Pada hari ini, anak-anak IKRAM Junior Hulu Selangor mempelajari bagaimana menyimpan dan berbelanja mengikut keperluan dan bagaimana untuk berniaga dan berjual beli. Puan Suzana Ali daripada Hijrah Wealth Consultancy telah dijemput untuk memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada anak -anak ini.
Selain itu, turut diadakan solat sunat Dhuha dan aktiviti mewarna disediakan kepada anak-anak Tahap 1. Semoga adik-adik yang hadir dapat mempelajari bagaimana mengurus wang dengan bijak ya!