Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Saturday, 31 December 2016
Ancaman Syiah di Malaysia
Pada 30 Disember 2016 yang lepas, telah dianjurkan Daurah Umum anjuran JK Tarbiah IKRAM Hulu Selangor yang bertajuk Ancaman Syiah di Malaysia. Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Mohamed Fairooz Fathillah, ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare dan Pengerusi Salam Iraq,yang juga sedang membuat penyelidikan tentang Syiah di Malaysia.
Banyak maklumat dan info tentang bahaya Syiah dan bagaimana mengetahuinya telah dikongsi bersama hadirin. Ustaz Fairooz juga menerangkan tentang salah faham anak muda yang kini lebih tertarik dengan ajaran Syiah yang sepertinya memudahkan tetapi merosakkan pemahaman tentang ajaran Islam yang sebenar.
JK Tarbiah telah membuat rakaman menerusi Facebook Live berkenaan daurah hari ini. Link video boleh dilihat di pautan ini .
Friday, 23 December 2016
IKRAM Junior Outdoor Adventure 2016
Pada hari Khamis, 22 Disember 2016, jam 8 pagi hingga 5 petang, telah diadakan Lawatan IKRAM Junior Hulu Selangor ke Perpustakaan Shah Alam & Taman Botani Negara. Seramai 5 orang AJK IKRAM Junior, 7 orang fasilitator IKRAMTeens dan 40 orang peserta IKRAM Junior telah terlibat.
Di Perpustakaan Shah Alam, persembahan powerpoint serta penerangan tentang kemudahan dan aktiviti perpustakaan diberi oleh kakitangan bertugas. Kami juga dibawa melawat, mengambil gambar, menonton tayangan 2D di teater mini dan bermain 'game xbox'. Di Taman Botani Negara, peserta berumur 10 hingga 12 tahun terlibat dengan aktiviti lasak di Skytrek.
Aktiviti berjalan serentak bagi semua peserta selama lebih kurang satu setengah jam. Sementara itu, peserta di bawah umur 10 tahun terlibat dengan kuiz berkumpulan serta lawatan ke Taman 4 Musim dan Taman Haiwan. Program mengambil masa yang lebih lama kerana hujan lebat di Taman Botani Negara.
Walaubagaimanapun, kami amat bersyukur kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan setelah hujan reda. Setinggi penghargaan diberi kepada semua ajk iaitu Ajk Pembangunan Kanak-kanak Wanita IKRAM HS Pn. Kholidah, Ajk Pendaftaran Pn. Fazliyah, Ajk Makanan Pn. Ellina, Ajk Disiplin & Keselamatan Pn. Nurul Badar, Ajk Pengangkutan Hj Mazli bin Wan Othman dan Konsultan IKRAM Junior HS Pn. Norzira serta semua fasilitator. Terima kasih juga kepada ibubapa peserta IKRAM Junior Hulu Selangor yang memberi sokongan untuk program ini.
Friday, 16 December 2016
LAWATAN SAMBIL BELAJAR IKRAMTEENS HULU SELANGOR
15 Disember 2016 | Khamis. Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, IKRAMTeens Hulu Selangor telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Bank Negara Museum and Art Gallery dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Lawatan ini adalah anjuran bersama JK Remaja dan JK Media IKRAM Hulu Selangor.
Di Bank Negara Museum and Art Gallery, peserta didedahkan dengan sejarah mata wang Malaysia dan evolusi perkembangan mata wang Malaysia dan bagaimana cetakan wang dilakukan aspek keselamatan tentang mata wang Ringgit Malaysia juga diceritakan. selepas itu, peserta dapat melawat semua galeri yang muzium sediakan.
Di IKIM.fm, kami telah disambut meriah oleh Pegawai Perhubungan Awam IKIM.fm dan diberi taklimat mengenai sejarah penubuhan ikim, sesi soal jawab juga dapat diadakan. Selain itu, kami juga sempat bertemu dengan beberapa DJ IKIM yang kebetulan berada di konti. Sempat dikongsikan tentang kelengkapan di konti serta cara-cara mengurus radio apabila tiba waktu 'on air'.
Gambar-gambar sepanjang lawatan boleh dilihat di pautan ini
Monday, 12 December 2016
Rehlah Muayasyah Imaniyyah wa Jasmaniyyah 2016 (kawasan Bukit Sentosa & Bukit Beruntung)
Pada hari Ahad, 11 Disember 2016 yang lalu telah diadakan Rehlah Ukhuwah Akhawat Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa bertempat di Banglo Tn Hj Zamri, Residensi Kekwa, Bukit Beruntung. Program dimulakan dengan Taichi bersama kumpulan Mee Wah, taichi ini baik untuk kesihatan dan telah terbukti memberi kebaikan kepada pesakit jantung, memperbaiki mood harian, mengurangkan kemurungan, mengurangkan keletihan dan menjadikan badan lebih segar, di samping kesihatan badan secara menyeluruh. Selain itu, turut diadakan pertandingan menggubah makanan sihat, kerana umum mengetahui kesihatan sangat penting kepada semua tidak mengira kaum dan usia.
Rehlah yang bertemakan ukhuwah ini mengambil semangat ukhuwah kaum Ansar dan Muhajirin ketika peristiwa hijrah. Hijrah ini mengandungi semangat persaudaraan, seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada saat baginda mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dengan kaum Ansar, Dengan demikian, hijrah secara maknawi terus relevan sehingga ke hari ini. Bahawa nilai dan semangat hijrah harus kita bawa dalam kehidupan modern ini. Kita berhijrah dari kejahiliyahan menuju Islam. Hijrah dari kekufuran menuju Iman. Hijrah dari kesyirikan menuju tauhid. Hijrah dari kebathilan menuju al-haq. Hijrah dari nifaq menuju istiqamah. Hijrah dari maksiat menuju tha’at. Dan hijrah dari yang haram menuju yang halal.
Sumber foto : Facebook IKRAM Hulu Selangor
Saturday, 10 December 2016
BACK2SCHOOL (B2S) 1 & 2 DI SEKITAR KAWASAN HULU SELANGOR
Pada 6 Disember 2016, seawal jam 7 :30 pagi tadi , Mydin Rawang telah diserbu oleh ratusan pelajar dan ibubapa, sehingga membanjiri perkarangan dan ruangan dalam Mydin. Anak-anak pelajar dan ibubapa bersesak-sesak dan ada yang terpaksa duduk di atas 'escalator' yang berhenti , sambil menunggu. Apakah yang menyebabkan kesesakan ini berlaku pagi tadi ? Serbuan tersebut sebenarnya adalah kerana program bantuan persekolahan Back To School 2017 yang di anjurkan oleh IKRAM Hulu Selangor .
Seramai 234 pelajar sekolah menengah dan rendah yang menerima bantuan serta 25 orang Petugas Sukarela IKRAM Hulu Selangor telah turun menjayakan proram tersebut. Penerima bantuan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah iaitu mereka yang mempunyai pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM 1500 . Voucher Sumbangan adalah sebanyak RM100 bagi Sekolah Rendah dan RM 120 bagi sekolah menengah dan terhad kepada masima 3 orang anak untuk satu keluarga. Penyumbang utama adalah IKRAM Hulu Selangor sendiri, di ikuti Yayasan YARA dan juga orang persaorangan. Sumbangan hari ini adalah untuk mereka yang tinggal sekitar Rawang, Bandar Tasik Putri dan Country Homes.
Pada 8 Disember 2016 pula, Mydin Rawang telah diserbu lagi untuk sumbangan Back To School 2017 bagi kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Batang Kali, Rasa , Serendah dan Kuala Kubu Bharu. Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh semua AJK. PIC Kawasan, Petugas Sukarela, Yayasan Yara, dermawan, juga pihak Mydin yang memberikan kerjasama serta diskaun dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan Back To School kali ini. Jazakumullahukhairan katheera dan semuga usaha kerdil ini ada nilai yang besar di sisi Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh.
Sumber foto : Facebook IKRAM Hulu Selangor.
Monday, 28 November 2016
TANAH DAN TEBING RUNTUH: i-BANTU HULU SELANGOR ZIARAH MANGSA
Pada 27 November yang lalu, kumpulan i-Bantu IKRAM Hulu Selangor telah mengadakan sesi ziarah prihatin ke kawasan pemindahan mangsa tanah runtuh di Taman Idaman Serendah. Semua mangsa telah ditempatkan di SRA Serendah. Beberapa beg berisi makanan dan sanitary kits diedarkan kepada mangsa tragedi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pada 18 Disember 2016, mereka telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah kawasan runtuhan dibaikpulih.
Foto sumber Facebook IKRAM Hulu Selangor
Pada 29 November pula, Skuad i-Bantu IKRAM Hulu Selangor hari ini telah turut bersama menyertai rombongan MB Selangor Y.A.B Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali melawat pusat kediaman sementara bagi mangsa runtuhan tebing Sungai Rawang , Taman Bersatu Rawang. YB Azmin Ali tiba pada pukul 10.20 pagi , iaitu 40 minit lebih awal dari yang di jadualkan. Namun orang ramai telahpun membanjiri perkarangan Pejabat Penghulu Rawang 1 bagi menantikan ketibaan beliau. Terdahulu, YB Menteri Besar telah melawat mangsa tanah runtuh di Serendah. , i-Bantu IKRAM telah menyumbang wang tunai serta dua beg barangan asas untuk setiap keluarga.
Seramai 6 keluarga telah diberikan sumbangan. 10 buah rumah dikhuatiri dalam bahaya dan penghuninya telah diarahkan berpindah, namun sehingga kini hanya 5 keluarga sahaja yang mnginap di Pusat Penginapan Sementara di Dewan MPS, Taman Jati, Rawang. InsyaAllah IKRAM HS akan berkolaborasi dengan PKD Gombak untuk memberikan kaunseling ataupun memberikan beberapa pengisian atau aktiviti di pusat tersebut.
Foto sumber Facebook IKRAM Hulu Selangor
Monday, 7 November 2016
REHLAH KHIDMAH (rehlah imaniyyah wa jasmaniyyah) kawasan Rawang
Pada hari Ahad, 6 November 2016 yang lalu telah diadakan Rehlah Khidmah anjuran bersama Wanita IKRAM Hulu Selangor & PERKIM Bandar Tasik Puteri bersama Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS).
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Talk: Aku Telah Dewasa, Gotong -royong dan Sukaneka bersama anak-anak PEKEAS. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhawat yang telah bertungkus lumus merancang aktiviti ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang turut memeriahkan program hari ini. Gambar-gambar sepanjang aktiviti boleh dilihat di pautan ini.
CERAMAH KEPENGGUNAAN DALAM MEMBANGUN NEGARA RAHMAH
Pada 6 November 2016 yang lalu. Pihak Wanita IKRAM Hulu Selangor dan Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM Hulu Selangor telah berjaya menganjurkan buat pertama kali program bersama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau lebih dikenali sebagai Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Persatuan Penduduk Apartment Taman Setia, Rawang yang membawakan Program Ceramah Kepenggunaan Dalam Membangun Negara Rahmah dengan tajuk " Peranan Kita Dalam Membentuk Komuniti Hijau/ Mesra Alam ".
Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Encik Md Sabri Md Taib. Turut dilancarkan dalam program ini ialah majlis pelancaran kempen " Mothers Against Pornography" oleh Wanita IKRAM Hulu Selangor serta penyampaian Anugerah Keluarga Contoh oleh Persatuan Apartment Taman Setia. Siri ceramah daripada pihak FOMCA, Aktiviti Kanak-Kanak dan Cabutan Bertuah antara yang mengisi aturcara sepanjang program ini berlangsung. Gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini.
Sunday, 23 October 2016
HARI KESIHATAN IKRAM HULU SELANGOR 2.0
Alhamdulillah pada hari Ahad, 23 Oktober yang lalu telah berlangsung HARI KESIHATAN IKRAM HULU SELANGOR 2.0, bertempat di Apartment Kenanga, Taman Bunga Raya, Rawang Selangor.
Hari Kesihatan ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Hulu Selangor & JMB Apartment Kenanga. Hari Kesihatan ini telah dirasmikan oleh Ahmad Zailani bin Darwis, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.
Antara pengisian dan aktiviti dan aktiviti selaras yang diadakan ialah:
1) Ceramah Nutrisi Sihat & Ceramah Kebersihan Persekitaran
2) Pemeriksaan Kesihatan, BMI, pemeriksaan gula, tekanan darah dan Pap Smear
3) Pertandingan Masakan Sihat
4) Aktiviti IKRAM Junior
5) Pameran dan Gerai
6) Anugerah Keluarga Mithali
7) Cabutan Bertuah
8) Persembahan Silat Pencak
Kesihatan adalah kunci keluarga bahagia. Kesihatan yang baik bermula dari keluarga. Keluarga sihat, ummah sejahtera. Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini.
Antara pengisian dan aktiviti dan aktiviti selaras yang diadakan ialah:
1) Ceramah Nutrisi Sihat & Ceramah Kebersihan Persekitaran
2) Pemeriksaan Kesihatan, BMI, pemeriksaan gula, tekanan darah dan Pap Smear
3) Pertandingan Masakan Sihat
4) Aktiviti IKRAM Junior
5) Pameran dan Gerai
6) Anugerah Keluarga Mithali
7) Cabutan Bertuah
8) Persembahan Silat Pencak
Selain itu, Anugerah Keluarga Mithali juga telah diberikan kepada 3 buah keluarga atas menghargai kejayaan dan pencapaian yang telah dikecapi, iaitu: 1) keluarga Imam Badrol Hisham bin Anor 2) keluarga Abd Samad bin Abd Manaf 3) keluarga Rosli bin Abdullah
Penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Klinik Kesihatan, KPJ Rawang, Adabi dan semua penduduk Blok D Apartment Kenanga Taman Bunga Raya atas sokongan diberikan.
Penganjur ingin mengucapkan terima kasih kepada Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Klinik Kesihatan, KPJ Rawang, Adabi dan semua penduduk Blok D Apartment Kenanga Taman Bunga Raya atas sokongan diberikan.
Kesihatan adalah kunci keluarga bahagia. Kesihatan yang baik bermula dari keluarga. Keluarga sihat, ummah sejahtera. Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat di pautan ini.
Tuesday, 20 September 2016
Jaulah Ukhuwah Sabah 2016 (15-18 September 2016)
Objektif Jaulah Ukhuwah Sabah
- Mengeratkan ukhuwah sesame peserta dan ahli IKRAM sendiri.
- Meninjau aktiviti dakwah di Sabah serta memahami keperluannya.
- Menghayati pengorbanan para duat dalam dakwah Sabah.
15 Sept 2016 (Khamis)
Hari Pertama
· Peserta
bertolak dari PIHUSEL jam 2.30 pagi.
· Berlepas ke
Kota Kinabalu pada jam 6.30 pagi.
· Tiba di Kota
Kinabalu jam 9.30 pagi dan bergerak ke Kinabalu Daya Hotel.
· Jam 11. 30
bertolak ke Taman Tuku Abdul Rahman, Pulau Manukan:
-
Peserta diberi jaket keselamatan dan peralatan untuk snorkelling
(snorkeling mask and snorkels)
-
Jam 2.30 bertolak balik dari jeti Pulau Manukan
· Aktiviti
bebas. Peserta boleh membeli cenderahati di Pasar Filipina atau beristirehat di
Hotel.
· Makan malam di
tepi jeti jam 6.30 malam
· Bergerak ke
Pejabat IKRAM Sabah untuk Majlis Ramah Mesra bersama Jawatan Kuasa Negeri (JKN)
Sabah:
Objektif:
1) Bertaaruf dan eratkan ukhuwah
2) Menjalin kerjasama IKRAM Sabah dan Hulu Selangor.
Agenda:
1) Ucapan Aluan TYDPN Ust. Mohd Rapi (pemangku YDPN)
2) Ucapan YDP IKRAM Hulu Selangor
3) Taklimat Ringkas IKRAM Sabah oleh SUN
4) Taaruf dan Sesi Perbincangan
5) Jamuan ringan dan bersurai
- Majlis dimulakan
dengan ucapan pengerusi majlis.
- Pengarah Hidayah
Centre Sabah memulakan majlis dengan membaca “Tidaklah Kuciptakan jin dan
manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56). Ucapan
penghargaan kepada IKRAM Hulu Selangor. Beliau turut memberi keterangan mengenai
Ikram Sabah dan latar belakang Hidayah Centre:
Ø
Pada awalnya, majoriti di Sabah adalah penduduk Islam. Kemudian ramai
telah berpindah. Penduduk Islam sedia ada tiada bimbingan. Susulan daripada
itu, Hidayah Centre diwujudkan. Beberapa tempat masih perlu dibaiki, terdapat
surau.
Ø
Salah satu cawangan HC Sabah adalah di Bundu Tuhan. Beliau membuat
program dengan kerjasama ketua kampung. Dengan itu, program berjalan lancar.
Ø
Slide berkenaan program-program HC ditayangkan.
Ø
Menunjukkan Statistik Peningkatan Pengislaman 2013-2016 dari 85 hingga
141.
- Ucapan YDP Ikram
Hulu Selangor:
Ø
YDP memberi keterangan mengenai latar belakang Malaysia sempena Hari
Malaysia pada 16 Sept 2016. Dengan nikmat kemerdekaan yang diberi, kita dapat
berukhuwah dan paling penting ada ikatan Islam.
Ø
YDP turut berpesan sentiasa menambah ilmu untuk mendidik anak-anak.
Ø
YDP menegaskan bahawa kitalah generasi Islam yang sama-sama membangun
hadis nabi iaitu “Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, itu lebih baik
daripada unta merah” dan “jika seseorang mendapat hidayah lebih baik
daripada engkau mendapatkan dunia dan seisinya.”
· Bertolak
pulang ke hotel jam 11.00 malam
16 Sept 2016 (Jumaat)
Hari Kedua
· Sarapan Pagi
jam 7.00 pagi di Kinabalu Daya Hotel dan check out.
· Perjalanan
ke Kundasang; singgah sebentar di Masjid Terapung Likas (8.30-9.00 pagi).
Berhenti di Pekan Nabalu untuk mengambil foto berlatarbelakang Gunung Kinabalu,membeli
cenderahati dan buah buahan. Antara buah-buahan yang menarik ialah Durian
Sabah,Buah Tarap, Buah Bembangan, Duku, Rambutan dan sebagainya.
· Berangkat ke
pekan Kundasang untuk makan tengahari pada jam 12.30 tengahari.
· Aktiviti
bersama Hidayah Centre Sabah “Program ramah mesra dengan saudara baru kampung
Bundu Tuhan”
- Ucapan
Pengarah HC Sabah:
Ø
Memulakan ucapan dengan bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat iman
yang diberi. Maulana Maudidi menyatakan “Tanda kita bersyukur adalah dgn
menjadi seorg muslim yg taat kpd Allah s.w.t” dengan cara sentiasa menambah ilmu,
mengamalkan rukun iman dan islam,
melakukan amar makruf nahi mungkar
- Ucapan YDP
IKRAM Hulu Selangor:
Ø
YDP memulakan ucapan dengan memberi maklumat mengenai latar belakang
penubuhan m’sia sempena Hari Malaysia 16 Sept. Kita adalah bersaudara dan
menambah ukhuwah dengan nikmat syahadah (kalimah Allah).
Ø
Beliau menggalakkan saudara baru membawa anak-anak belajar solat,
menghadiri kelas di hidayah centre Bundu Tuhan. Selain itu, memberi harapan
bahawa anak-anak ini akan menjadi pelapis dakwah dan bekalan akhirat untuk ibu-bapa.
Berdasarkan hadis nabi - “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang
dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no.
1631)
- Perkongsian
Saudara Baru: Pn Hawa dari Kg Bundu Tuhan:
Ø
Telah muslim pada tahun 2002, asal di Kota Kinabalu, pada mulanya
keluarga sukar menerima. Persepsi beliau pada Islam; orang muslim sombong.
Sekarang ahli keluarga telah menerima dan menghormati apa yang tak boleh
diamalkan dalam agama Islam seperti minum arak dan hal lain.
· Bergerak balik
ke Homestay Walai Tokou, Kundasang.
· Makan malam jam
9.00 malam.
17 Sept 2016 (Sabtu)
Hari Ketiga
· Sarapan
pagi pada pukul 7.00 pagi di Homestay Walai Tokou
· Jam 8.00
pagi-Bergerak ke Pekan Kundasang untuk menaiki van ke Desa Dairy Farm, Mesilau
Sabah. Mesilau Sabah adalah tempat ternakan lembu dan kambing. Disini kita dapat
melihat proses pemerolehan susu sehingga penghasilan produk. Selain itu, turut
menjual beberapa produk tenusu segar seperti susu kultur, keju, ice cream,
yogurt dll.
· Selepas
itu, bergerak ke Kg Luanti, Ranau untuk Fish Massage
· Bergerak
ke Sandakan dan makan tengah hari
· Program HC
di Masjid Darul Iman Kg. Ulu Sapi, Beluran
- Ucapan Pengarah
HC Sabah:
Ø
Memulakan ucapan dengan bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat iman
yang diberi. Maulana Maudidi menyatakan “Tanda kita bersyukur adalah dgn
menjadi seorg muslim yg taat kpd Allah s.w.t” dengan cara sentiasa menambah ilmu,
mengamalkan rukun iman dan islam,
melakukan amar makruf nahi mungkar.
- Ucapan YDP Ikram
Hulu Selangor:
Ø
YDP memulakan ucapan dengan memberi maklumat mengenai latar belakang
penubuhan Malaysia sempena Hari Malaysia 16 Sept. Kita adalah bersaudara dan
menambah ukhuwah dengan nikmat syahadah (kalimah ilah).
· Makan malam
-Steamboat
· Check in
Hotel Sandakan
17 Sept 2016 (Sabtu)
Hari Keempat
· Sarapan di
Hotel Sandakan
· Shopping di
Pasar Sandakan
· Check out
Hotel
· Makan tengah
hari di Pasar Sim Sim
· Bergerak ke
Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.
· Terbang
Pulang ke Kuala Lumpur.
Disediakan oleh:
AJK Dokumentasi Jaulah Sabah 2016
Wednesday, 31 August 2016
SEMINAR KELUARGA RAHMAH - BIJAK URUS WANG, HATI PUN TENANG
BATANG KALI .RABU 31 OGOS 2016 . Program Tahunan IKRAM Hulu
Selangor di bawah kelolaan JK Wanita IKRAM Hulu Selangor diteruskan lagi dengan
Seminar Keluarga Rahmah yang membawa tajuk " Bijak Urus Wang, Hati Pun
Tenang " yang berlangsung dengan jayanya di Auditorium Dato' Abdul Hamid,
Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.
Program yang menarik minat seramai
279 peserta yang datang dari sekitar Hulu Selangor ini telah dirasmikan oleh Ahli
Majlis Daerah Hulu Selangor Zon 15, Haji Mohd Amran Bin Sakir.
Peserta Program kali ini agak
bertuah kerana Pihak Pertubuhan Wanita IKRAM Hulu Selangor telah membawa dua
orang panel dari Hijrah Wealth Management Sdn Bhd iaitu Pengasas dan Perunding
Utama Puan Hajah Rohani bt Dato Haji Mohd Shahir, serta Kosultant Utama Puan
Suzana bt Ali yang mengupas danmembimbing peserta ke arah pengurusan kewangan
berhemah berlandaskan Islam dengan memperkenalkan Kubah Kehidupan yang matlamat
akhirnya membawa kepada Kehidupan Sejahtera ( Hayaatan Toyyibah). Peserta
Seminar Keluarga Rahmah turut diraikan dengan lebih 50 hadiah cabutan bertuah
dan satu Hadiah Utama, sebuah set Periuk Noxxa
Disamping acara utama di
auditorium, berlangsung Program Silang Budaya & #SayaAnakMalaysia
bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang dijayakan IKRAM Junior. Pelbagai acara
yang membawa tema Hari Kemerdekaan disampaikan dalam bentuk pertandingan
mewarna dan sukan rakyat dengan penyertaan 130 orang kanak-kanak.
Semoga dengan program ini dapat memantapkan
lagi kefahaman tentang pengurusan kewangan mengikut perspektif Islam dan
mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pertubuhan IKRAM Hulu Selangor dan
penduduk kawasan sekitar Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada Wanita IKRAM
Hulu Selangor dan JK Pelaksana Program.
Gambar - gambar seminar boleh dirujuk di pautan ini.
Saturday, 13 August 2016
Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Sesi 1 (DDMM) Kawasan Hulu Selangor 2016
13 - 14 Ogos 2016 | Alhamdulillah telah berakhirnya Seminar
Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) anjuran JK Dakwah IKRAM Hulu Selangor yang berlangsung selama dua hari di
Pejabat IKRAM Kawasan Hulu Selangor. Seminar yang disertai oleh 45 orang
peserta ini telah dirasmikan oleh YDP IKRAM Hulu Selangor, Dr Muhammad Azhar
Zailani.
Seminar selama dua hari ini telah
diisi dengan pemahaman tentang agama Hindu oleh Ustaz Fitri bin Abdullah, agama
Buddha oleh Brother Lim Joi Soon dan agama Kristian oleh Ustaz Mohd Amin
Yaacob. Pada slot terakhir, peserta telah diberi peluang untuk ber'street
dakwah' di kawasan berhampiran Bukit Beruntung untuk memberi pendedahan dan
pengalaman sebelum peserta turun ke lapangan sebenar.
Semoga ilmu dan pengalaman yang
diperoleh di DDMM ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Islam agama rahmah,
sebarkannya dengan kasih sayang. Jumpa lagi pada sessi DDMM akan datang insyaAllah . Gambar boleh dilihat dalam pautan ini.
Sunday, 7 August 2016
Kembara Belia Remaja Hulu Selangor ke Gua Tempurung
Pada 6 Ogos 2016, telah berlangsung Kembara ke Gua Tempurung yang merupakan anjuran bersama Belia IKRAM Hulu Selangor &
IKRAMTeens Hulu Selangor. Seramai 36 orang telah menyertai program hari ini yang bertujuan untuk
mengeratkan ukhuwah diantara belia dan remaja yang insyaAllah akan dapat
membantu dalam gerak kerja dakwah ini. Video kembara ini boleh dilihat di sini.
Sunday, 24 July 2016
SHARE & CARE IKRAMJunior HS
Pada hari Ahad, 24 Julai 2016 telah diadakan Program IKRAM
Junior bertemakan "Share & Care". Program ini disertai oleh 45
orang adik-adik berumur antara telah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam
12 tengahari.
Antara aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah perkongsian Tafsir Surah Al-Maun dan seni kraf. Turut
dijalankan adalah aktivit lakonan dan bercerita bertemakan kisah nabi, untuk mencungkit
bakat-bakat terpendam adik-adik Ikram Junior ini.
Majlis diakhiri dengan sedikit
jamuan raya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita dapat bertemu
lagi di dalam program IKRAM Junior yang akan datang inshaallah. Gambar di sini.
Wednesday, 6 July 2016
PERUTUSAN AIDILFITRI 1 SYAWAL 1437 H KETUA WANITA IKRAM HULU SELANGOR
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله اكبر الله اكبر الله اكبر
Salam Eidul Fitri buat semua..
Tetamu Agung yang singgah dengan pelbagai hadiah dan tawaran
lumayan sudah berangkat pergi lalu meninggalkan pelbagai rasa yang mengesankan
di dalam jiwa raga, hati dan sanubari insan yang terpilih.
'Eidul Fitri atau Hari Raya Fitrah itu bermaksud Kembali
kepada Fitrah iaitu telah kembali bersih dan suci daripada segala dosa umpama
bayi yang baru dilahirkan .Bagi orang yang berpuasa dengan penuh penghayatan
sepanjang bulan Ramadhan pasti akan mendapat sepenuh pengampunan dari Allah swt
dan itulah yang di katakan kemenangan.
Benarkah kita telah menang?
Adapun buat penggerak Islah, pejuang Dakwah dan para Dai'e
di jalan Allah, Ramadhan merupakan saat paling penting untuk mengumpul
kekuatan, mentarbiah rohani , minda dan jasmani sebagai bekalan untuk bersedia
dan lebih kuat dalam menghadapi perjuangan dan mehnah yang mendatang.
Dalam surah Al Baqarah ayat 183, Allah telah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! di wajibkan bagi kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu BERTAQWA
Perkataan yang Allah gunakan adalah
َكُتِب dari kata dasar َكَتَب
bermaksud "tulis"
Adapun كُتِب ini maksud sebenarnya
bukanlah hanya 'wajib' semata-mata seperti yang di terjemahkan dalam bahasa
melayu, tetapi lebih dari itu, ulamak berpendapat sebagai : bahawa puasa yang
'tertulis' untuk kamu itu merupakan satu sistem yang jitu dan sempurna bagi
manusia yang beriman untuk dapat mencapai tahap TAQWA
Mengapa tidak ...?
kerana bulan Ramadhan ini adalah satu 'training camp' yang
mentarbiah seluruh komponen yang ada dalam diri seorang insan iaitu :
Qalbu (hati)- Nafs ( Jiwa) - Aqal - Roh dan Jasadnya.
A. Qalbu ( hati )dididik dengan Sahur
Perhatikan Surah Ali Imran :17.
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِيَن
وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ
(Dan juga) orang-orang
▶
yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah)
▶
dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya)
▶
dan orang-orang yang sentiasa /tetap taat (akan perintah Allah)
▶
dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah)
▶
dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur
Perhatikan pula firman Allah dalam surah Az Zaariaat : 15-19
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang berTAQWA adalah ditempatkan di
dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya (Ayat 15)
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ
كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat
yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu
adalah orang-orang yang berbuat kebaikan ( Ayat 16)
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu
malam, untuk mereka tidur.(ayat 17)
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan pada sahur (waktu akhir malam , sebelum fajar) pula,
mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (ayat 18)
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ
وَالْمَحْرُوم
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka
tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang
menahan diri (daripada meminta) (ayat 19).
Dalam al Quran Allah mengaitkan waktu Sahur dgn orang-orang
yg mempunyai ciri-ciri di atas. Sahur sebenarnya bukan sekadar makan minum,
tetapi lebih dari itu, ianya adalah sunnah dan bertujuan untuk membentuk
keperibadian kita.
Intipati sahur adalah untuk memohon keampunan dari Allah
swt, memulakan hari baru dengan istighfar dan Qalbu (hati ) yang bersih .
Natijahnya supaya kita memperolehi hati yang sujud. Sujud bukan sekadar dalam
solat, tapi bawalah sujud di luar solat. Hati yang sujud, sentiasa tunduk dan
patuh kepada Allah. Hati yang sujud tidak nampak cacat cela orang lain, tapi
hanya nampak cacat cela dan dosa-dosa diri sendiri. Maka hati mendorong diri
insan untuk sentiasa muhasabah diri dan bertaubat.
B. Nafs atau jiwa dididik dengan Siam (صيام), Sauma (صوم), Imsak dan Sabar.
Kesalahan besar umat Islam apabila tidak menghayati maksud
Siam (صيام) , Sauma (صوم) dan Imsak yang sebenar. Iaitu bukan sekadar
menahan diri daripada makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa,
tetapi mestilah kuat menahan diri dari melakukan perkara yang boleh
menghilangkan atau membatalkan pahala puasa. Puasa sebenarnya menuntut kita
supaya membuang sifat2 negatif dari dalam diri kita.
Kita kurang memberi perhatian untuk membuang sifat-sifat
mazmumah seperti suka bertangguh tangguh kerja, malas... bermalas-malasan ,
termasuk juga malas untuk berfikir , tidak bersegera dalam melakukan amal ,
cepat marah, suka bersangka buruk, mengadu domba dan mengumpat, melampau
-lampau dalam penyediaan makanan dan persiapan raya, makan dengan berlebih2an ,
suka membazir dan banyak lagi sifat- sifat negatif yang lain.
Kerana itulah seberapa banyak pun syiar yang kita tegakkan
di bulan ramadhan seperti bersedekah , berqiamulail, bertarawih, membaca Al
Quran, bertadarus, Iktikaf di masjid dan sebagainya. Akhirnya menjadikan kita
orang yang sama juga kerana pada hakikatnya kita hanya menambah amal tetapi
TIDAK MEMBUANG perilaku negatif kita..
Sebaik sahaja Ramadhan berlalu, perilaku negatif itu
bercampur baur di dalam diri dan menjadikan kita masih tetap orang yang sama.
Hanya sekiranya kita mampu membuang Mazmumah dalam diri maka barulah kita
menjadi orang baru , seolah- olah di lahirkan semula.
Adapun hanya orang-orang yang SABAR saja yang mampu dan
berjaya melakukannya.
Kerana itulah ulama' menggariskan sabar itu kepada tiga
peringkat :
Pertama : sabar dalam menghadapi ujian atau musibah.
Kedua : sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt dan
Ketiga : sabar dalam meninggalkan perbuatan maksiat (iaitu
Sabar dalam membuang sifat2 mazmumah atau negatif dalam diri).
Maka di katakan bahawa yang ketiga itu merupakan darjat
sabar yang paling tinggi. ( dipetik daripada kitab Tanbihul Ghafilin).
Di dalam surah Az Zumar ayat 10 pula, Allah menjanjikan
orang-orang yang sabar dengan ganjaran yang tidak terbatas. Lihatlah betapa
TINGGInya nilai sabar dalam membentuk jiwa manusia. Inilah yang dikatakan
mujahadah.
C. Aqal dididik dengan Al Quran, Tadarus , Tilawah dan
Tadabbur.
Puasa itu untuk kita mencapai taqwa sepertimana firman Allah
swt dalam surah al baqarah:183.
Manakala Ramadhan pula untuk kita semakin dekat dengan Al
Quran (al Baqarah : 185).
Bulan ramadhan itu memang bulan al Quran.
Maka aqal kita harus berfikir dan memproses apa yang Allah
maksudkan dengan bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,
▶menjadi
PETUNJUK bagi sekalian manusia,
dan
▶menjadi
BAYYINAT keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
dan
▶
al FURQAN : Yang Membezakan antara yang HAQ dengan yang BATIL .
Al Quran itu harus digali isi nya , di TADABBURkan supaya ia
benar2 dapat menjadi petunjuk kepada seluruh manusia (hudallinnaas).
Aqal yang tidak mahu berfikir adalah aqal yang mandul. Kita telah
kufur nikmat sekiranya kita tidak menggunakan aqal kita dan tidak
memperuntukkan masa kita untuk belajar dan memahami isi Al Quran.
Carilah masa untuk memahami petunjuk Al Quran ini.
D. Ruh dididik dengan tarawih .
Tarawih itu maksudnya rehat..maka kita memberi kerehatan
kepada ruh dengan pengisian tarawih. Kerana ruh kita dahagakan pengisian
rohani. Ruh kita merindui munajat kepada Penciptanya.
E. Jasad dididik dengan Iftar.
Iftar atau berbuka mestilah dengan kadar sederhana bagi
memungkinkan kita melaksanakan amal ibadah yang lainnya seperti tarawih ,
qiamulail dan lain -lain.
Fitrah manusia memerlukan makanan untuk hidup, kerana
itulah, dalam keadaan darurat makanan yang haram menjadi halal demi
kesinambungan nyawa. Namun makan yang berlebih-lebihan bukan lagi menghidupkan
tetapi memudaratkan jasad.
Fahami firman Allah dalam Surah Thohaa : 81
كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
وَلَا تَطْغَوْا فِيهِ فَيَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبِي ۖ وَمَنْ يَحْلِلْ عَلَيْهِ غَضَبِي
فَقَدْ هَوَىٰ
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang
Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana
dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa
kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.
Melampau batas dalam makan rupanya membawa kemurkaan Allah
swt.
Dari sudut kesihatan, makan yang berlebihan itu memang
membawa penyakit.
"Sesiapa yang tertimpa kemurkaan Ku maka binasalah ia
"
Gabungan perkataan ف dan قد bermaksud kebinasaan
itu berlaku dengan segera tanpa tempoh menunjukkan sesuatu yang pasti berlaku
dan ianya berlaku dengan segera tanpa bertempoh. Tetapi mengapa kita tidak
terasa pun kebinasaan itu terjadi kepada kita ?
Kerana rohani kita telah mati akibat kelalaian jasad kita
tadi. Rohani yang mati tidak nampak kebenaran, rohani yang mati tidak mahu
bersegera dalam amal dan rohani yang mati tidak nampak kesalahan diri sendiri.
Inilah kebinasaan yang paling di takuti.
Mudah2an menanglah orang-orang yang berjaya mendidik Qalbu,
Jiwa, Aqal , Ruh dan Jasadnya sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dia berjaya
untuk istiqamah di dalam amalannya sekarang mahupun di luar bulan Ramadhan.
Kini tibalah fajar Syawal.
Syawal bermaksud PENINGKATAN.
Peningkatan dari segi qualiti diri seorang insan sebelum
memasuki madrasah ramadhan dan selepas keluar dari madrasah ramadhan. Dan yang
paling penting adalah istiqamah dalam amalannya.
Oleh itu marilah ikhwah dan akhwat semua , kita menghitung
dan menilai semula sejauh mana peningkatan diri kita berbanding sebelumnya.
Adakah kita orang yang menang lantas mendapat gelaran taqwa atau sebaliknya.
Orang - orang yang menang itu ialah orang yang dapat menghayati ibadah puasa
dan bijak merebut rahsia-rahsia dan hadiah - hadiah Ramadhan dengan
sebenar-benarnya.
Semuga semua kita tidak ketinggalan merebut peluang sepuluh
akhir ramadhan yang didalamnya ada Lailatul Qadr dan juga malam Eid yang tidak
kurang hebat tawaran hadiah nya.
Bermunajatlah mohon keampunan, kekuatan , kesabaran dan
mohon di permudahkan kita melalui onak dan ranjau perjuangan.
Pinta lah ilham, petunjuk dan idea yang bernas untuk
menggerakkan dan memajukan halatuju jamaah yang kita kasihi ini.
Mohonlah kemenangan buat pejuang-pejuang kebenaran di mana
jua mereka berada.
Doakanlah jua kebaikan dan pengampunan buat ibu bapa,
pasangan kita, anak-anak, saudara mara dan sahabat2 kita.
تقبّل الله منّا ومنكم ،
كل عام وانتم بخير.
اللّهم آمين
الله اكبر الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر
الله اكبر و لله الحمد
Salam 'eidul Fitri.
Mohon Ampun Maaf
Zahir dan Batin dari saya.
Semoga semuanya selamat pergi dan balik ke destinasi yang di
tujui, gunakan sepenuh kesempatan mempereratkan sillaturahim sesama saudara
mara dan sahabat handai.
إني أحبكم في الله
Nor Hafizah Daud
Ketua Wanita IKRAM Kawasan Hulu Selangor.
Tuesday, 5 July 2016
PERUTUSAN AIDILFITRI 1437H YDP IKRAM HULU SELANGOR
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله
من العائدين و الفائزين و كل عام و انتم بخ
الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas kemenangan yang dianugerahkan kepada kita untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini. Kemenangan ini amat bermakna jika kita berjaya melaksanakan islah diri ke arah menjadi insan bertaqwa dan terdidik yang sentiasa berakhlak kepada Allah dan manusia di mana sahaja kita berada.
Ibadah puasa merupakan satu perjalanan spiritual bagi mentarbiyyah rohani dan juga menguji fizikal. Moga Ramadhan yang telah dilalui, akan menjadikan kita individu yang sanggup bekerja keras, meningkatkan keupayaan dan ilmu secara istiqomah dan beriltizam dalam tugas-tugas dakwah, islah, tarbiah, kebajikan dan pembangunan ummah serta negara.
Akhir kata, kami seluruh warga IKRAM Hulu Selangor mengambil kesempatan ini memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Kami mendoakan agar saudara saudari yang pulang ke kampong untuk berhari raya selamat dalam perjalanan menuju ke distinasi masing-masing dan selamat kembali semula nanti. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua.
الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Selamat Hari Raya Aidilfitri
وبالله التوفيق و الهداية و السلام عليكم و رحمة الله
Ustaz Dr Hj. Mohd Azhar Zailani,
YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Hulu Selangor
Wednesday, 22 June 2016
Qiam Bulanan Belia
Pada hari Selasa, 21
Jun 2016 telah diadakan qiam bulanan Belia IKRAM Hulu Selangor. Program bermula
seawal 6 petang dengan aktiviti suai kenal dan majlis berbuka puasa. Kemudian
diiringi solat Isyak seterusnya taraweh berjemaah.
Belia diisi dengan perkongsian bersama Board of Trustee (BOT) MyCare En.
A. Khalil Bin Khamis dan isterinya Puan Mas Ahmah Jonid mengenai pengalaman mereka
terlibat didalam misi kemanusiaan di bumi Gaza.
Semoga kita akan berjumpa lagi di dalam siri siri qiam bulanan belia
pada masa akan datang. Jzkk kepada yang telah hadir! Gambar di sini.
Sunday, 19 June 2016
Remaja Rai Ramadhan (3R) IKRAMTeens Hulu Selangor
Pada 18-19 Jun 2016, Sabtu dan Ahad yang lalu, IKRAMTeens
Hulu Selangor telah menganjurkan Program 3R (Remaja Raikan Ramadhan) bertempat
di Kem Rimba Tamu, Batang Kali. Program ini disertai oleh 80 orang remaja
berusia 13-17 tahun di sekitar Hulu Selangor.
Tujuan 3R ini diadakan adalah untuk
mengajak para remaja menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan pesta amal,
mempertingkatkan semangat memberi manfaat (membuat amal kebajikan) kepada orang
lain dan meningkatkan motivasi remaja dalam perjuangan di bulan Ramadhan.
Semoga adik adik akan terus
bersemangat meneruskan perjuangan Ramadhan yang masih berbaki dan terus menjadi
manusia bermanfaat kepada semua. Gambar di sini.
Thursday, 16 June 2016
Adakah Nasib Terbela Jika Bangsa Sendiri Memerintah? Pengajaran Dari Pengalaman Negara Mesir
Kita sering mendengar ungkapan bahawa nasib bangsa Melayu
akan pasti terbela jika bangsa Melayu terus memerintah. Oleh itu ramai yang
merasakan fokus utama usaha politik ialah memastikan bahawa bangsa Melayu terus
memerintah negara kita. Bagi mereka sama ada yang memerintah itu beramal dengan
prinsip keadilan, tidak korup dan tidak menyalahguna kuasa bukan isu yang
penting.
Persoalan yang timbul ialah,
adakah benar apabila bangsa sendiri memerintah maka keadilan, kebebasan dan
kesejahteraan akan pasti terjamin untuk semua anak bangsa?
Mungkin ada baiknya kita melihat
pengalaman sebuah negara Islam yang besar di Timur Tengah iaitu Mesir. Negara
ini mempunyai sejarah yang cukup lama, iaitu semenjak zaman Firaun lagi. Ia
juga telah mengalami beberapa episod pergolakan politik. Namun sepanjang
sejarah moden negara tersebut khasnya setelah merdeka pada tahun 1919, ianya
telah diperintah pemerintah yang berbangsa Mesir dan beragama Islam. Walaupun
wujud golongan beragama Kristian di Mesir, namun jumlahnya adalah kecil iaitu
sebanyak 10 peratus sahaja. Institusi yang paling berpengaruh di Mesir semuanya
berkait dengan agama Islam seperti pejabat Mufti Mesir serta Sheikhul Azhar
dari Universiti Al Azhar, sebuah institusi pendidikan Islam terkemuka di dunia.
Mesir berubah dari sistem beraja
kepada sistem republik pada tahun 1953 apabila Raja Farouk digulingkan dan
kuasa jatuh ke tangan Presiden Muhammad Najib. Beliau digantikan oleh Jeneral
Jamal Abdul Naser pada tahun 1956 yang memerintah sehingga 1970. Presiden Naser
tidak menghormati hak asasi manusia dan sangat keras terhadap sesiapa yang
menentang pemerintahan beliau, terutama dari kalangan golongan Islamis. Antara
yang terbunuh semasa pemerintahan beliau ialah Sayyid Qutb, seorang pemikir dan
penulis Islam yang mashur, yang digantung pada tahun 1966. Ramai lagi yang
siksa dan dipenjarakan.
Apabila Jamal Naser meninggal dunia
pada tahun 1970, beliau diganti oleh Anwar Saddat, bekas pegawai tentera yang
juga merupakan rakan rapat Naser. Beliau juga tidak menghormati proses
demokrasi dan meneruskan sikap keras terhadap pihak pembangkang dengan menyiksa
dan memenjarakan mereka. Semasa pemerintahan beliau, keadaan ekonomi Mesir
menjadi tenat dan subsidi makanan terpaksa dipotong. Akibatnya ramai rakyat
yang sengsara dan kelaparan. Ini mengakibatkan beberapa `rusuhan makanan’
berlaku. Saddat mengambil keputusan berusaha mendapatkan bantuan negara Barat
dan dengan itu telah memulakan langkah perdamaian dengan Israel, walaupun
rakyat Mesir rata-rata tidak bersetuju. Pada tahun 1979, Saddat telah memeterai
perjanjian damai dengan Israel. Walaupun beberapa negara Eropah dan Amerika
terus memberi bantuan ekonomi kepada Mesir susulan dari perjanjian damai
tersebut, namun kemarahan rakyat terhadap keputusan Saddat tersebut telah
mengakibatkan beliau dibunuh oleh golongan ekstrimis pada tahun 1981.
Negara Mesir kemudian diperintah
oleh Presiden Hosni Mubarak, juga seorang bekas pegawai tentera yang tidak
menghormati proses demokrasi. Beliau telah melaksanakan Undang-undang Darurat
(State of Emergency) dan menghadkan aktiviti politik serta menyekat kebebasan
bersuara dan hak untuk berkumpul (right of assembly). Keadaan di negara Mesir
bertambah teruk dan ramai rakyat hidup dalam keadaan yang sengsara. Akibat dari
ketidakpuasan yang meluas di kalangan rakyat, Hosni Mubarak telah digulingkan
dalam satu revolusi rakyat pada tahun 2011.
Mesir kemudian telah mengadakan
proses pemilihan presiden yang paling demokratik dalam sejarahnya di mana
rakyat telah dengan bebas memilih Muhammad Morsi dari parti FJP untuk menjadi
presidennya. Malangnya selepas hanya satu tahun, Morsi telah digulingkan oleh
tentera Mesir di bawah pimpinan General Al Sisi dan telah dipenjarakan. Turut
dipenjarakan ialah ratusan penyokong beliau dari gerakan dakwah Ikhwan
Muslimun. Orang awam yang lain juga telah dibunuh dan disiksa dan oleh itu
ramai yang telah lari ke luar negara termasuk ke negara-negara Eropah dan
Amerika Syarikat.
Sekarang ini keadaan di Mesir dari
aspek hak asasi manusia adalah sangat teruk di mana hak bersuara dan berpolitik
adalah sangat terhad. Golongan Islamis, terutama dari kumpulan Ikhwanul
Muslimin diburu, dipenjarakan, disiksa dan ada yang dibunuh. Mesir sekarang
adalah di bawah pemerintahan rejim ketenteraan yang paling zalim dalam
sejarahnya. Rakyat menjadi semakin sengsara kerana tidak dapat berbuat apa-apa.
Sementara itu, ekonomi Mesir pada
masa ini juga semakin tenat. Menurut satu laporan, 26 peratus dari rakyat Mesir
adalah dalam kategori miskin. Kadar pengangguran juga adalah tinggi iaitu 13.2
peratus sementara di kalangan wanita pula ialah 24.2 peratus. Sementara kadar
literasi pada tahun 2015 dari kalangan lelaki ialah hanya 82.2% dan wanita
65.4% iaitu jauh lebih rendah berbanding Malaysia (lelaki 96.2% dan wanita
93.2%). Kejatuhan harga minyak antarabangsa membuat keadaan bertambah teruk.
Ini kerana 40 peratus dari jumlah ekspot Mesir adalah dari sektor tenaga
termasuk gas asli. Di samping itu jumlah pelaburan asing juga jatuh mendadak
kerana semenjak dari 1990an lagi dua pertiga darinya adalah dalam sektor tenaga
yang telah menguncup. Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara-negara Eropah
yang merupakan destinasi utama ekspot Mesir juga memberi kesan negatif kepada
ekonomi Mesir. Ekonomi China yang merudum turut memberi kesan teruk kepada
pendapatannya dari Terusan Suez yang merupakan laluan utama perdagangan antara
benua Asia dan Eropah. Kesemua faktor tersebut telah mengakibatkan tekanan ke
atas nilai matawangnya dan akibat dari itu jumlah rezab antarabangsanya pada
tahun 2014 telah menurun menjadi hanya 29 peratus berbanding tahun 2010.
Jelaslah dari fakta di atas bahawa
walaupun negara Mesir telah sekian lama diperintah oleh pemimpin yang beragama
Islam, namun nasib rakyatnya sungguh malang dan tidak terbela. Bukan sahaja
jutaan telah dianiaya dan dizalimi bahkan keadaan kesejahteraan rakyat juga sangat
rendah. Akibat dari kemelut sosial, politik dan ekonomi yang dihadapinya, ramai
rakyat Mesir terutama dari golongan yang cerdik dan berpendidikan mencari
pekerjaan di luar negara termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat walaupun
negara tersebut diperintah oleh pemimpin yang bukan Islam.
Pengajaran utama yang boleh
diperolehi dari apa yang sedang berlaku di Mesir ialah kebajikan rakyat tidak
akan terjamin hanya dengan kriteria negara mesti diperintah oleh bangsa sendiri
yang beragama Islam. Rakyat juga perlu memastikan pemerintah Islam itu
menghayati ajaran sebenar agama Islam iaitu di antara lain ialah menghormati
proses syura (iaitu demokrasi), beramal dengan kaedah kebertanggungjawaban
(accountability), memerintah dengan adil dan saksama, tidak korup serta
bersikap telus dan amanah. Hanya apabila negara diperintah oleh pemerintah yang
bercirikan kriteria di atas, maka inshaAllah rakyat akan dapat mengecapi
kebajikan dan kesejahteraan yang sebenar, sesuai dengan ungkapan di dalam Al
Quraan…BALDATUN THAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR.
Prof.Dr. Mohd Nazari Ismail, Ketua Biro Penyelidikan IKRAM.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit makluma...
-
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُش...