Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Saturday, 14 January 2017
Majlis Apresiasi dan Tautan Ukhuwah Akhawat IKRAM Hulu Selangor
Telah berlangsung Majlis Apresiasi dan Tautan Ukhuwah Akhawat IKRAM Hulu Selangor di kediaman Dr Aniza di Bukit Beruntung. Majlis ini bertujuan adalah untuk menghargai dan meraikan semua akhawat yang telah bersama sama menjayakan program-program wanita sepanjang tahun 2016. Selain itu, majlis ini juga dapat menemukan dan menjalinkan Ukhuwah sesama akhawat di dalam sistem tarbiyah IKRAM.
Majlis yang bermula pada jam 5 petang sehingga 11 malam ini juga diisi dengan perkongsian mengenai iltizam wanita dan hala tuju ummah daripada Ketua Wanita kawasan Hulu Selangor dan Ketua Wanita IKRAM negeri Selangor.
Anugerah 'Asma binti Abu Bakar' telah dianugerahkan kepada ahli usrah yang tabah dan cekal dalam mengharungi liku liku kehidupan, sempena mengambil semangat daripada Saidatina Asma binti Abu Bakar. Beberapa Anugerah lain juga diberikan seperti Anugerah Siti Fatimah binti Muhammad dan Anugerah Zainab Al Ghazzali. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang kenangan dan didoakan semoga wanita IKRAM akan terus maju kehadapan untuk tahun 2017 ini. Biiznillah.
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...