Pada 15 Januari 2017, telah berlangsung program pertama Belia Ikram Hulu Selangor untuk tahun 2017 iaitu JOM Fit. Program JOM Fit ini adalah antara mekanisme untuk pengenalan JUS (JOM Usrah) kepada belia sekitar daerah Hulu Selangor yang belum atau telah terlibat secara langsung untuk menyertai dan merasai kemanisan usrah. Seramai 35 orang telah menyertai program JOM Fit untuk siri yang pertama ini untuk saling mengenali dan mengeratkan ukhuwah antara belia dan beliawanis Ikram Hulu Selangor. Semoga kita akan bertemu lagi dalam siri siri akan datang.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...