuk berperang, baginda telah bersabda : “Demi jiwaku di tangan-Nya, Tiada seorangpun yang akan pergi berperang yang berjuang dengan penuh kesabaran, pengharapan dan keredhaan, melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. Ketika itu Umair bin Hamam terdengar ucapan nabi sedang di tangannya beberapa biji kurma yang hendak dimakan, lantas berkata: “Ahh, benarkah yang memisahkan di antara saya dan orang yang di masukkan ke syurga hanya dengan cara mati syahid? Kalaulah saya terus menghabiskan kurma ini, maka ia terlalu lama”. Kemudian Umair mencampakkan kurmanya dan bergegas memerangi tentera musyrikin hingga beliau gugur syahid dan memperolehi keredhaan Allah swt. Persaudaraan akidah Ahli Badar hanya meletakkan kesetiaan mereka kepada Allah. swt Mereka mendahulukan persaudaraan akidah lebih dari yang lain dan mereka yakin bahwa memantapkan barisan mereka sebagai alat kemenangan. Mus’ab bin Umair melalui seorang sahabat yang menawan saudara kandungnya yang masih musyrik, Abu Aziz bin Umair. Lalu Mus’ab berkata kepada sahabatnya: “Saya sokong anda menawannya kerana ibunya mempunyai harta dan kaya. Mudah-mudahan ibunya akan menebusnya darimu”. Kemudian saudara kandung Mus’ab yang tertawan memalingkan wajah ke arahnya sambil berkata: “Wahai saudaraku inikah wasiat anda dengan saya”. Lalu Mus’ab mengabaikannya sambil berkata: “Dia saudara saya (merujuk kepada sahabatnya) bukan kamu!!”. Melalui persaudara akidah menghubungkan kita dengan semua negeri Islam yang tertindas. Kita lihat mereka di Palestin, Iraq, Somalia, Afghanistan dan lainnya. Musuh sangat rakus ke atas mereka dan mereka menyerahkan kepadanya dengan penuh kejujuran. Justeru ayuhlah kita jadikan dua Badar supaya kita lihat dari lubuk jiwa kita Allah lebih baik dalam menyelamatkan mereka dan menolong mereka?? Peringatan tentang keghairahan mendapatkan harta rampasan perang Al-Quran tidak mengkhususkan surah dengan nama Badar – sepertiyang berlaku kepada surah al-Ahzab dan al-Fath – tetapi terdapat kisahnya ternukil di Surah al-Anfal..Jelasnya di sini terdapat fakta penting yang perlu diteliti. Terdapat celaan Tuhan kepada ahli Badar lantaran perselisihan mereka dalam soal pembahagian harta ghanimah – anfal- secara lembut dan tegas pada satu perkara. Penamaan surah dengan nama ini bertujuan untuk memanjangkan penelitian tentang celaan tersebut dan perkara di sebaliknya..Walaubagaimanapun perselisihan mereka pada perkara yang tiada nas tentangnya daripada Allah dan Rasul. Justeru setelah turun ayat al-Quran yang menerangkan pembahagian harta ghanimah tidak timbul lagi sebarang perselisihan di kalangan mereka, bahkan mereka hanya berkata “kami dengar dan kami taat”. Bahkan kebanyakan kes mereka lebih rela melepaskan hak-hak mereka selepas suatu masa dahulu mereka rakus apa yang menjadi hak orang lain. Jelasnya, proses terapi al-Quran ke atas suatu perkara begitu menakjubkan kerana disebutkan perselisihan mereka di awal ayat dalam surah al-Anfal bermaksud: “Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 1) Namun perselisihan tersebut tidak selesai melainkan selepas tiba pada ayat ke 41 surah al-Anfal: “Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Anfal: 41) Sepanjang 40 ayat hanya menyebutkan suasana pertempuran dan menumpukan kepada pembinaan akidah umat. Kemudian perselisihan tentang harta ghanimah dapat diselesaikan hanya dalam satu ayat. Oleh itu perselisihan tentang kepentingan nafsu tidak mampu diubati dengan hukum yang panjang, bahkan hanya dengan mengubati jiwa manusia dan meluruskan yang bengkok sehingga berada di atas landasan yang lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah kepada para mukminin.. Keperihatinan ayat-ayat yang memerintahkan supaya bertakwa kepada Allah, swt memulihkan hubungan silaturrahim dan mentaati Allah swt dan rasul ialah bekalan kemenangan yang sepatutnya diambil untuk mengukuhkan tunjangnya. Perselisihan hati para mukmin adalah permulaan kekecewaan yang hanya akan berakhir dengan menghancurkan factor-faktor kekuatan dan kemenangan umat seluruhnya. Sesungguhnya orang-orang yang meraih kemenangan di Badar hanya berselisih tentang harta ghanimah yang diperolehi daripada pihak kuffar, sedangkan kita sekarang hanya menyerahkan ghanimah dan anfal kepada musuh umat!! Ya Allah perbaikilah keadaan kami di bulan yang mulia ini. Berilah sebaik-baik balasan kepada Islam dan muslimin dengan ahli Badar dan kurniakan rezeki kepada kami dengan mengasihi mereka dan mengikuti mereka. Firman Allah swt bermaksud : “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”. (Yusof: 111) Allah swt yang mengatakan kebenaran yang memberi petunjuk jalan yang lurus, Allah swt berselawat dan memberi salam dan keberkatan ke atas pemimpin kami Muhammad, saw keluarganya dan para sahabat seluruhnya.
Kaherah 16 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010